Monday 9 October 2017

besday dia 🎂🎂🎂

Assalamualaikum...

Terima kasih mak & abah..
kerana telah melahirkan dan membesarkan seorang anak
dan anak itu sudah pun 39 tahun hari ini.

Terima kasih kerana telah mendidiknya dengan sempurna
sehingga dia menjadi seorang suami dan ayah yang baik
buat saya dan anak-anak... ucapan dalam whatsapp,
mak mertua pun dah balas whatsapp tu hehehe
mak pun ucap terima kasih sebab sudi terima anak mak seadanya..

kemain ko kan mama buat ucapan..hehehe takpelah mama dah tak berpeluang lagi nak ucapkan terima kasih dekat arwah mak pada hari lahir mama jadi mama ucaplah terima kasih pada mak mertuakan yang dah lahirkan en.azmi tu kan. walaupun mak dan abah tak baca pun tulisan mama nih tapi takpelah janji apa yang mama nak cakap tu mama cakaplah kan.

Hari ni hari lahir en.azmi, tahun lepas mama terlupakan besday dia jadi tahun ni mama tak lupalah, sebelum pergi kerja tadi dah wish, siap suruh anak-anak wish sekali nanti. itu je lah yang mampu pun asalkan mama ingat, mama pun takde plan nak buat apa-apa untuk surprisekan en.azmi tu. Kesian en.azmi dapat isteri macam ni kuikuikui, takpelah dia dah redha tu hehehe.

Semoga dengan pertambahan umur ini juga makan bertambahlah keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt. Moga Allah permudahkan segala urusan en.azmi didunia dan akhirat. Moga dimurahkan rezeki.. Tak tahu nak buat ucapan apapun lagi..yang pasti akan ku kenang kamu dalam setiap doaku lah ye en.azmi hehehe. sebenarnya rasa macam takde mood je nih, kesihatan pun tak begitu baik lagi ni.

Terima kasih jadi suami yang baik, nak macammana lagikan..dia seorang suami yang rajin, masuk je rumah terus ambil penyapu sapu lantai, katanya nanti habuk anak nak main. nak apa lagi kalau pinggan penuh sinki tanpa disuruh dia tolong basuhkan. baju yang kotor tolong basuh bukan setakat basuh tapi tolong sidaikan lagi kadang dah basuh, sidai dan siap dia tolong angkatkan lagi hikss. walaupun dia garang dengan anak-anak tapi dialah yang terlebih risau kalau terlambat ambil anak-anak..mama pulak yang rilek-rilek je, kalau en.azmi muka dah serabut "macamamAna ni dah lambat nanti abang sorang-sorang depan rumah"..haa gitu dia punya risaukan.

Mood ke laut dalam dah nih, nak menulis pun idea tak mari, oklah kan daripada takde, daripada mama lupa macam tahun lepas, kiranya tahun nih ada jugalahkan. bersabarlah en.azmi dengan isteri kamu ini. cari-cari gambar terkini nampaknya takde, nak letak gambar apa lak nih..jadi kita letak je lah gambar apa yang ada, kira acilah kan



kira jadilahkan gambar en.azmi dengan anak dara dia ni ha. sajalah letak gambar nih dengan harapan en.azmi tengok nanti dia tahulah isteri dia nak ajak cuti-cuti nanti hahaha, eh tak lama dah kan nak anibesari katanya kan, haruslah rancang apa yang perlu, kalau takde pun kita bercuti je lah dekat telok panglima garang tu je kikiki.

Wassalam

12 comments:

  1. Nasib baik kali ni dah set mind sebelum tidur nak wish suami ya, AA. Kalau dibantainya lupa lagi macam tahun lepas, aduhai. Nak gelak saya. Tapi, saya pun selalu aje pura-pura lupa walaupun selalunya tak sampai hati. Apa ke tidaknya, kita puas hint harijadi kita berbulan-bulan lamanya, dia buat tak reti je ^_^

    Apa-apa pun tahniahlah pada suami AA, dah 39 tahun rupanya. Bukan main lagi tahu ucapan pada mak mentua ^_^ Padanlah mak mentua sayang bangat!

    Eh, baru 39 tahun je En Azmi ni? Saya kena panggil 'adik' nih. Hehehe!

    ReplyDelete
  2. Semoga rumah tangga sis kekal hingga ke jannah dan suami diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga seluruh ahli keluarga...

    ReplyDelete
  3. Happy Besday En Azmi....moga sentiasa dlm limpahan rahmat Allah. Amboiii bukan main lagi kan jek mak mertua kan...
    Nak mintak dukung En Azmilah tu hihi...
    Celebrate besday sekali dgn anebersary jerlah senang. Jimat sikit hihi

    ReplyDelete
  4. Happy birthday abg mie.. Semoga pnjg umur, murah rezeki, sihat & happy selalu..
    Ok la tahun ni ingat nak wish.. Hihi.. Mcm ira x sempat nk lupa.. Saje buat2 lupa je la..
    Itu la kan.. Nk yg mcm mana lagi.. Syukur dpt yg ringan tulang, bertanggungjawab, syg keluarga..
    Tak lama da tu aniberseri. Blh la cuti2..

    ReplyDelete
  5. happy birthday en azmi yang ke-39. Semoga dipanjangkan umur murah rezeki, sentiasa sihat & bahagia selalu disamping keluarga tercinta.

    ReplyDelete
  6. Sanah helwah En Azmi. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yg baik.
    Boleh dah plan cuti2 Malaysia ni kak. Nak dekat anniversary kan. Ana hari tu pertama kali lupa tarikh anniversary. 2-3 hari Kemudian br teringat. Haha. En Suami pun boleh tahan bijak juga. Dia ingat tp x nk bgtau. Takut minta cuti2 malaysia juga lah tu agaknya. Haha

    ReplyDelete
  7. Selamat ulang tahun kelahiran buat en azmi..
    Moga dipanjangkan umur..
    Murah rezeki..
    Dan diberikan kesihatan yg baik..

    Bagus punya hint utk gi jln2 tu AA😆

    ReplyDelete
  8. Hepi besday utk suami Ilah...semoga bahagia berkekalan till jannah.

    ReplyDelete
  9. hepi birthday en.azmi. semoga kalian sekeluarga bahagia till jannah

    ReplyDelete
  10. moga suami akak di panjangkan usia, di murahkan rezeki n bahagia bersama familynya...
    mlm ni msk la spesel2 skit kak... ke bwk pi dinner ber2 ke hehehehe

    ReplyDelete
  11. Selamat hari lahir en. Azmi.

    ReplyDelete
  12. moga ur asben gembira & bahagia yer :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...