Thursday, 23 March 2017

Cerita balik kampung, buat pertama kalinya..ini dapur ana yang punya

Assalamualaikum...

Semenjak akhir-akhir ni banyak pula ujian yang datang..alhamdulillah Allah sayangkan. khamis masa nak pergi kerja tayar sang kancil pecah, jumaatnya si chery pula berasap dah la nak balik kampung. awal pagi tu en.azmi dah nak pergi repair sekali datang barang kat bengkel tu salah, dah cakap yang 2.4 orang tu bawak yang 2.0 memang tak ngamlah. nak tak nak petang jumaat tu redah je nak balik kampung, sekali dekat kesas dah berasap, berentilah kami dekat petronas tepi kesas tu.

Hari dah la hujan, dalam pada menunggu tu en.azmi call adik dia bertanya tentang barang chery yang nak dibeli tu, sambil-sambil tu buat-buatlah apa yang patut dekat kereta tu, nak bawa sang kancil memang tak muatlah dengan beg baju yang berbeg-beg tu. Tunggu sekejap sampai kereta sejuk, kiranya lepas tu nak meredah jugalah balik kampung, lepas tu adik ipar call lagi suruh pergi rumah dia, oklah kami pun pergilah rumah adik ipar dekat PJ. sambil tu mama tanyalah untuk apa kesana? takkan nak repair hari ni juga sedangkan hari dah petang. en.azmi kata kita pergi dulu tengok.

Lepak-lepak makan sambil tunggu adik ipar sampai rumah, lepak makan dekat kedai yang berhampiran sambil bertemankan hujan. sudahnya tukar kereta dengan adik ipar kami naik alza dia, tinggal chery dekat dia sebab katanya nanti dia ambil barang dan bawa repair chery kami tu, lepas maghrib ke rumah abang ipar nak ambil keretanya pula sebab adik ipar nak guna esok, pergi tengok keretanya takde pula, fikir-fikir terus ke rumah kami ambil kancil bagi adik ipar guna, dah berpusing-pusing dah kami atas jalan dari petang tadi..hehehe.

Terpaksalah adik ipar guna kancil antik kami tu untuk bawa balik kampung isterinya pula, dalam hati ni rasa tak sedap juga, kita naik kereta baru dorang, dorang terpaksa naik kereta antik kami. en.azmi lah yang rasa cuak sangat tu, takut adik iparnya tak selesa naik kancil kami tu katanya "risau pula nanti ira tak selesa naik kancil" mama cakap takpelah ira ok. kami teruskan perjalanan balik kampung, pukul 1pagi baru sampai..tu diaa tak pernah-pernah kami balik kampung waktu macam tu, sampai-sampai adik-adik ipar semua dah tidur, anak-anak pun mama dah mandikan siap-siap dekat rumah tadi, cuma mama la yang belum mandi...tapi tetap wangiii takde bau kambing ye kekeke

Al-kisahnya balik kampung sebab atok(abah mertua) tak sihat, rabu kena tahan hospital. Alhamdulillah kebetulan cuti sekolah dan mama pun memang ambil cuti sampai rabu jadi dapatlah lama sikit dekat kampung,walaupun mama cuma dapat tengok atok sekali je, sebabnya budak-budak tak boleh masuk wad. jadinya mama tunggu anak-anak dekat bawah je, bagi peluang en.azmi duduk bersama atok lebih lama. mama kat bawah layan anak-anak main taman dan berlari-lari..hoiii berbulu je mama ni tau orang ramai-ramai macam tu dorang berlari ke sana sini.


anak-anak dihospital bukan main lagi, berlari sesuka hati, itu tuan puteri bukan main memujuk nak beli kasut princess bling-bling lagi."papa yaya nak kasut ni..boleh laa..boleh laa..." kata adelya. kisahnya en.azmi nak belikan kasut untuk mama sekali masuk kedai kasut anak-anak pula yang lebih-lebih memilih kasut, sudahnya kasut mama tak terbeli kasut deme berempat(termasuk en.azmi) yang dibeli, dah simpan je semua buat pakai raya, nanti raya memang tak beli dah kasut. Kata en.azmi nanti kasut mama dia akan belikan nanti, cari dekat shah alam la nampaknya, hari tu banyak juga kasut tapi yang mama berkenan takde pulak.


