Wednesday, 22 November 2017

Surirumah

Assalamualaikum...

Minggu lepas mama bercuti, 5 hari jadi surirumah. Bangun pagi sediakan sarapan untuk anak-anak. Pagi en.azmi hantar anak pergi sekolah. Lepas dah siap urusan didapur sidai baju pulak, kalau hari mama bekerja tugas sidai kain ni en.azmi yang buat, bangun 4.30pagi mama basuh kain baju, lepas tu tinggal je untuk en.azmi sidai. Ini dah jadi surirumah ambil alih pulak tugas sidai kain.

Siap sidai kain, kemas-kemas rumah sikit, kemudian ke dapur lagi untuk masa makan tengah hari pulak, kena siap masa sebelum pukul 12 tengah hari sebab nanti nak ambik adrien dari sekolah pulak dan 12.50 van sekolah abang adam akan sampai. disebabkan pakjang ada dekat rumah mama tinggalkan je abang adam tunggu van di rumah kalau tak pun tunggu bersama anak jiran sebelah sementara mama ambik Adrien di pasti. Ini kalau betul-betul jadi surirumah, maunya tugas hantar dan ambik anak sekolah jadi tugas wajib pulakkan.

Lepas tu dah boleh rileks sikit takde dah nak kalut buat kerja rumah tinggal nak bagi makan budak  berdua tu je la. Mama ok je jadi surirumah ni, bab memasak, membasuh dan mengemas tu biasalah kan, tapi yang mama tak tahan nak layan kerenah anak-anak..hoiii mencabar kesabaran betullah, nak pulak kalau tinggal adrien dengan adelya je, paling tak tahan dengan adelyalah, pantang kena marah sikit jap lagi dia datanglah ke dapur buka tutup peti ais berkali-kali tanda protes kena marah, tak pun dia bawa secawan air ke ruang tamu, dia cakap "sebab mama marah yaya, yaya nak tuang air atas lantai" haaa ko tak menyirap tengok dia tuang sirap atas lantai...mencabar kesabaran sungguhlah anak dara sorang ni. tak tahu berapa kali sehari nak menyapu dan mengemop lantai..letih wehhh baik mama pergi keje je hehehe

Memang letihlah mama rasa, mengemas didapur ruang tamu bersepah, mengemas ruang tamu bilik pulak bersepah, menyirap je rasa tau, tapi bolehlah jugak petang2 tu mama baring2 luruskan pinggang takdelah 24jam buat kerja je kan, sempat jugaklah lelapkan bijik mata ni barang sejam dua hahaha..rumah tunggang langgang macam kapal karam pun mama biarkan je janji dapat lelap barang sejam dua, bukan seminit dua ye sejam dua hehehe, bangun tidur macam biasalah tengok rumah bersepah dengan mainan, lepas tu memetir la apalagi kalau tak jalan jugak mama ambik penyapu dan penyodok sampah mama sapukan mainan tu buang dalam bakul sampah, itu jam baru la berdesup lari dua beradik tu kutip mainan, eh mama tak kira kalau sayang ambik simpan kalau tak mama tong sampahkan je..haaa dah macam tu tau pulak memasing mengemas, kalau tak buat tak nampak je rumah berselerak dengan mainan.

Dalam sibuk memetir, berleter dan bertekak dengan anak-anak tu sempat jugaklah mama ni menggigihkan diri menyediakan kudapan petang  untuk anak-anak, dalam pada kurang kesabaran tu tapi tetap buatkan makanan untuk anak-anak, sapa tak sayang anakkan, nak pulak kalau duduk rumah tu asyik lapar je memasing, beli biskut sekejap je lesap sudahnya malas dah nak membeli, mama masak je lah apa yang ada kan.



Makanya inilah hasilnya selama mama duduk di rumah menjadi surirumah tu. Kakak yang jaga transit Adrien dekat Pasti tu ada tanam cendawan, segar-segar dan besar cendawannya, apalagi kita rembatlah sikitkan, bukanlah rembat percuma remabt berbayarlahkan, beli setengah kilo rm.6.50, nak beli sekilo macam banyak sekali eh macam tak cukup pulak 1/2kilo nih bila dah buat cendawan goreng, pakat suka pulak budak-budak tu, 2 kali jugaklah mama buat cendawan goreng tu sebab 1/2kilo je kan, dah anak-anak suka boleh beli dan buat lagi tu. sebabkan tahap kerajinan yang tak tercapai dek akal mama ni, maka terhasillah juga butir nangka dan kuih gunting, siap minta daun kari kat jirang sebelah sampai 2,3 kali pulak tu, sebabnya bila up kat group ehhh ada pulak yang nak jugak kuih gunting tu, makanya moh ler menggunting, minggu ni ada lagi yang nak kuih gunting tu, haaa kita layankan je la..

Nanti sambung lagilah, banyak ni nak cerita hal rumahtangga yang takde tangga tu...hehehe, letih ah menaip banayk-banyak dah la asyik typo jek, pastu nak delete pulak, kalau tak delete yang typo tu ada pulak yang tak faham mama tulis apa nanti. ok lah

Wassalam..

