Mengimbau kenangan

Assalamualaikum...


Okeh pagi yang dingin ni teringat pula kenangan dulu-dulu, zaman muda-muda remaja. Masa tunggu result spm, mama kerja dekat kilang motorola atau sekarang freescale atau dah ada nama baru sekarang mama pun tak pasti. Hari pertama pergi interview berdua dengan kawan, dari jauh lagi kami berdua dok bercakap-cakap bila nampak pintu kaca tanpa pemegang, pintu tu kita nak tolak ke nak tarik? Ntah aku pun tak tahu.. Dalam dok berkira-kira tu kaki terus melangkah,sampai je depan pintu, pintu terbuka sendiri..terusss waaaa dia buka sendiri, macam jakun jek kan itupun tak tahu, mujur juga kami tak tolak pintu tu, bayangkan kalau kami tolak dan pada masa yang sama tu juga pintu terbuka haaa... Harus dua-dua menyungkur...kikiki

Lepas dapat result spm yang biasa-biasa je tu mama sambung belajar ambik form six dekat temerloh, sekolah menengah abu bakar temerloh, tiap kali pergi temerloh lalu sebelah sekolah tu teringatlah kenakalan dulu-dulu. Masa lower six mama duduk rumah sewa dengan kawan-kawan, sambil-sambil tu buat kerja sambilan dekat ppd, tugas kami lipat kertas soalan periksa. Tak jauh pun ppd tu sebelah sekolah je, biasanya kerja kami malam selepas maghrib...ye lah kalau tak kerja mana pulak nak cari duit bayar sewa rumah kan, walaupun macam tu kami tetap gumbira melalui kehidupan setiap hari.

Satu hari semua berbincang nak buat kuih buah melaka tapi masing konpius tepung apa yang digunakan, masa tu enfon mana ada nak menggagau carik public phone nak call mak tanya memang taklah sebab public phone jauh. Mama yang tak pandai masak ni waktu tu bagitau guna tepung pulut sebab pernah tengok arwah mak buat, tapi kawan-kawan tak terima cakap mama ye lah mama tak pandai masak mesti tak betul punya cakap mama tu dan mereka sepakat guna tepung beras campur gandum mama ok aje. Hari kejadian mama balik lewat sebab ada kerja dekat sekolah, sampai rumah petang tu semangat ko nak makan buah melaka, tapi mama tengok muka masing-masing senyummm jekkk... Bila ditanya kata mereka buah melaka tak timbul-timbul..kakaka rasanya pun keras kemain, mama ambik lempar kat umah jiran sebelah yang kodong berdentum bunyinya mujur tak retak dinding...dan esoknya mereka cuba lagi guna tepung pulut haaa...baru.la jadi molek hehehe...

Masa tu juga mama aktif kat sekolah macam-macam.aktiviti mama masuk hahaha saja nak mencuba nasib siap masuk pementasan puteri gunung ledang tapi haruslah bukan mama yang jadi puterinya..ye lah tak berapa nak cun memadailah menjadi dayang sultan mahmud kahkahkah nak lebih-lebih kang orang bagi cermin suh cermin muka sendiri ada yang nangis pulak nanti, so redho la menjadi dayang, nak tunjuk gambo segan pulak sebab kena mekap kening mama dah macam kening shin chan jadinya. Masa tu latihan malam-malam balik rumah sewa member lelaki.yang sama-sama berlakon tu yang hantar balik bukan naik motor ye jalan kaki je, pelik orang kampung tengok dayang2 dan hulubalang masuk kampung hehehe, tapi orang kampung kenallah kitorang, jangan taktahu dengan berbaju dayang tu mama panjat pagar sekolah sebab nak ikut pintu depan jauh bebenor kuikuikui mujur tak koyak kain. Akhirnya group sekolah mama menang pertandingan di peringkat daerah dan dapat bertanding di peringkat negeri dekat KL, tapi untuk pertandingan tu mama tak terpilih sebab cikgu pilih budak2 yang cun jek...I is sentap tau, tapi takpelah kite sedor diri kikiki...

