Monday 27 March 2017

Book Donation For Nilam Programme



Assalamualaikum...

Mama jumpa ni dekat blog sha sangat menarik mama rasa jadi mama share kat sini mana tahu ada kawan-kawan yang nak bagi sumbangan kan, mama pun rasa macam nak cari-cari juga buku yang ada dekat rumah tu mana tahu ada yang sesuai...

Kalau nak tahu detail ada mama copy dibawah, kalau nak terjah empunya blog yang buat program ni syifa, boleh klik gambar ye..jom sama-sama sebarkan






Hi Everybody!!!

Assalamualaikum w.b.t

Salam Mesra, Salam Sayang.
How are u today?
Hopefully we're all fine and happy with family.

Actually , I ada sedikit permintaan. Kepada Para Blogger yang Baik Hati, I nak minta pertolongan untuk war2 kan dan hebahkan mengenai Program Book Donation I ni.

Book Donation ni dianjurkan bersempena memenuhi keperluan anak2 remaja lingkungan umur 13- 17 tahun (menengah rendah dan atas) untuk Program Nilam, iaitu Galakan Budaya Membaca.

Jadi, kepada rakan2 Blogger sekalian, I dengan rendah hati ingin memohon pertolongan untuk menghebahkan program Book Donation ini kepada sahabat handai rakan taulan adik beradik tuan puan sekalian yang mempunyai buku2 terpakai yang sudah tidak mahu disimpan lagi untuk didermakan kepada anak2 ini.

Antara Kategori Bahan Bacaan Yang Boleh didermakan Termasuklah:

  1. Majalah Berkonsepkan Pendidikan (Asuh, Fikrah, IQ, IT dlln)
  2. Novel Genre Remaja (Yang Positif dan memberi Tauladan)
  3. Buku Cerita (Bersesuaian dengan umur remaja)
  4. Buku Rujukan PT3 dan Latih tubi (Tingkatan 1-3 PT3)
Kalau tak pasti sila tanya/ hubungi I di blog atau email.

Kawan2 Blogger boleh copy post I ni dan Banner di bawah, sharekan di wall masing2. Marilah sama2 beramal dan tambahkan saham akhirat. Mudah-mudahan budak2 ni nanti dapat memanfaatkan buku2 yang disumbangkan dan menambah ilmu pengetahuan.

Macam mana nak derma? Boleh hantar by post atau pun kalau sekitar Lembah Kelang boleh PM alamat mungkin kita boleh arrangekan perjumpaan untuk kutip buku tu. TQ All.

Wassalam

9 comments:

  1. KAK TERINGIN JUGA NK SUMBANGKAN BUKU2 KAK...TAPI KEBANYAKANNYA ANTOLOGI PUISI JE XSESUAI PULA DGN PERMINTAAN.

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan syifa..

    ReplyDelete
  3. Baru terfikir nk bagi buku2 kat org, tapi buku2 rujukan kitaorg dah tak sama dgn silibus budak2 sekarang. Huhu..

    ReplyDelete
  4. Betullah Ilah kat rumah akak ni pun banyak buku rujukan tapi buku skg dah tak sama.
    Semoga dipermudahkan urusan mereka.

    ReplyDelete
  5. majalah asuh x serupa majalah dah hasil gigitan tikus ��

    ReplyDelete
  6. menarik ni...thanks for the share...rietta ada beberapa buah buku utk di let go...

    ReplyDelete
  7. Moga urusan mereka dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
  8. Kadang tu nak donate tp nak post bagai tu yg malas tu Azra...
    Kalau ikutkan banyak je buku yg tak dibaca kat rumah ni

    ReplyDelete
  9. kira takde buku yang bersesuaian boleh di donate. ada novel remaja remaja dah lepas sekolah je hihihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...