24 comments:

  1. Rajin mama memasak.. memang penat buat kerja dirumah.. Ada je nak kena buatkan mama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde la rajin sangat sha tapi sebab anak2 nak makan gigih jugak merajinkan diri

      Delete
  2. Kira rajin tu UA siap ada kudapan petang beraneka jenis..
    Kalau CH beli jer kepok lekor dan goreng pisang didepan tu ..😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dekat rumah saya ada jual kepok lekor dan goreng pisang dah lama saya beli kak yati tapi jauh pulak dari rumah itu yang gigih masak jugak tu

      Delete
  3. Sama la.. Pernah jgk jd surirumah tp xla sampai 5 hari.. Sehari je.. Hihi.. Surirumah sabtu ahad tu biasa la. Memang penat.. Lebih penat dr keluar bekerja.. Boleh dikatakan tugas yg en suami buat, bila jd surirumah, kita kene takeover. Kene pulak mesin basuh rosak, lagi la haru. Dalam x sempat nk setel semua kerja, sempat jugak melelapkan mata.. Haha.. Tumpang sekaki masa menidurkan aisyah. Kemas dan menyapu rumah ntah berapa kali sehari. Hihi..tapi adelya tu mmg menguji kesabaran..😅😅

    Menu petang pun blh tahan best2. Ada kuih gunting lg, macam raya pulak.. Hihi.. Ira da lama x masak utk menu ptg.. X rajin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tetiba rasa macam nak raya pulak, tapi sedaplah kuih gunting buat kudap2

      Delete
  4. Rajin akak masak cuti2 tu. Ana kalau asal suami cuti makan luar xpun g rumah mak berjemaah masak maka n dkt sana. Ni duduk berdua dgn syafi masak yg simple je lah.

    Ana br sorang anak kak tu pun memetir memanjang. Ada je menda dia buat yg boleh buat kita memetir. Anak o anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah rajin sangat ana tapi sebab nak makan kan terpaksa merajinkan diri lah jugak

      Delete
  5. Suri rumah : Pekerjaan hakiki, tetap dan tak berpencen 24 jam sehari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu WP, tapi saya tak mampu lagi nak jadi surirumah sepenuh masa rasanya, penattt hehehe

      Delete
  6. Oh, menghabiskan cuti ya, AA! Bestlah duduk rumahkan. Tapi itulah saya rasa duduk di rumah lagi penat daripada buat kerja di pejabat. Kerja rumah tu macam never ending aje kisahnya. Bab anak-anak tak payah ceritalah. Ada-ada aje yang mereka nak buat; baik-baik kita berazam tak nak marah sehari, tak sampai sejam di rumah dah nak marah!

    Tapi betul tu, AA. Siapa yang tak sayang anakkan. Marah-marah, tetap juga usahakan apa yang anak-anak nak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. duduk rumah memang best MD tapi ada juga yang tak bestnya bila asyik bergaduh dengan anak2 je dan suara petir emaknya ni boleh kedengaran seisi taman perumahan adehhh

      Delete
  7. Habis, serik Tak jadi surirumah? Hehe...Tak lah. Tulah, kata org duduk rumah lagi penat dari duduk Kat pejabat Kan.
    Akk plak kalo Tak keje, boringnya duduk rumah, lepas siap semua keje rumah, mulalah Tak tau nak buat apa dah, dok tengok tv aje boring juga, tido banyak pun penat juga.
    Tapi Tak nafikan dok rumah boleh masak2 utk anak2 makan, boleh memetir juga, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. serik tu takdelah kak cuma masa tu je la rasa serik hehehe tapi kita ni kan bila anak riuh kita nak sunyi2 tapi bila anak2 tak de dirumah rasa rumah sunyi pulak tanpa suara anak2

      Delete
  8. Tadi akk komen, tapi Tak boleh publish plak, isshh...kompius juga.
    Bukan main tulis komen, tetiba Tak boleh publish.
    Anyway, komen jugalah, walaupun Tak berkaitan dgn citernya, hhihi.


    Serik Tak jadi full time housewife, taklah Kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kak boleh komen lagi sekali hehehe

      Delete
  9. ok smbil2 tu

    jom join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah... terima kasih atas jemputan

      Delete
  10. wah wah mewah la makan anak-anak kan bila mama nya dapat jd suri rumah sepenuh masa jap :) Best kan dapat hidangkan makanan yang anak-anak suka :)

    Ketahui apa petua terbaik untuk merawat keputihan di kalangan wanita

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata mewah tu takdelah sangat tapi bolehlah juga hehehe..betul seronok dapat sediakan makanan untuk anak2

      Delete
  11. penat jugak jadi surirumah.cuti best duduk rumah ni masa bujang je. dalam pada letih tu macam-macam terhasil di dapur. biar anak-anak kenyang dengan harapan diorang tak meragam. hehe

    ReplyDelete
  12. Akak anak2 dah besar, kurang dah memetirnya.. tp dek usia makin bertambah, letih rasa badan, nak2 hari minggu, pg ke ptg berkurung kerojernya, dok le dlm bilik cari tempat sejuk.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Aidilfitri 1439H

Assalamualaikum... Dah syawal ke 6 hari ni, mama dah mula kerja pun, ikutkan hati nak cuti lama sampai 2 minggu tapi apakan daya, budak-bu...