Upper six tak boleh duduk rumah sewa..sesiapa yang nak exam kena duduk asrama.. Sedih mak nak tapi ok juga pengalaman buat mama sebab tak pernah duduk asrama. Masa cuti akhir tahun tu mama kerja dulu kat chow kit ingat lagi kedai baju bernama minna betul-betul bawah jejantas tempat arwah sudirman buat konsert dulu. Kerja kedai baju duduk pula di wisma hock ann belakang tu je. Kerja sebab nak cari duit untuk bayar yuran exam stpm.. Gigih tak gigihnya mama ni hihihi. Tapi itu yang mendewasakan...buat mama fikir betapa susahnya untuk mencari rezeki jadi perlu hargai apa yang dimiliki. Buka sekolah jadilah mama budak hostel. Mula-mula arwah ayah hantar ke asrama sewa kereta orang,sebab kami takde kereta sendiri,itulah pertama dan terakhir ayah ke asrama lepas tu tak pernah dah arwah ayah atau arwah mak jenguk kat asrama,takpe mama faham bukan senang mereka nak datang jenguk.

Pun begitu..tidaklah menjadikan mama seorang yang bermuram durja, kehidupan sebagai budak hostel sangat menyeronokkan, masuk-masuk terus jadi senior sape berani nak ragging kikiki, sudahnya mama jadi kamcing dengan adik-adik.satu dorm, kadang-kadang lompat pagar dengan dorang pegi kedai seberang jalan-jalan semata-mata nak beli aiskrim hehehe..kedai ti dah takde pun sekarang ni, kalau tepi jalan tu tengok pagar sekolah teringatlah kenakalan dulu-dulu, sekarang pagar yang ada tu dah kukuh budak sekarang dah tak boleh lah nak panjat pagar. Ada pula yang curi keluar asrama tengok wayang citer puteri impian, ingat cikgu taktau sekali dalam kelas cikgu tanya, seronok tengok wayang? Hahaha... Guru kelas merangkap warden asrama kikiki.

Banyak sangat kenangan zaman sekolah dulu...alhamdulillah result exam bolehlah sebab tak berapa nak bijak kuikuikui, tapi dalam tak bijak tu pelik juga mama sebab tersenarai dalam pelajar yang ditarget akan dapat result cemerlang...kawan-kawan tertanya nama mama ke tu? Mama cakap bukan sebab ada sorang lagi kawan.yang sama nama dengan mama waktu tu, kawan baik ok duduk dalam kelas sebelah-sebelah nama memang sama cuma binti je yang lain hiksss itupun susah orang nak bezakan. Lepas abis stpm kami semua terpisah dan membawa haluan masing-masing..sekarang berhubung melalui wasap je...


Mama diusia 19 & 39 tahun...hihihi amacam ada sama tak rupa, mestilah tak.samakan satu muka remaja sekolah satu lagi dah jadi wanita anggun..eheh hahaha satu lagi dah kertu la.

Pengalaman yang mendewasakan , pengalaman menjadikan hidup lebih indah kebih-lebih lagi pengalaman dizaman remaja yang penuh dengan kenakalan.  Terasa panjang pula mama menulis nanti boleh buat lagilah entri mengimbau kenangan ni, seronok pula mengingat kenangan dolu-dolu.

Wassalam.

Comments

  1. panjang cerita lama ni..yang penting kenangan tu kalau diimbas kembali,tersangatlah seronok kan

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  2. Amboiiii mak....pagi pagi lagi dah mengimbau kenanagn lalu... Teringat pakwe lama ke hihi...
    Sedihnya baca cerita awak Azra. Salute sangat. Paling salute bab terpaksa bekerja demi membayar yuran pereksa, tapi sebenarnya pengalaman macm tulah yg buat kita menghargai nilai belajar tu.