Disebabkan atok masuk hospital, buat pertama kalinya mama kuasai dapur wan..kikiki sebelum ni kalau balik kampung duduk bersila je tunggu makanan dihidang, tapi balik kali ni mama yang kena memasak sebab adik-adik ipar kerja, bermula isnin tu awal pagi mama dah mula memasak makanan tengah hari sebab adik ipar yang mengandung tu biasanya akan balik makan dirumah, lagipun wan pun balik dari hospital dan akan makan dirumah kemudian bawa bekal pula ke hospital. selesai masak kami anak-beranak bersiap-siap ke hospital untuk ambil wan bawa balik rumah untuk wan makan dan berehat sekejap, petang pukul 5 kami hantar wan ke hospital semula, sebab wan jaga atok di hospital. 2 hari rutin kami berulang ke hospital.

Isnin balik dari hantar wan singgah di mempaga segar dekat lanchang beli barang dapur sikit, dalam pada tu ternampak bahan-bahan buat spagetti, teringat pula atok suka makan, teruslah beli bahan untuk buat spagetti. Selasa tu disamping masak spagetti mama masak juga nasi, semangat betul mama memasak hehehe...masa tu hujan mama paksa en.azmi cari kelapa sebab nak buat rendang pedas ayam, tanpa banyak soal suamiku itu mengikut je pergilah dia kebelakang rumah mencari kelapa dan siap dimesinnya sekali. puas hati bila dapat masak apa yang hendak dimasak, tapi mama takdelah pandai masak pun, taram saja asalkan boleh dimakan.

Rabu, mulanya en.azmi kata tak payah lah masak sebab nak balik dah, tapi rasa macam tak sampai hati pula nanti adik ipar balik lapar, takde nasi nak makan, ye lah ibu mengandungkan mesti lapar, kalau dia nak masak sendiri mesti tak sempat, jadinya mama masaklah lauk ringkas-ringkas je. kemudian bersiap-siap untuk balik ke rumah pula. en.azmi ada kerja pula, plan asal nak ke hospital ambil wan dan bawa anak-anak jumpa atok tapi tak kesampaian, sian anak-anak nak sangat jumpa atok, adrien sampai menangis sebab tak dapat jumpa atok, alahaiii...mama pun sedih tengok anak-anak nak sangat jumpa atok, tapi masa tak mengizinkan waktu itu, en.azmi ada kerja. balik tu kami singgah rumah adik ipar ambil kancil, en.azmi bawa kancil dan terus pergi kerja, mama dengan anak-anak pulang ke rumah.

Alhamdulillah..dapat berita petang tu dari en.azmi katanya atok dah boleh balik, cuma akan ke hospital lagi nanti untuk jumpa pakar, lega dapat balik rumahkan, wan pun dapat berehat juga, tidur atas kerusi dekat hospital tu tentu tak selesakan. harap-harap lepas ni kesihatan atok bertambah baik.





nak juga tayang hasil masakan mama walaupun nan hadooo kikiki, takde orang dekat rumah bolehlah nak snap picca, kalau ada orang takdenya nak buat keje cenggini, malu wehhh. ada 2 hari menu ulangan ikan pedas hahaha...nampak sangat takde idea nak masakkan.

Wassalam

29 comments:

  1. Macam2'dugaan ya Ilah...apapun Alhamdulillah selamat sampai ke kampung.
    Rajin menantu masak ya...macam2 lauk tu.
    Semoga atuk cepat sembuh semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak macam2 dugaan, tapi alhamdulillah ada yang sudi membantu.

      sesekali menantu ni rajin kak, biasanya duduk makan je hehehe

      terima kasih doakan atuk

      Delete
  2. aduh... bila kete bt hal mmg rasa ssh hati btl, bdk2 kak, pg mana pun spital ke mana2 ke mana lah depan reti duk diam...

    wah2 sedap2 menu akak, klu dana kadang mls jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dana..bila bawa kereta berdebar je takut buat hal, tapi tu lah kan kereta pun dah antik jadi macam tu la hehehe

      aah budak2 ni kat mana2 pun sama je kan

      menu taram je tu dana sebab takde idea nak masak hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. nanti datang rumah akak unni boleh akak masakkan hehehe

      Delete
  4. MOGA MERTUA YAN SEGERA SEMBUH...SEDAPNYA HIDANGAN TU

    ReplyDelete
  5. Semoga FIL AA segera sembuh ye..
    Memang kena tahan jer tido kat kerusi hospital tu AA..
    Akak dah rasa..
    Akak dulu buat video call jadi dapat lah budak2 tengok dan bercakap dgn atuknya di dalam hospital tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak doakan FIL saya.

