Sunday 19 November 2017

Adrien dah konvo

Assalamualaikum...

Hari ni konvo 🎓pasti Daerah Kuala Langat, memandangkan en.azmi kerja mama dengan anak2 je la yang pergi. Dewan pun tak tahu Kat mana jadi kita guna google map je la. Tak jauh dari rumah pun dewannya dalam 30 minit je la campur terlepas simpang hihihi tapi Alhamdulillah berjaya sampai dengan bantuan abg adam...mama turn left mama, lepas tu turn right, sekali terawal pulak masuk simpang, patut simpang depan tapi kira ok la dah tak jauh pun.

Masuk dewan je terus hantar adrien ke barisan Pastinya, lepas tu terus cari tempat duduklah, mujur sampai awal tempat masih banyak yang kosong. Adelya pulak sibuk nak ke toilet, suruh abang adam jaga tempat sementara mama bawa adelya ke toilet. Selesai urusan adelya keluar sekejap cari makanan. Ramai juga yang jual jambangan bunga dan coklat, mama takdelah terfikir nak beli pun, tapi anak dara tu kemain nak pulak. Coklat dan bear yang dijual rm15, ada yang rm8. Bolehlah beli dah macam konvo pelajar U je nih.

Adelya dengan coklat bouquet pilihan hati, sampai ke sudah jadi hakmilik 
Banyak juga pasti di Daerah Kuala Langat nih ada dekat 20 Pasti rasanya, siap ada sidang 1 sidang 2 la siap rehat dulu eh..dah macam tengok pakcik konvo hari tu je siap ada perarakan masuk para pelajar, untuk Pasti adrien dia lah yang mengetuai penerima sebab namanya didepankan. Muka takde perasaan je budak sorang tu. Senyum pun tidak. Masa terima sijil tak dibenarkan ambik gambar sebab mualimah dah ambikkan lagipun macam tak sesuai ibu bapa sibuk didepan tetamu vip kan. Tak sangka pulak salah sorang tetamu vip tu bapa sedara adrien, mama dah dengar namanya disebut oleh emcee tapi takdelah tengok orangnya kan.

Abg adrien tengokkk jeee...adelya bagi dia taknak ambik pun..fink kaler kott memang taknak la dia, mama keluar la konon nak beli yang robocar poli punya, sekali tengok semua yang jual coklat bouquet tu dah habis, laku keras betul ni
Lepas habis pemberian sijil je ada cabutan barokah, dalam hati mama ni dok rasa je macam nama adrien akan disebut. Sekali dengar emcee tu sebut adrien aryan...eh masa tu mama tak tahu adrien kat mana,nampaknya mamalah yang bangun sambil angkat tangan hahaha eh emcee dah bagitau ibubapa boleh tolong ambikkan hadiah cabutan barokah tu. Masa nak ambik hadiah tu baru perasan ustaz yang bagi hadiah tu ustaz redzuan sepupu en.azmi, inilah vip yang mama cakap tu. Sempatlah borak kejap atas pentas tu.
"Adik k.nor kan?" Ustaz redzuan yang tegur mama dulu... Oh ya k.nor tu ibulah kakak mama yang sulung tu, ustaz memang kenal family ibu. Mama mengiakan la pertanyaan ustaz redzuan.
"Duduk sini ke?"
"Aah duduk sini dah" tak sempatlah nak sembang lama kan sebab atas pentas. Lama tak jumpa ustaz redzuan ni, last jumpa masa mama pantang adrien dekat rumah ibu. Manalah dia nak perasaan anak buah dia yang naik pentaskan.

Sesudah ambik hadiah cari adrien, budak tu sorang sorang je dekat kerusi dia bagus je dia kan tunggu mama kat situ. Ye lah masa habis ambik.sijil mama dah jumpa dia tapi sebab dorang nak ambik gambar ramai2 mama tinggalkan dia dulu, malas nak beramai-ramai depan tu sebab ramai lagi penonton dibelakang, rasa mama menyemak lak kat depan tu hehehe.. Dah ambik.adrien dan tanya mualimah sama ada dah boleh balik ke tak? Mualimah kata boleh tu..moh le balik anak2. Ada juga photobooth disediakan untuk bergambar, cantik je mama tengok tapi mana nak bergambarnye anak teruna mama tu. Nak suruh bergambar dengan adik pun taknak,,abg adam sejak dua menjak ni pun macam malas dah nak bergambar, harap ke anak dara sorang tu je la

