Sunday 18 September 2016

Taman Botani Negara, Shah Alam

Assalamualaikum...

Hampir seminggu menjadi surirumah sepenuh masa, mama mula terasa bosan tak tahu apa hendak dibuat. Hendak memasak pun malas...hehehe nampaknya tak boleh jadi surirumah sepenuh masa lah mama ni, sudah mula rindukan kerja-kerja di ofis, teruk betul ye patutnya seronok dapat duduk rumah dengan anak-anak...ehhh memang seronok duduk berperang dengan anak-anak nih,tapi itulah jiwa mama ni masih suka bekerja.

Okeh..hari akhir cuti sekolah disebabkan kebosanan yang melampau,pagi ni mama ajak en.azmi bawa anak jalan-jalan, ala jalan yang tak memerlukan bajet yang banyak hihihi.. Jadi mari kita pergi taman botani negara@taman cahaya seri alam@bukit cerakah...tempat yang samalah tu walaupun nama berbeza. Bujang-bujang dulu rajin juga mama pergi sini berbasikal dengan kawan-kawan dihujung minggu.

Model mama...abg adam dah mula malas nak bergambar sekarang nih


Dalam pukul 10pg baru keluar rumah. Sekejap je sampai sebab tak jauh sangat pun kan dari rumah. Tiket parking rm3..tiket masuk taman dewasa rm3, adam dan adrien masing-masing rm1,adelya percuma. Untuk tiket rumah empat musim bayarannya juga sama dewasa rm3(12thn ke atas),kanak-kanak rm1(4-11thn),adelya percuma. Lepas bayar tiket terus masuk tunggu bas, kata pemeriksa tiket ada disediakan makanan percuma, boleh ambil kemudian datang tunggu bas, tapi kata en.azmi ambil sebelum keluar nantilah. Terus kami tunggu bas, ramai juga orang dihari minggu ni.

Beratur membeli tiket

Bas bawa kami terus ke tempat berhampiran rumah empat musim. Sekarang musim luruh, cantik juga tempatnya walaupun kecil saja, ye lah padan dengan bayarannya rm3 kan. Mari layan gambar-gambar yang ada.


Sebelum sampai rumah 4 musim kita akan lalui.galeri pendidikan dahulu, kami tak singgah pun tak tahu buka ke tidak, adrien kata dia dah masuk ye lah dia dan.adelya dah pergi sebelum ni kan. Bunga seri pagi cantik berbagai warna, dikampung dulu masa kecil mama ada tanam juga pokok bunga seri pagi ni.



Haaa...model dah bergambar dekat signboard tu bermakna dah sampai..jom kita masuk sekarang musim luruh. Dulu masa adam masih kecil, kami datang musim sejuk.

Kalau dapat amik.gambar dekat basikal.tu lagi.la fefeeling romantik Autumn in my heart..kikiki






Baru nak feeling Autumn in my heart, budak berdua ni datang menyibuk sama. Abg adam dah boleh diharap nih untuk snap kan gambar.


Keluar dari sini kami terus berjalan ke kawasan sekitar. Dikawasan sekitar terdapat taman hiasan, laman konservasi herba dan tanaman ubatan, taman zingerberalace, taman rempah ratus, perkampungan budaya. Tapi mama tak pergi semua pun sebab takut tak mampu nak seret kaki, anak-anak pula cergas je berlari-lari.


Nak ke anjung tinjau tu, gigih kami berjalan, anak-anak laju je siap panjat tangga dah, tak diheran pun tangga yang kecil dan curam tu, naik risau mama dibuatnya. Panjat di bahagian pertama je tak sampai atas pun sebab mama rasa gerun pula menengoknya...kikiki risaulah dengan anak-anak yang terlebih aktif ni. Jadi kita dibahagian pelantar yang paling bawah sajalah


Tengoklah tu segala tempat nak dijelajah, tak berani mama nak keatas lagi moh le kita turun anak-anak, masa turun tu baru abg adam terasa cuak sebab anak tangga yang kecil dan curam, baru perasan la tu masa naik tadi tak sempat nak tengok.