      itulah tidur atas kerusi memang tak selesalah kan tapi nak buat macammana terpaksa juga bertahan.

      saya ni tak terfikir nak buat video call kak, dah balik tu barulah buat voice mail

      Delete
  6. Wah bermaharajalela ye mama yan kt dapur. Takpelaj sesekali kan, kita dpt menolong apa yg patut, seronok kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali kak saya bermaharajalela hahaha biasa jadi tukang makan je. itulah sesekali je saya buat macam tu kak rasa lega juga dapat membantu sikit walaupun tak banyak mana, hanya dapat sediakan makanan je..r

      Delete
  7. macam2 dugaan, tapi itulah bila di kampung sebab dapur orang, takla kita berperanan sangat. bila dapat bermaharajalela ni ambil peluang jga la kan. semoga sihat ayah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul hanah kadang takut nak memandai didapur orang lain walaupun dirumah mertua sendiri hehehe sebenarnya mereka tak kisah pun tapi sendiri yang cuak,bila ada peluang ok je.

      terima kasih doakan ayah mertua saya

      Delete
  8. Macam2 ujian yg dtg, tanda Allah syg & nk bg pahala. Yg penting kita redha..

    Ala abg mi ni, tu pun nk risau.. Bknnye adk ipar dia tu ank dato seri 😝😝
    Ok je naik kancil antik tu.. Adik dia je segan kot sbb nk bwk mak mertua..

    Kesian budak2 tak dpt jmpa atok. Aimy dgn aisyah ada la jgk jmpa atok sblm masuk wad.. InshaaAllah, nanti atok sihat, ajak atok jalan2.

    Ok la tu, masak simple2 pun diaorg puji sedap. Ira tak pandai masak, kalau kene cam kak lah, ira suh icong la yg masak. Haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah redha dengan setiap ujian yang datang.

      mestilah sedikit sebanyak akan risau juga, kalau kereta kita tu baru ok juga, takut kereta antik buat hal hehehe

      InshaAllah..tunggu acik imah bersalin la kalau nak balik pun rasanya ni, itupun kalau takde apa2 lah kalau ada perkara yang urgent mungkin boleh balik awal.

      kena la puji, tak puji siap hakak merajuk. takpe la icong boleh masak, kaklah abgmi memang tak pandai masak, jadi nak taknak terpaksalah gigihkan diri untuk masak.

      Delete
  9. Macam-macam dugaan...tapi memang seronok bila balik kg...Wa pun bila balik kg..masa memang banyak duk dapur dengan adik=beradik.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu wa..walaupunmacam2 dugaan balik kampung tetap seronok.

      Delete
  10. sonok kan balik kampong., hehe2

    ReplyDelete
  11. Belilah kereta baru.
    Yg ada tu jangan jual. Boleh jadi antik.
    Kita pun tak lama lagi jadi antik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. komitmen bulanan tu yang tak sanggup kalau nak beli kereta baru.

      memang pun tak lama lagi antiklah ni hehehe

      Delete
  12. Heheheh samalah kita kak. Kalau sorang2 berani la nak snap gambar makanan. Kalau ramai2 malu pulak takut orang kata apa hehe btw saya singgah sini ya 😊

    ReplyDelete
  13. Dah nak kena, nak buat mcm mana ye Azra. Hihi....hadam ajerlah berpusing pusing kat jalan raya tu.

    Alhamduliliah atok dah boleh keluar. Nasiblah dpt menantu yg baik, dahlah cantik, rajin masak pulak tu. Patutlah anak atok sayang banget sampai sanggup hangkat oii hihi....

    Mmg kena lawan dia sangat tu Azra, sayur lemak dengan ikan sambal

    ReplyDelete
  14. Allah.. dugaan sungguh tu sis..
    Allah sayang sangat dekat sis..

    ReplyDelete
  15. susah hati juga kan sebab ada anak2 kecil time keta buat hal. alhamdulillah, selamat sampai ke destinasi

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah dipermudahkan urusan sepanjang pergi dan balik kampung. Juga buat atok moga cepat baik dan buat Wan moga kuat dalam menjalani rutin harian.

    ReplyDelete
  17. mcm2 benda kalau dah nak jadi kan kak. tapi mujur semuanya Allah permudahkan. kesian budak2. atok tu pun mesti teringat2 je dekat cucu dia masa tu

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...