Saturday, 14 October 2017

Nasi lemak mak ko ijooo

Assalamualaikum...

Pukul 5 pagi mama dah bangun hari nih sebab nak buat nasi lemak mak kau hijau ehehehe. Gigih betul bangun pepagi potong daun pandan lepas tu tumbuk, tumbuk hokeh bukan guna blender, ko mampu subuh-subuh sepii tu menumbuk daun pandan hahaha..mama memang suka menumbuk jadi daun pandan pun mama tumbukkan aje guna lesung batu tu, yang penting mama dapat hasilnya tu.

Tak banyak pun yang mama nak masak sebenarnya sebab sambil bilis mama dah masak siap-siap malam tadi jadi takdelah lama sangat nak memasaknya kalau masak pagi lambat juga tu. Jadi pagi ni mama cuma panaskan sambal bilis, rebus telur, potong timun, masak nasi, goreng ayam crispy. Kenapa nak gigih sangat masak pagi-pagi tu?

Hari ni mama bekerja jadinya masaklah makanan yang berat sikit, bolehlah dimakan sampai ke malam, kot buat cekodok kang kesian pulak pakjang kat rumah tu nanti kelaparan kan. jadi kita masaklah siap-siap, lagipun en.azmi pun ada cakap nak makan nasik lemak, jadi marilah membuatnya demi membahagiakan perut yang tersayang, walaupun rasanya entah macamanakan, gasaklah janji bau nasik lemak tu ada hehehe.


Nahhh...kemain ko kan mama siap letak dalam bekas kaca lagi haaa, alah sekali sekalakan biar dorang buka tudung saji tu tengok waaahhhh mabeles sangat nampaknya tu, walaupun rasanya nan hadoo gitewww kekdahnya kan. mama bukan apa bekas kaca tu lama dah beli mula-mula kawin dulu tapi gunanya sekali je, darikan mereput dalam almari moh ler kita gunakan, ini doklah guna pinggan yang itu je kan, dah jemu tunjuk dalam blog kali ni kita tukarlah bekas pulak nampaklah lain sikit, macam banyaklah sikit nampak pinggannya kan, walaupun itu je la yang ada pun hahaha.


Haaa kalau atas tu lauk-lauknya je ini bekalan mama nampaklah sekali nasi lemak mak ko ijooo ni haaa. amacam ada rasa berselera tak nak makan hahaha. dah rehat ni bolehlah mama mencekik. sambil-sambil mencekik tu kita merapulah kejap kat sinikan. Sajalah sesekali nak tunjuk mama ni rajin juga memasak eheheh. tapi memang rajin pun hari-hari masak cuma kalau lauk luar biasa tu barulah upkan..takkan hari-hari nak up telor dadar je pulak kang ada yang muntah tengok hari-hari telor dadar kikiki...telu dadar, ayam goreng, ayam kicap, ayam masak merah..haaa itu je la ulangannya sampai jemuuu.

Wassalam

20 comments:

  1. Wow rajinnya mama. Kalau kita blend je daun pandan tu :)

    Bangun pukul 5 tumbuk daun pandan tak penah tapi ambik daun pandan kat laman belakang penah. Haha... Udahlah pintu dapur tu kalau dibuka krek bunyinya, habislah jiran2 terbangun sama agaknya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. malas nak keluarkan blender, lesung batu senang dicapai jadi guna lesung sajalah PH hehehe

      Delete
  2. Nasi lemak cukup santan dan garamnya sedaplah. Walaupun lauknya nanti cuma sambal ikan bilis dan timun je. Apapun rajinnnya mama aryan menumbuk daun pandan... kalau saya tak kose. Blend je senang...hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sweetie..hahaha lesung je senang dicapai waktu tu, blender simpan dalam almari jadi saya tumbukkan saja

      Delete
  3. Replies
    1. sesekali makan yang dibuat sendiri sedap jugak hehhe

      Delete
  4. tak kisahla kak lauk sama je ke apa, yg penting kerajinanan akak tu...

    rajin akak pagi2 dh msk ns lemak... dana ni kadang lbh prefer tumbuk dr blend, kadang mls nk keluarkan bleder lah apa lah, jd tumbuk jelah walaupun kaso2

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak pegi keje dana hari cuti kenalah rajinkan diri sediakan makanan untk mereka yg ditinggalkan hehehe

      Delete
  5. Amboi kak...meriahnya nasi lemak hijau ni..gigih bgn pkl 5 menumbuk. Selamat bukan rumah flat mcm rumah Ana ni. Kalau tak ada yg kena denda minta sepinggan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali je meriah ni ana, hari2 lain biasa2 je hahaha

      Delete
    2. ha ha ha...
      kalu rumah flat, Ana, karang org bwh kata hantu!
      memang ohsem la menumbuk kul 5 pagi. gigih!

      Delete
  6. Kalau hijau sebab pewarna tu elok kurangkan lah sis

    Nanti kesan jangka panjang tak tahu

    Hehe

    Kalau hijau sebab warna sayur tu lain

    Letaklah banyak banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini guna pewarna asli mazni, hijau dari daun pandan yang akak tumbuk hehehe

      Delete
  7. e'in tak pass lagi nak buat nasi lemak.. haha

    ReplyDelete
  8. rajin!!!!
    ijo pon ijo ler.
    janji sodap :)

    ReplyDelete
  9. Haha, tajuk dia ganas kan.. hihi... yang penting sedap kan...

    ReplyDelete
  10. Ha'ah... nampak menyelerakan jadinya bila kaler ijau.
    Mangkuk tu mcm familiar..
    Kat rumah my Mil ada agaknya (lupa daa).

    ReplyDelete
  11. Wah gagahnya tumbuk daun pandan pagi-pagi... hehehe nampak sedap pula bila tengok nasi warna hijau tu hihi

    ReplyDelete
  12. terliur sungguh tengok nasi lemak ni :D

    ReplyDelete
  13. eh, dia kalau air tangan mak mesti sedap. terliur la plak baca pagi-pagi ni. hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Muhasabah diri

Assalamualaikum.. Walaupun handhpone dapat menghubungkan kita dengan orang ramai. sedarilah bahawa ia membuatkan hubungan kita dengan Al...