    Seronok jugak ye buat kerja terjal zaman budak budak dulu.....den budak baik dulu dulu, dah jadi omak baru nak start terjal haha....
    Huiiii..... muka tak berubah langsung. Cantik mcm Puteri Gunung Ledang ar. Abang mesti tak sabo nak angkat tu haha

    ReplyDelete
  3. waaaaaaaaaaaaaaaaaaah syok nya layan kisah dulu2 akak nih...

    zmn dulu kita berusaha nk dptkan sesuatu, bkn tau nk mintak je kt mak pak kite...
    kelakar bab buah melaka tuh kak, itulah kite kata takmo ikut.... nyesal kan

    akak ttp lawao tp gambar masa skrg lagi lawo rasanya

    ReplyDelete
  4. KENANGAN LAMA NAN INDAH MENGUSIK JIWA KAK PRNAH TINGGAL KAT ASRAMA SEKOLAH TU 3 HARI JE WAKTU HADIRI KURSUS PENULISAN DPMP LAMA DULU...

    ReplyDelete
  5. Sebijik rupa adelya ye.
    Mmg nostalgia sungguh kenangan lalu, haruslah diabadikan utk tatapan anak cucu akan datang.

    Habis bila dah pandai buat kuih melaka tu jadi jual tak? Gigih mama yan berusaha sendiri, kagum akk, yelah dah tentu2 taknak susahkan makpak kan.

    ReplyDelete
  6. terimbau kenangan lalu...hehehe...btul, pengalaman mendewasakan....

    ReplyDelete
  7. Ish tak sangka mama ratu panjat pagar ye :p

    Yes, pengalaman mendewasakan kita... Kita dulu pun masuk asrama arwah Pak sewa keta org je. Masuk u datang kl naik bas je, dgn barang penuh Kiri kanan ditemani pak & abg.. Kenangan yg sangat berharga

    ReplyDelete
  8. Pengalaman hidup yg sgt berharga kan kak lah..
    Hehe.. Nakal juga ye masa sekolah dulu.. Ok la jadi dayang, ira penah jadi hulubalang. Haha.. Wakil asrama je pun. Tu pun da ketar lutut naik pentas.

    ReplyDelete
  9. Saya kerap pergi Melaka. Tak jumpa pun buah dia.

    *kenangan masa dulu kalau diingatkan semula memang kelakar. Sambunglah cerita ni.

    ReplyDelete
  10. try mkcik berdua pakai semula uniform sekolah lama tu mestila serupe., hehe2

    ReplyDelete
  11. Wah tersengih2 sy baca bab kenakalan tgk citer puteri impian tu..zaman sekolah memang sg best kan.hihi

    ReplyDelete
  12. mesti sengih2 tengok gambar sendiri zaman dulu2

    ReplyDelete
  13. wah, mama pandai berlakon rupanya... ala, tak patut tau pilih yg cun jer utk petadingan peringkat negeri... hehehe, yg baca pulak tetiba sentap sama...

    Sy tak pernah ada pengalaman duduk asrama masa sekolah.. pernah cuba apply nak masuk asrama, tapi terpaksa ubah fikiran sbb warden asrama garang sgt... huhuhu

    ReplyDelete
  14. lepas SPM, masuk PLKN pastu sambung form 6. x sempat nak keja. skola kami pula wajib duk asrama sebab skola asrama penuh. perangai pon brutal sikit sebab senior :p kihkihkihkih

    ReplyDelete
  15. sekarang lagi cun melecun walaupun dah masuk three series anak pun dah tiga. badan maintain je kurus cantik. tak patut betul cikgu mama tu dulu. orang lain yang bertungkus lumus berlatih tiba2 bila dah peringkat kebangsaan macam tu ganti orang lain pulak sebab paras rupa. tak patut betul.

    ReplyDelete
  16. Wahh. Akak maintain comey je smpai skarang

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts