Tuesday, 3 October 2017

Rezeki dan ujian

Assalamualaikum...

Bersiaran dari rumah, haaa ko dari cuti 3 hari terus jadi 5 hari. Kisahnya... Khamis lepas balik dari kerja pakjang dan maktam tak sampai lagi mereka pergi ambil ubat pakjang dekat hoshas. Mama bagi kunci mama takut dorang sampai awal, sekali lambat pula dorang sampai. Dah la hujan renyai-renyai waktu tu, en.azmi pun lewat juga petang tu sebab banyak kerja, duduklah mama dalam hujan renyai-renyai tu sebelum jiran sebelah ajak ke rumahnya.


Rezeki  dapat jiran yang baik siap sediakan air dan kurma untuk mama berbuka, suaminya pulak suruh potongkan kek, alhamdulillah rezeki dapat berbuka petang tu kalau tak mahunya mama berbuka dengan air hujan hehehe. Nak ke rumah kakak mama nak tunggu abg adam balik sekolah. Pukul 7.30 baru maktam dan pakjang sampai.

Jumaat buat urusan sekolah anak-anak. Sabtu tu mama rasa lain macam dah, malam tu dah soksek-soksek, esoknya selsema. Ahad lagi teruk sampai tak boleh bangun, badan pun panas je. Sudahnya en.azmi kata tak payah pergi kerja kalau tak larat. Jadinya cutilah mama isnin tu dan terbaring je la kat rumah. En.azmi pun ambik cuti. Anak-anak semua dia uruskan. Makan tengahhari pun en.azmi masak, bukan setakat makan tengahhari, minum petang pun ada dibuatnya goreng pisang. Dalam ujian ada rezekiNya kan.

Sepatutnya mama pergi kerja hari ni tapi rasa macam tak larat pulak nak pergi, malam tadi tak dapat nak baring tidur sebab semput tetiba asal baring je tak boleh nak bernafas sudahnya tidur sambil duduk je lah mama, tersengguk-sengguk dibuatnya, ubat dah makan tapi nampaknya belum berkesan ubat tu pada mama. Jadi sabar dan redha sajalah kan. Moga-moga kesihatan bertambah baik, esok nak kena pergi kerja dah.

Wassalam

17 comments:

  1. Betullah kan Allah cakap disebalik ujian tu ada hikmah dan nikmat yang kita tidak ketahui. Mcm kes hang ni Azra, jiran pun akhirnya dapat tempias pahala puasa, sebab dia berpeluang sediakan juadah utk org berbuka. Untung dpt suami mcm En Azmi, selain boleh dukung, boleh masak jugak hihi

    Lepas ni standby extra duplicate 1 set kuncilah.... senang sikit!

    ReplyDelete
  2. W/salam!

    Tak waterproflah mama ni... kena ujan sikit.. demam... hehheh. Sesekali 'ujian' tu datang juga, sabar dan moga cepat sihat seperti sediakala.

    ReplyDelete
  3. Mudah2an dah sembuhlah demamnya.
    Bagusnya En Azmi.

    ReplyDelete
  4. Lah hai kesian nya...demam ke Ilah.Mujor lah ada suami rajin membantu kalau tidak payah juga nak mengolahkan anak2 kecil.
    Semoga cepat sembuh ya...jangan lalai makan ubat .

    ReplyDelete
  5. Nasib baik ada En Azmi.... rajin dia tolong urus anak-anak.... semoga cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  6. semoga cepat sihat mama. ujian Allah datang on off sebab Allah sayang tu. Syukur jiran pun baik2 je kan.

    ReplyDelete
  7. MOGA CPT SEMBUH YAN BREHATLH N MKN UBAT

    ReplyDelete
  8. Alahai nasib ada jiran the prihatin dan baik hati, kalo Tak rasanya bukan takat berbuka air lioq, air hujan, ayaq mata pun sama tu, cian mama..ujian kan.
    Tapi dlm ujian ada hikmahnya, baik sungguh hati en azmi tolong buat semua benda, untung badan dpt suami yg rajin ni.
    Oo, ada semput mama Yan, akk pun Ada kawan, Kali semput kena tido duduk juga.
    Semoga segera sembuh ye mama.

    ReplyDelete
  9. Semoga cepat sihat kak lah..
    Dalam diberi ujian, Allah beri rezeki yg tak disangka kan..
    Dapat la rehat kan bila suami tlg uruskan hal rumah dan anak2.

    ReplyDelete
  10. Semoga cepat sembuh ya. Semput semput ni semoga hilang terus

    susah

    ReplyDelete
  11. semoga cepat sembuh dan dapat kembali bekerja, mama

    ReplyDelete
  12. Syafakillah mama...
    Untung dapat jiran yg baik, rezeki juga tu. Apatah lagi dapat husband sporting lagilah untungkan hihi...

    Sebenarnya ujian Allah bagi pada seseorang tu bukan utk dia sahaja tapi utk orang sekelilingnya juga kan...

    ReplyDelete
  13. alahai.

    demam. semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  14. Syafakillah..saya kat sini pun masih batuk, selsema. Deria bau gone sebentar...huhu..tapi Alhamdulillah..masih boleh beribadat dan buat kerja2 yang lain.

    ReplyDelete
  15. aida last week pun hampir2 demam tau , AA.
    cecepat telan panadol. cecepat num air suam bebyk.
    alhamdulillah. sakit tekak tu pulih cepat la... tak demam.
    susu & kurma = marveles.

    ReplyDelete
  16. Salam berkenalan...baru berkunjung..bleh lawat blog sy www.lokmanamirul.com.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Hari ke 3 berpuasa

Assalamualaikum... Dah 6 ramadhan kita. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati ibadah dibulan yang mulia ni. Budak ni ...