Jom teruskan perjalanan, sebelum tu beli air dulu sorang sebotol, mama yang terlebih-lebih nak air sebenarnya hahaha...mau taknyer penat berjalan memang pecah peluh, ok la jugakan sihattt...kikiki.tak tunggu bas dah kami jalan kaki je ke taman haiwan. Jalan berlenggang-lenggang kangkung je sambil menikmati kehijauan alam ciptaan Tuhan ni, sambil tu dapat juga baca nama pokok yang ada, tapi memang tak pernah dengarlah namanya pun, baca saja.


Jumpa titi gantung nih, apalagi bagilah anak-anak merasa naik titi gantung, tak jauh pun titi gantungnya tu, tak sempat nak kecut perut hehehe.


Sampai juga ke taman haiwan, sini tempat rusa banyak juga rusanya walaupun tertulis dilarang memberi makan pada haiwan,tapi ada juga yang beri makan, mungkinkah tulisan itu terlalu kecil atau kita yang tidak faham apa yang tertulis? Entahlah mama pun tak pasti. Anak-anak takut nak pegang rusa, en.azmi je la yang pegang.


Mama pun.teringin nak pegang...tetapi apakah??? Sampai hati si dia berpaling..."anak rusa nani lari kembang ekor, apa salah kami lalu tidak tegur???" Sampai hati kau rusa..mesti rusa gigirl nih sebab tu dengan mama taknak dengan en.azmi tadi kemain baik lagi dia...okeh taknak kawan...jom kita jumpa don sayang.

Tak dapat pula mama nak amik gambar don sayang sebab adelya takut kikiki...masih ingat lagi dia pada don sayang tu ye..si kuda yang berjaya membuat adelya takut dan menangis. Selain kuda ada juga iguana, kucing, angsa putih, burung kakak tua..haa itu je yang mama nampak, mungkin ada yang lain lagi tapi mama dah penat seret kaki..kakaka jom ler tunggu bas.

Tak mampu dah nak berjalan tunggu bas la kami untuk keluar, sebelum keluar kita ambil makanan percuma dulu, rezeki jangan ditolakkan, lagipun perut pun dah lapar. 1tiket untuk 1 makanan, tapi kata adik yang jaga tu boleh ambil lebih sebab makanan banyak.


Antara makanan yang ada dalam bekas tu ada nasi impit kuah kacang, lontong, ketupat dan rendang daging yang sedap, air, agar-agar dan kuih-muih..kami ambil setiap satu sebekas tapi adrien suka pula nasi impit tu siap pegi ambil lagi, oklah kan lagipun dah diberitahu boleh ambil lebih..untuk dewasa ikut tiket untuk budak-budak tak kisah katanya, kami ambil apa hendak dimakan je,kalau ambil banyak tak habis pula nanti. Makan pun dekat situ juga sambil tengok sawah padi yang menguning.

Selesai makan kami bawa anak-anak melawat sawah sambil tu terangkan nasi yang dimakab itu berasal dari pokok padi ni lah, mama pun teruja juga tengok sawah ye lah jarang dapat tengokkan, biasa tengok pokok sawit dan pokok getah je.


Cantik sawah yang menguning nih. "Rumah tepi sawah kena pula langsir biru, emak jangan marah esok lusa dapat menantu..ala emak kawinkan aku" wakaka..lagu yang dulu pernah mama nyanyikan untuk arwah mak..hihihi saja main-main lepas tu mak mesti tanya nak kawin dengan sapa? Mana ada sapa main-main je... Kat situ memang ada rumah kecil dan bertingkap comel, terasa seperti dara pingitan pula mama bila bergambar ditepi tingkap tu kikiki...lepas ke sawah marilah kita pulang kerana matahari pun semakin tinggi kaki mama pun dah tak gagah nak melangkah dah ni...


