Wednesday, 28 February 2018

Menumpang harta orang

Assalamualaikum...

Lama tak menulis...nampaknya lepas ni makin lamalah mama tak membebel dekat sini. Ini pun menumpang harta orang..huhuhu apa nak buat harta sendiri takde terpaksalah menumpang harta orangkan, bila nak berharta sendiri lagi tu tak tahulah, kena kumpul 10sen sehari lah nampaknya. Sebenarnya kalau benda tu (yang dikatakan harta oleh mama ni la) takde pun takde menjadi kisah sangat cumanya ianya keperluan lah sekarang ni.

Banyak yang nak mama bebelkan pasal kursus hari tu pun nak cerita jugak,pasal anak2 pun banyak juga, bangga dengan abang adam tapi nanti2lah mama cerita apa yang mama nak banggakan sangat tu kan, pada hal bendanya takde apapun tapi sebagai mak ni mama bangga jugalah kan dengan pencapaian anak2 walaupun benda tu kecik je. nantilah mama share apa bendanyakan buat masa sekarang tak boleh nak share lagi sebab kalau nak share kena ada bukti bergambar ekekeke. cerita adrien, adelya pun ada juga.

Alkisahnya..hari isnin tu adelya cuti sebab ahadnya dia bersukan, tapi bangun pagi tu mengamuk taknak pergi rumah pengasuh, mama ni malas nak lambat teruslah arahkan (ecehh bagi arahan pulak ye hehehe) en.azmi mandikan adelya bawa ikut mama pergi ofis, dengan harapan takde meeting la hari tu, sekali tengok emel ada meeting ko..aduhhh nak tinggal dia taknak sudahnya bawa masuk meeting, muju rmeeting santai2 jek. Walaupun tahu ikut mama keje tu boring tapi tetaplah suka nak ikut. dah taknak bagi ganggu mama, ngadaplah enfon mama tengok youtube, sampai habis bateri, tapi sempatlah dia say hepi besday dekat mokde dia, mama nak bagi ucapan pun tak sempat lepas tu enfon terus padam.

Ehhh...enfon tu padam  terus tak boleh nak on dah lepas tu, cuak hokeh. Balik tu en.azmi muka muncung sedepa hahaha...katanya dia call susah betul nak angkat, mama pun cakap cubalah call ni haaa enfon tak boleh on pun anak dara punya kerja. ini dah masuk hari ketiga hari ni hidup mama tanpa enfon, eh seronok juga rasanya sebab takde nak tengok wasap berdentum2. aman je rasakan makan pun laju je walaupun takde enfon, cumanya risau sikitlah sebab mama drivekan risau juga apa2 hal susah nak contact en.azmi. itu je lah, kalau hal urgent pasal family takpe sebab en.azmi ada.

Tak tahu apa masalah enfon mama tu, janganlah minta ditukar yang baru, mana nak cekau duit. Legalah semalam en.azmi hantar kedai untuk repair takde masalah besar pun, harap2 data dalam tu selamat semuanya huhuhu sebab semua pun nak simpan dalam telefonkan. itupun mujur nombor enfon en.azmi mama ingat, kalau tak lagi naya, nak call en.azmi pun pinjam enfon kawan kikiki. dah la dia oustation semalam, berdebar je hokey. pagi tadi hantar adelya minta ibu pengasuh bagitau acik ida suruh ambik adelya hantar pasti, mama takde fon nak wasap acik ida. adududu enfon tu keperluan dah sekarangkan, public phone pun dah payah nak jumpa.

Sebenarnya boleh je juga hidup tanpa enfon nih untuk waktu2 tertentulah kan. Bila takde enfon nih mama boleh tumpukan pada benda lain hehehe nampak sangat kalau ada enfon dok mengadap enfon je kan..teruk sungguhlah, itu yang Allah tarik sekejap enfon tu supaya mama dapat berfikir dengan waras, apa keprluan enfon tu sebenarnyakan. Ya mama tahu apa keperluannya, kalau macam ni enfon rosak beli 3210 je lah hehehe takde sibuk nak tengok wasap sangatkan. Eh 3210 tu enfon pertama mama tau, tahan lasak jatuh double decker tarcabut bateri pun takde hal boleh guna lagi, cuba enfon sekarang tak tahulah nak kata apa.


Mungkin Allah nak tegur mama sebab inilah agaknyakan...Dia tarik enfon mama sekejap, mohon insof ye mama huhuhu...

Dikesempatan ini mama nak jugaklah buat ucapan untuk biras mama yang sambut ulangtahun kelahirannya pada 26 feb hari tu..mama tak sempat nak wishlah sebab enfon kena hijack hahaha
Selamat ulangtahun kelahiran (yang ke berapa tu? ehem biar tuan empunya diri yang jawablah) buat ira..semoga diberkati umurmu, semoga segala yang baik2 akan hadir sepanjang hidupmu, semoga dikurniakan kebahgiaan dunia & akhirat.... inshaAllah..aamiin..

Ok kena berhenti dulu sebab menulis ni menumpang harta orang, jadinya kena sedar dirilah kan, jangan nak tulis panjang berjela sangat ehehehe..inipun mama rasa dah panjang sangat dah ni. Oklah harap2 enfon mama cepatlah elok.

Wassalam

7 comments:

  1. Minta hp baru tu kak. Senang lagi nk berblog. Hehe. Betul lah kak. Ana pun teringin nak kauh dr hp dlm sehari dua. Kena g tempat yg xde line br berjaya. Kalau tak, sikit2 belek hp. Parah sungguh.

    ReplyDelete
  2. Patut la lama x update blog.. Hihi..
    Memang betul tu, hp ni walaupun nmpk mcm melalaikan, tapi ianya satu keperluan sekarang. Lebih2 lagi melibatkan hal2 penting kan..

    Kalau cas pun, x mau hidup ke hp tu? Ira penah jgk hp xmau hidup, rupa2nya sbb x cukup memori nk running.

    Terharu rasanya..huhu..😊😊
    Terima kasih atas ucapan dan doanya. Semoga Allah memberkati umur kak lah juga dan semoga segala yg baik2 juga hadir sepanjang kehidupan kak lah & semoga bahagia dunia akhirat.
    Aamiin..

    Semoga phone kak lah kembali pulih seperti sedia kala. Aamiin..

    ReplyDelete
  3. Ha a.... bagus jugak sesekali tak de hp, tak de lah gatal tangan kita nak capai hp 24 je kerjanya. Biasalah ... hp nak jugak meragam , takkan asyik excellent sepanjang tahun je kan hihi....kalau tak rugilah kedai spare part.

    Nak tuko tuko hp ni leceh jugak tau sebenarnya, tang nak transfer contact data tu....

    ReplyDelete
  4. Terkesan amat dgn gambar tu, huhu... Sedihnya, jauh beza generasi org soleh banding kita....

    ReplyDelete
  5. beli jer lah handphone baru
    hehehe

    ReplyDelete
  6. blog dengan laptop pulak heheheh

    ReplyDelete
  7. Hp ni dah kira macam barang keperluan sekarang.
    Kalau takde banyak yang kita ketinggalan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Muhasabah diri

Assalamualaikum.. Walaupun handhpone dapat menghubungkan kita dengan orang ramai. sedarilah bahawa ia membuatkan hubungan kita dengan Al...