Thursday, 14 December 2017

Rabbit Farm, naik lori

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dapat juga balik kampung walaupun 3 hari 2 malam je, nak buat macammana en.suami sibuk, dah namanya pekerja kenalah kerja kalau bos tu oklah jugakkan hehehe. Tapi takpe walaupun niat asal nak bawa anak2 naik cameron tak kesampaian mungkin lain kalilah pulak lagipun cuaca hujan je, ada hikmahNya la tu.tak dapat pergikan.

Malam sebelum balik kampung minta aboh tengokkan kereta sebab aircon tak sejuk dan berbunyi. Lepas aboh check rupanya yang berbunyi.tu sebab daun tersangkut dalam tu, ye lah mama parking bawah pokok dekat masjid tu kan.aircon tak sejuk tu mungkin gas habis tapi gas baru isi je,kononnya sabtu tu nak balik lewat sikit nak pegi bengkel dulu, tapi paklong call malam tu ajak balik sekali, ini mama tak tahu pun sekali pagi tu baru en.azmi bagitahu, dengan baju tak packing lagi, anak-anak pun tak bangun tidur terpaksalah paklong tunggu dulu, naiklah viva paklong, mama letak baju dalam beg kecik2 je takut tak muat bonet tapi alhamdulillah muat.

Dalam perjalanan tu en.azmi bagitau anak2 nanti kita singgah bukit tinggi tengok rabbit, apalagi sukalah anak-anak, lepas tu asyik tanya je bila nak sampai bukit tinggi? Hehehe tak sabar je memasingkan. Bukan apa bukit tinggi tu dah sejalan je kan jadi bolehlah singgah sebab anak2 tak pernah pergi lagi, strawbery park gohtong tu best juga tapi dah pernah pergi sebelum ni. Hajatnya nak terus ke colmar sebab kata paklong tak pernah pergi lagi, tapi tak sempat pulak, kata paklong acik kery(suami adik ipar) dah tunggu. Mama pun tak tahu sebab apa.

Paklong bagitau acik kery baru balik dari lipis hantar barang, kebetulan kitorang pun balik pagi ni jadi acik kery tunggu lah sebab nak bawa budak2 ni naik lori. Amboi dah tau tu kemain suka la memasing tak sabor nak naik lori kan. Acik kery tunggu lepas tol bentong tepi highway, ingatkan abg adam sorang je yang nak naik lori sekali semua nak naik termasuk anak dara sorang tu, paklong pon join sekaki naik lari tinggal la mama dengan en.azmi naik kereta. Sajalah acik kery tunggu.sebab lepas tu.dia tumpang kami masuk ke rumah, lorinya parking diluar. Oklah kan merasa juga anak2 naik lori.

Layankan gambar di rabbit farm


Anak2 takut nak bagi rabbit makan... Tiket masuk.dewasa dan kanak2 rm5 seorang, makanan rabbit rm3 sebungkus. Naik kuda rm10, tapi anak2 taknak naik jadi jimat duit papa hehehe...


Dah lama sikit baru berani nak bagi makan...kawasan rabbit farm ni takdelah besar mana pun tapi oklah untuk bawa anak2 dari takde bawa ke mana kira ok la ni kan.


Rusa pun ada, ini yang terkurung yang dilepaskan pun.ada jinak je boleh bagi makan


En.azmi je la yang bagi makan rusa, anak2 takut tengok adrien tu perati dari jauh je hehehe


Poney pun ada...

Tak lama pun kat sini, tapi anak2 suka adelya kata nanti nak datang lagi. Ok ada rezeki nanti kita jalan2 lagi


Semangat masing-masing nak naik lori tu,bukan main seronok masing2 dapat naik lori, paklong ada share video anak2 dalam lori tu. Dah.sampai tu bukan main bercerita la masing2, nanti nak naik lagi katanya. Ye lah..ada rezeki nanti boleh naik lagi, mana tahu tersama lagi dengan acik kery nak balik kampung boleh naik lagi, untunglah ada pakcik yang sudi melayan anak2.

Wassalam

12 comments:

  1. hahah bukan kereta sekali LORI daaaa.. budak2 mesti happy kan sebab tnggi semua bnda nampak.

    ReplyDelete
  2. Teruja berganda ni anak-anak..hehehe..

    ReplyDelete
  3. udahla lori tu jenis yg tinggi n lain tuh, mesti lah teruja diaorang nk naik..... oklah tu seronok lah balik kg semua tu...

    ReplyDelete
  4. Besar juga lori yg mereka naik tu,dah tentu mereka excited sangat.

    ReplyDelete
  5. seronoknya naik lori.. depa ni suka je kan..

    ReplyDelete
  6. Bagusnya kalau dapat bela rusa macam tu.

    Seronoknya dapat naik lori besar.

    ReplyDelete
  7. Biasalah.... kereta ni mcm anak jugak. Nakkan perhatian sekali sekala.....
    Memang rare sangat tu naik lori....mau tak suka budak budak tu. Kotnya mama nya tu pun kalau boleh nak naik sekali jugak tu haha.....

    Yelah ....budak budak ni tak payah berjalan sangat pun sebenarnya. Dapat bagi makan rabbit pun dah suka. Yg lebih maknya.... eleh nak gi CH tu sebenarnya maknya nak pergi tu hihi

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..dpt balik kg. Lepas rindu tok dgn wan..
    Anak2 kalau dpt berjalan mmg seronok je kan, wp pegi tempat yg dekat. Alang2 otw n balik pagi kan, singgah sekejap. Kami selalu balik mlm, kalau nk singgah, kena otw balik dr kg la. Boleh la ajak icong singgah, hihi..

    Syok la dpt naik lori.. Teringin juga nak naik, nk tgk dlm lori tu cemana rupanya. Hehe..

    ReplyDelete
  9. bestnye. nk pegi jugak plishhh

    ReplyDelete
  10. Daging arnab sedap tau.... saya pernah makan....

    ReplyDelete
  11. kitapun dah penah pergi masa anak2 kecil ... sekarangni tak nak dah depa ke situ.. masa keciklah kalau nak pergi tempat gini...

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

7 Tahun sudah

Assalamualaikum... Alhamdulillah syukur ya Allah..hari ni genaplah umur Adrien Aryan Bin Azmi 7 tahun. Malam tadi belikan juga kek, t...