Tuesday, 12 December 2017

Segar rangup walaupun dah seminggu

Assalamualaikum...

Hari tu mama ada cakap salad mama yang ada dalam esbok tu masih segar dan rangup walaupun seminggu kan. Ini mama share ye..sebenarnya mama tengok orang share dalam fb,mula tu dalam hati dok kata eh...ye ke boleh buat macam tu, tapi mama cubalah buat jugakan dan hasilnya memang baguslah, sayur kekal segar dan rangup takde kuning-kuning lagi dah.

Simpan sayur dalam bekas sebelum diletak dalam esbok. Takde tupperware tipuware pun boleh hehehe sebab mama letak dalam bekas eskrem pun ok je. Macam sayur ni mama beli 2,3 jenis sebab tak selera pulak kalau hari-hari nak makan kobis kan, jadi mama letak dalam bekas macam ni susun dalam esbok. Penuhlah esbok dengan bekas-bekas sayur macam ni, tapi susunlah kemas2 kan, macam tak boleh nak kemas sangat sebab tempat letak botol air pun dah patah dikerjakan anak2 jadinya kat situlah bekas sayur kat situ jugak botol air hehehe..layan je la


Ini sayur yang dah seminggu mama bawa bekal pergi ofis, tengok masih segarkan dan rangup. Malas nak masak sayur pagi2 jadi mama bawa sayur mentah je untuk.dimakan bersama nasi dan lauk lain lah. Rasa tak sedap makan kalau takde sayurkan. Jadi nak kekalkan kesegaran simpan sayur dalam bekas, kalau letak sayur dekat tempat simpan bawah tu sehari pun dah layu dan daun kekuningan.


Untuk cili mama ikut petua yang kak.yati bagi. Cili dibuang tangkai, basuh cili dan toskan. Lapik tisuk dalam bekas, letak seulas bawang putih. Cili lambat buruk dah tahan lama. Ok semua ni mama dah cuba dan memang menjadi. Mungkin kawan2 dah buat dulukan tapi mama share jugalah hehehe..

Wassalam

9 comments:

  1. saya belum pernah buat lagi Mama, kena bagitau mem kat rumah dulu sebab kat dapur dia bos

    ReplyDelete
  2. Bagus petua ni sis, boleh cuba di rumah nanti..

    ReplyDelete
  3. nk try yg syr2 tu lh... yg cili tu mm dh buat gitu... syr tu je yg kadang rasa mls nk nyimpan dlm bekas2

    ReplyDelete
  4. Saya pun simpan cili merah macam tuh. Hehe..

    ReplyDelete
  5. Bagus juga tips nk segarkan sayur ni kan tapi tu lah akak ni kalau dtg malasnya biar je dlm plastik beli tu.
    Kalau lada merah tu akak tak simpan lama ,tak sempat nk busuk dah abis..

    ReplyDelete
  6. Sayur tu boleh letak dlm plastik kalau tak ada bekas tapi guna plastik yg boleh tutup tu.. dah byk jual kat pasaraya plastik tu.. insyaAllah sayur pun tahan lama..

    ReplyDelete
  7. Penah simpan kobis dlm bekas, lps tu tersimpan begitu je x masak2 atau dibuat ulam. Hehe..rasanya lebih 2 minggu x cek. Nmpk gaya mcm segar lg je dlm peti tu. Nnt blh la apply utk sayur lain. Cili mmg ikut petua tu, tp kdg2 ada jgk busuk. Mungkin sbb lps basuh tu ira x toskan betul2 kot.

    ReplyDelete
  8. Akk mmg simpan sayur dlm Tupperware, dah lama belinya, cuma sayur yg tahan lama mcm karet, tomato akk letak kt bhgian sayur tu tapi biasanya Tak buang plastik sayur dari market tu, bila dah habis seminggu baru kutip buang semua plastik tu.

    ReplyDelete
  9. Tulah kadang kadang malas nak buh dalam bekas hihi.... balik terus humban je dalam esbok haha... senang keje mak. Nak kena buat jugaklah...tadi tengok salad mcm dah layu je...Salad makan layu layu tak best ek

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Tak sangka mama

Assalamualaikum... Cerita anak-anak mama lagi, minggu lepas abg adam dan adrien balik dari sekolah terus tuju ke dapur cari mama yang seda...