Duduk dapur je lah

Assalamualaikum...

Cuti 2 hari tak kemana pun, ada la jugak plan tu nak bawa anak-anak berjalan tapi tak boleh nak ke mana sebab en.azmi keje sabtu ahad, jadinya anak-anak moh ler kita bertapa kat rumah. Nama nak berjalan dengan anak-anak je memang idok ler mama ni, takut tak terkawal dengan 3 stoges tu 😂😂.

Disebabkan dok rumah je moh ler memasak ikut tekak anak-anak. Yang banyak request tu si adrien lah. Dari hari jumaat lagi dia dah minta "esok sabtu yen nak makan spagetti 🍝🍝 meatball, ahad yen nak makan nasik lemak 🍛🍛". Bukan main lagi dia kan. Kalau cuti ada je yang dia nak makan. Takpelah sebab tak berjalan ke mana kita memasak je lah.


Sabtu kita breakfast membawa ke lunch dengan spagetti meatball je lah senang keje mama malas nak masak banyak kali. Untuk dinner kita beli di pasar malam je la heheh..saja sebenarnya yang penting boleh keluar dari rumah walaupun hanya berjalan di pasar malam. Itupun dah ok.


Ahad kita makan nasik lemak ler. Sempat jugalah ajak ibu aboh dan anak-anak buah datang bekpes nasik lemak kat rumah. En.azmi takde sebab menghantar barang ke benta raub. Macam biasa nasi tak interframe hehehe. Lepas masak nasik lemak takde apa nak buat terus masak lagi.tu diaaa masak je la kejenyakan


Terhasillah lauk untuk dibekukan kikiki...haa dapat idea dah sebab tengok member share kat fb. Masak lauk untuk seminggu dan dibekukan. Nanti balik kerja panaskan dan yang perlu masak pun sayur je dan goreng ayam atau ikan. Ini kalau mama balik lewat pun dah kira ok en.azmi pun boleh panaskan je lauk yang dah dibekukan ni, jimat masa mama petang-petang balik keje takdelah terkejar-kejar nak masak lagikan.


"Ehhh...mama buat chesse ke???" Tanya adrien 😂😂 bukan chesselah adrien.oiii. Ada rupa chesse eh???. Sebab terlebih rajin petang tu terhasillah puding karamel yang ala-ala chesse nih. Tapi ye lah sekali tengok macam chesse pulok dah dengan.berongga nya tu.


Share jugaklah..ini hasil.dari pemberian makdak yang bercuti ke cameron, jagung rebus yang lembut dan manis, cekodok jagung dan cekmek molek tapu gulanya diluar mama malas punya pasal hehehe..nak bentukkan jadi keria pun malas sudahnya buat bentuk cekmek molek dan sira dengan gula melaka pemberian FIL yang bercuti ke tengganu hari tu, dapat kepok keping dan gula asam jawa tu juga. Terima kasih pada yang memberi moga murah rezeki semuanya.

Haa...itulah cuti-cuti nih duduk dapur je lah sebab tak kemana pun, ini.ada yang bertambah berat nih cuti-cuti ni makan tidur je kejenya kan.

Wassalam

Comments

  1. Wah betul2 bercuti dgn masak2 tu Ilah...berbagai resepi .
    Seronok anak2 tu sebenarnya Ilah ,dapat makan dari air tangan mama nya...masa cuti tu lah dpt tunaikan kehendak selera mereka kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak tengok dorang makan pun dah raa seronok saya yang memasak ni

      Delete
  2. Salam mama Yan, hamboii cuti2 ni masak aje kejenya yea, yelah, apa lagi nak buat Kan, lagi2 bila dah Ada special requests tu, senang Tak payah penin2 pikio nak masak apa, seronok gak kan, dah penat masak tengok anak2 makan, puas hati.

    BTW, langsirnya dah otw ke, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikiki...langsir belum lagi kak, tengah mikior ni nak beli langsir kaler apa pulak yang santekk. haaa ce bagi idea

      Delete
  3. musim2 hujan memang malas nak kuar, so masak n makan jelah kejenya.

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya best jugak sekali sekala duk dapur, tp kalau selalu boring jugaklah hihi... Senang kalau dah ada permintaan ye Azra, tak payah dah nak pikir nak masak apa.

    Aduhai lama tak gi pasar mlm. Suka gi pasar mlm pas tu beli macam macam, makan sambil tengok TV.

    ReplyDelete
  5. Mokde da lama tak makan speghetti meat ball. Nk buat malas pulak haha.. Gitu la kalau en suami bekerja sabtu ahad, dpt keluar pegi pasar malam pun da seronok..
    Senang la nk masak sbb da ada request, xyah pening2 nk fikir apa nak masak..

    ReplyDelete
  6. banyknye menu...semua sedap sedap belaka...yummy...

    ReplyDelete
  7. Saya pun selalunya macam ni juga. Kalau cuti tak berjalan, main masak-masak di rumah. Kalau berjalan, memang makan luar dari pagi bawa ke malamlah jawabnya. Orang gantung kuali hujung minggu, saya hampir hari-hari kadang-kadang gantung kuali. Nak buat macamana, emak pemalas. Hahaha!

    ReplyDelete
  8. Wah.. Meriahnya menu mama.. Sedap tu puding karamel..

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts