Wednesday, 6 December 2017

Kueyteow Kungfu panda 🍝🍝

Assalamualaikum...

Khamis lepas dok fikir-fikir nak masak apa untuk berbuka , rasa malas nak makan nasi, sudahnya dapatlah idea nak buat kueyteow kungfu (panda tu mama tambah je la heheh). Mama guna bahan-bahan yang ada didapur saja waktu tu, lagipun kueyteow yang en.azmi beli dah bertapa lama dalam esbok tu, asyik buat kueyteow goreng je kali ni kita kasi tukar pulaklah kan.

Mudah je nak membuatnya, tak sampai sejam pun sambil lenggang-lenggang kangkung dah siap.... eksen sangat bunyinya tu mama hahahah, alah sesekali nak eksen.

Bahan-bahan yang digunakan:
Sebungkus kueyteow
4 biji telur

Bahan kuah (mama guna apa yang ada didapur je waktu tu)
Sayur pak choy
Karot
Isi ayam
Fish kek
Bawang putih
Halia
sos tiram
tepung jagung

Cara membuatnya:
Pecahkan 4 biji telur tu dan kacau kueyteow tadi mama asingkan 6 bahagian, alah buat sikit-sikit je sebab bebudak tu bukan makan banyak pun, kalau orang2 besar nak makan bahagi 4 atau 5 bahagian pun ok kot, kemudian celup dalam telur tadi dan goreng dengan minyak yang sedikit, ulang proses tu untuk semua bahagian dah siap ketepikan.

Kuahnya pulak, macam biasa buat sup tu lah kan, tumis bawang putih dan halia dulu, ,kemudian masukkan ayam dan fish kek, dah hujung-hujung baru masuk sayur dan tepung jagung, tepung jagung macam biasalah nak pekatkan kuah tapi mama letak sikit je sebab taknak pekat sangat, Last sekali cili kicaplah, ptong cili letak kicap sajek, dah siap. makan panas-panas sedap. pakjang yang tak gemar sup tu pun makan jugaklah.

Trngok gambar tetiba rasa nak makan lagi 😂
Tak nampaklah kueyteow nya tu terlindung disebalik timbunan sayuran, up kat group wasap, makngah kata nampak sedaplah "ehhh..bukan nampak je tau, memang sedap nih" hahahah, nak makan datanglah rumah nanti..ecewah kemain ajak dorang datang makan.

Sekian dari dapur mama.

Wassalam

7 comments:

  1. Saje nak buat lucu "Di mana pandanya?".. hihi... Nampak sedaplah...

    ReplyDelete
  2. Puas hati buat sendiri..
    Tapi bila dah tak rajin tu, kedai juga la jawabnya bila nak tekak rasa nak berkungfu.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Kat rumah ni Ana sorang je yg makan kuew teow kungfu ni. So better lah ana beli je kak. Tak berbaloi buat kang confirm banyak yg tak terluak. Tp kadang dah beli tu ada je yg tak kena rasanya. Huhu. Acaner tu.

    ReplyDelete
  4. Akak pernah buat kuey teow goreng sungguh horror kejadian nya 😂. Boleh lah try kuey teow kungfu panda lak pasni. Mudah2an menjadi 🙏🏼

    ReplyDelete
  5. Boleh buka kedai nampak gayanya mamayan :D

    ReplyDelete
  6. Terliur tgk kuey teow kak lah tu..
    Betul tu..sesekali ubah selera kan..asik kuey teow goreng je, boring jgk..

    ReplyDelete
  7. wah..resepi baru kotiow kunpu panda..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Tak sangka mama

Assalamualaikum... Cerita anak-anak mama lagi, minggu lepas abg adam dan adrien balik dari sekolah terus tuju ke dapur cari mama yang seda...