Jadilah anak-anak ye dapat berjalan walaupun sekejap, nanti kita plan cuti-cuti lagi ye, mama tanya abg adam seronok tak jalan-jalan? Abg kata seronok..lega hati mama, abg ajak ke tempat lain selepas itu, tapi tak dapat nak tunaikan lagi inshaAllah nanti mamapapa bawa abg pergi situ ye.


Nahhh...dara pingitan ditepi tingkap kikiki...kbai

Wassalam

Doakan sahabat blogger kita aisy nasiha yang bakal mendapat anak ke 3 pada esok, isnin

12 comments:

  1. tak berkesempatan menjejakkan kaki lagi ke sini..
    inshaAllah kak yan, satu hari nanti (:

    ReplyDelete
  2. Alahai.... lamanya tak ke sini. Rasanya dah bereblas tahun kot. Dulu nak ke sini sebab nak tengok salji. Sejak salji dah ada kat IOI City terus tak teringin nak gi sini lagi dah hihi....

    Wahhhh sebijik anak dara sunti tunggu pinangan tau ....
    Si Aisy Nasiha nak beranak ke? Tak tau pun dia mengandung. Pandai betul dia simpan....

    ReplyDelete
  3. Kakak rasa dah lebih 20 tahun kakak tak ke situ AA
    Last pergi masa anak dara bayangkanlah...

    ReplyDelete
  4. akak pergi sini masa sekolah rendah dengan adik dan sepupu yg duduk si Shah Alam. Lama sgt dah.
    ada sediakan makanan pulak sekarang ni ye..bestlah dah penat berjalan dapat makan minum free...hihi

    ReplyDelete
  5. Best juga kan dapat makanan percuma ....dah penat2 berjalan tentu perut lapar kan.
    Bertuah tempat2 menarik dekat dengan rumah,bila2 masa boleh bawa anak2 berjalan.Akak tinggal Iman sorang je yg masih kecil ,jarang/lama dah tak bwa jln2...tak larat dah tua ni nak seret kaki.

    ReplyDelete
  6. Lawanya hiasan rumah untuk autumn! Siqah pernah pergi dan masa tu musim sejuk. So konon penuh salji lah dalam rumah tu dan sejuk gila. Hehe. Rasa nak pergi lagi sekali pulak untuk autumn 😍

    ReplyDelete
  7. Ni kali ke 3 cubaan menaip komen kat entry ni.. pg td 2kali taip, tp x sempat publish, page ter'refresh'.. haha.. salah sendiri..

    Cantik gmbr2 yg diambil.. masa ira pegi dulu musim salji.. penat berjalan pegi taman ni.. hehe.. tp seronok dpt tgk hijau alam..pokok2.. asik tgk hutan batu je.. boring gak..

    ReplyDelete
  8. Dah lama akak tak kesini AA..
    Tengah musim luruh ye..
    Nak juga akak feling2 autum in my heart hihi😊

    ReplyDelete
  9. bestnyaaaaaa satu tmpt tp blh dpt tgk mcm2!!!

    ReplyDelete
  10. dari zaman muda2 teringin nak kesini jg AA.. belum berkesempatan nampaknya.. ntah bila lah nak sampai..hihi
    yg penting anak2 suka & seronok kan..:)

    ReplyDelete
  11. Saya sekeluarga pun baru ke sini dalam tahun ni juga tapi tak semua tempatlah kami terjah sebabnya tak larat nak berjalan. Anak-anak memang terujalah tapi bila sampai kat kandang kuda tu, masing-masing tekup hidung tak tahan bau. Maklumlah, tak pernah tercium bau binatang macam ni! Anak-anak saya nampak spider pun dia punya jerit bukan main, mengalahkan nampak dinosaur jerk!

    Budak-budak ni sesekali dapat keluar berjalan memang mereka suka. Tak kiralah dekat mahu pun jauh. Dan untuk kita apa yang penting, anak-anak gembira ^_^

    ReplyDelete
  12. kalau nak pergi tempat best ni, bolehlah dapatkan kereta sewa di shah alam dari hai kereta sewa. bersih dan berkualiti juga

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...