Cuti

Assalamualaikum...

Semalam Puan Bos datang dekat mama, ingatkan nak cakap apa.."Fazilah cuti kamu banyak ni, masa tak sibuk tu kamu ambiklah cuti" haaa kan dah nak hujung-hujung tahun ni nak mengabihkan cuti, tapi berapa hari sangat yang dapat mama habiskan pun. lepas tu terus ambik kalendarlah tanda mana-mana tarikh untuk mama cuti tu kikiki, semangat je kan nak cuti, eh bulan disember dapat cuti sebulan sedap jugak tu..kalau dapatlah kan nak cuti sebulan, tapi mesti Puan Bos tak bagi punya

Alang-alang dah tak busy ni kan boleh jugaklah kita bercuti-cuti duduk dirumah, nak bercuti-cuti malaysia tu nampak gayanya macam takde harapan je apatah lagi nak bercuti-cuti luar negara dalam mimpi je lah nampak gayanya tak dapat bora-bora, kita dapat borak-borak pun jadilah hehehe, hujung tahun ni bajet untuk buka sekolah pulaklah kan, eh tapi takpe cuti-cuti duduk rumah pun best apa banyak kerja yang mama boleh buat tu selain dari makan dan tidur je. Rasa macam nak jahit langsir je maklumlah langsir yang ada tu pun dah setahun tak bertukar, dapat tukar langsir pun ok dah tu rasa macam suasana baru juga dalam rumah.

Baki cuti 50hari kalau tak ambil campur cuti tahun depan 30hari dah jadi 80 hari cuti tahun depan, perghh boleh cuti 2 bulan tu. Lepas dengar cuti mama banyak macam tu, macam-macamlah cadangan bebudak ni kan " Kaklah tahun depan mengandung lagi la, lepas cuti bersalin 3 bulan tu kaklah amik lagi cuti 2 bulan jaga anak...haaa best tuuu gaji pun masyukk je" wahhh korang nak suruh hakak mengandung lagi pulak kan. erkkk tapi cadangan itu perlu dipertimbangkan sedalam-dalamnya sedalam lautan hindi.

Budak ayu yang sorang tu lagi best cadangannya. "ha kaklah buat macam ni, dapat gaji kaklah keje,lepas tu dah tengah bulan agak-agak gaji dah kering nak isi minyak ngan tol pun nyawa-nyawa ikan, kaklah amik la cuti, haaa...asal nak isi minyak memikir je duit cukup ke tak kaklah amik cuti" kahkahkah macam-macam korang kan, tapi idea ayu tu boleh dipakai tu. Tahun depan boleh buat macam tu, lepas dapat gaji kerja macam biasa tapi bila dah hujung-hujung duit dalam purse pun dah tinggal singgit-singgit je mama ambik cuti, kotlah kan dok berkira-kira nak isi minyak ke nak makan? haaa masa tu mama cutilah kan kikiki

Mama pun tak tahulah macammana cuti mama ni boleh banyak sangat bakinya, mama ni dari bujang pun memang jarang amik cuti, kata kawan mama, mama ni tak pandai sebab tak reti nak urus cuti, kalau macam dia pandai hujung tahun je cuti habis, oklah tu kan. ye lah orang banyak ambik cuti bila anak demam ke apa, tapi mama anak demam pun jarang ambik cuti sebab dulu en.azmi kerjanya fkexible sikit, kalau anak demam dialah yang cuti jaga anak. dan kalau nak cuti balik kampung pun ada lah ambik sehari dua je, cuti raya pun sama juga paling banyak pun 4 hari kalau dah campur dengan cuti raya yang diberi sabtu ahad lagi dah seminggu dapat, kot nak cuti lebih-lebih pun tak boleh jugakkan.

Untuk 2 bulan terakhir nih mama dah rancang pun cuti, tahun depan mama nak rancang cuti lagi biar hujung-hujung takdelah baki cuti banyak sangat, tapi pun nak cuti banyak pun tak boleh jugak, cuti bukan hakmilik katanya, kalau cuti pun boleh dipanggil bekerja juga jika diperlukan. 2 bulan boleh ambil cuti 3 hari, jadi celah mananya pulak cuti mama ni nak habis kalau cenggitu peraturannya kan, tapi semua atas budi bicara jugaklah, ini dah Puan Bos pun suruh cuti, marilah cuti di hrmis untuk minggu depan kahkahkah...terus minggu depan nak cuti...ye lah gajikan lambat lagi, jadi kita jimatkan duit minyak minggu depan mama cuti 3 hari kikiki..lagipun ada benda yang mama nak buat minggu depan.