Minggu depan sekali lagi ada hari kecemerlangan akan dibuat di Pasti pulak. Dua kali lah anak mama naik pentas nanti ye... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun mama uruskan sorang-sorang hari ni. Next week tak tahulah apaknya dapat join tak hari kecemerlangan di Pasti, yang itu takpe kalau mama dengan anak2 sebab dekat dengan rumah. Gambar adrien ambil sijil takde lagi mualimah bagi, nampaknya nanti mama up lagi entri konvo ni bila dapat gambar dari mualimah. Buat masa ni itu je la pun gambar yang ada.

Wassalam

24 comments:

  1. Tahniah Adrien.
    Tahun depan masuk darjah satulah agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih WP, ye tahun depan darjah 1 lah adrien

      Delete
  2. Tahniah adrien dah konvo..
    Wah da up entry konvo, pantas mama. Haha..
    Bnyk juga pasti yg terlibat ye.
    Meriah la mcm konvo kat U.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mokde
      mama sepantas kilat mengupdate entri hehehe
      aah banyak juga pasti daerah k.langat nih

      Delete
  3. Tahniah buat Adrien..
    Nasib baik ada abang adam tukang tunjuk jalan..
    Wah, siap dapat cabutan bertuah lagi.. Murah rezeki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nur..itulah rezeki dapat cabutan bertuah tu

      Delete
  4. Tahniah Adrien. Minggu ni memang minggu anak2 konvo kan? hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nany, aah memang minggu konvo anak2 lah minggu ni

      Delete
  5. Tahniah Adrien. Moga terus cemerlang, aamiin.

    Angah pun convo semalam. Kejap je kan Dah nak melangkah ke darjah 1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PH..itulah sekejap je rasa masa berlalu

      Delete
  6. Pertama sekali nak nyatakan, akk singgah baca entri mama Yan sebelum ni, tapi akk Tak boleh nak komen, akk rasa sedih sangat, sampai terkenang2 arwah mak akk..

    Oh, cepat selesainya majlis konvo Adrien yea. Ambik sijil je ke? Takde buat persembahan ke? Oh, bust kemudian ye, yelah dah byk2 cawangan dgn ramainya bebudak manalah boleh nak handle yek.

    Amboii jeling jer ye tgk pink kaler tu, yelah...boy Kan, Mana suka pink2 mcm tu. Sudahnya si makcik bawangla untung Kan, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe kak...nak tulis entri tu pun saya terpaksa bersambung banyak kali jugak, kadang rasa taknak publish tapi sebab ada yang bertanya saya up kan jugalah entrinya.

      Aaah kak ambik sijil je sebab ini bergabung semua pasti di daerah k.langat tu, untuk pasti Adrien je sabtu ni baru nak buat.

      Itulah tak mahu dia tengok pink kaler tu hehehe

      Delete
  7. Untung anak² sekarang ye, konvo macam² dapat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sekarang knvo tadika pun dah macam U pulak

      Delete
  8. Tahniah utk Adrien...
    Bukan main lagi kan sekarang ni konvo tadika pun dah mcm konvo u , siap ada bunga bunga bagai.
    Alahai siannya anak beranak gi sendiri konvo

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Mak..itulah konvo tadika pun dah macam konvo U sekarang.

      itulah mak..terpaksalah berdikari sekali sekala mak ngan anak2 ni ha

      Delete
  9. tahniah adrien, akak kali terakhir pi anugerah pasti tahun lepas... berehat4 thn untuk adik plak pi intifal pasti nanti plak.. terima kasih le sudi singgah blog bersawang tu ..

    ReplyDelete
  10. tahniah adrien ... dah konvo dah... cepatnya anak anak membesar...lepas ni masuk darjah pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mrs pip..ye lah cepat anak2 membesarkan

      Delete
  11. tahniah adrien. sama dgn anak saya no 2. tahun depan darjah 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih hanah..ye la tahun depan sarjah 1 pulak

      Delete
  12. Tahniah Adrien.. Tahun depan darjah satu ye..
    Bebudak lelaki camtulah mama.. memang takdenya nak berposing posing.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sha...itulah budak lelaki ni susah sikit nak berposing

      Delete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...