Gambar sekadar hiasan pinjam dari en.google...seronok aih kalau dapat bercuti tenang-tenang tepi pantai macam nih..fuhhh fuhh...dengan harapan adalah yang baca dan bawak kita pergi bercuti kuikuikui. tak pun kot ada yang nak sponsor mama pergi bercutikan, manalah tahuuuu..

Oklah mama gerak dulu tak sabar nak cuti-cuti di rumah.

Wassalam

Comments

  1. Bestnya bnyk cuti, tapi yg x bestnya bila x dpt nk abiskan.. Tapi ok la kan boleh bwk semua dpd burn mcm tu je.. Cuti duduk rumah pun best jgk, nnt cuti sekolah, boleh la beraktiviti dgn anak2.. Hihi.. Ok jgk tu menjahit.. Masak ke.. Amik order kek dgn kuih ke.. Niaga ke masa cuti tu.. Hehe..

    ReplyDelete
  2. Bagusnya pekerja ni ,jarang bercuti sampai terkumpul cuti yg banyak.Kiranya pekerja mithali lah ni ya...
    Ok juga sesekali bercuti Ilah.Anak2 dah tentu yang paling gembira kan....

    ReplyDelete
  3. Bercutilah
    Boleh tenangkan minda dan rehatkan badan.

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaaa...byk nya cuti..
    Lya dh tahap unpaid leave ni. Hbs pom sbb berulang hosp. Msk wad.. MC warded + tahunan hbs.. Trs mkn annual leave.. Bln ni aje 4 hari unpaid leave๐Ÿ˜ฃ.

    Hrpnya thn dpn biarlah mc ckp2 utk lya dpt rwatan spital..bru x kacau ct tahunan.

    Kak...klo ct x g jln2 pom xpe.. Ambk pluang duk kt rmh pom best.. Sbb hari2 sibuk keje.. Kdg brape jam sehari je kt leh duk rmh..

    ReplyDelete
  5. Bestnya mama Yan, banyaknya cuti, cuti2 Kat umh pun best apa, boleh masak2, jahit2 langsir, kemas2 taman bunga Ros tu, bestnya.
    Keje kerajaan mmg byk cuti Kan.

    ReplyDelete
  6. Ingatkan tgh syok bercuti tepi pantai weyh...mcm kat Maldives je tu.
    Sama mcm laki mak, cuti banyak tp tak boleh nak ambik cuti.... camne tu?

    Hihi....bukan main lagi ye....nak beranaklah, nak cuti hujung bulanlah... banyak betul ideanya....

    ReplyDelete
  7. bestnya...banyak cuti, Angah ni cuti abis dgn Appointment Hospital je..malas nak amik timeslip

    ReplyDelete
  8. Best lah banyak cuti. cuti kat rumah pun best juga.

    ReplyDelete
  9. Banyaknya cuti kak. Boleh besarkan taman yg ada tu. Buat ala2 taman percutian gitu.

    Nak g bercuti pun skrg musim hujan. Ni nak masuk cuti sek pun satu juga. Ramai org saja nanti.

    ReplyDelete
  10. 50 hari? Banyaknya...siap bos kasi ingat soh cuti pulak ya! hahaa

    amik cuti, buat projek masak2 ke..projek deko2 ke..kat rumah. ok gak.

    ReplyDelete
  11. bos dah suruh cuti kenalah cuti..hehe. biasa orang amik cuti hari anak ada exam, takpun saja nak berjalan on weekdays sebab weekend sesak

    ReplyDelete
  12. Ya Allah banyaknya cuti..tempat kerja saya dulu memang tak dapat la nak simpan cuti banyak2 cam tu, biasanya boleh carry forward 7 hari je

    ReplyDelete
  13. Bestnya... banyaknya cuti AA! Kalaulah boleh main transfer-transfer, nak aje saya minta semua 50 hari tu. Cuti tahunan saya 16 hari aje, kalau boleh carry forward pun cuma 14 hari aje. So paling banyak pun cuti 30 hari setahun kalau tak digunakan. Nak cuti senang tapi yang tak senangnya cuti tak cukup. Walaupun sikit, saya memang kerap menghabiskan cuti. So tak payahlah berangan nak holiday naik kapal terbang, kalau dah holiday dalam negara pun tak cukup cuti yang nak diapply!

    ReplyDelete
  14. Wah.. Bestnya mama cuti banyak.. Sha ni kalau ujung tahun je mulalah sadis tengok cuti.. Hehehe.. Rajin sangat bercuti..

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts