Cerita aidil adha

Assalamualaikum...

Salam aidil adha...mama masih bercuti, seminggu bercuti ye tapi duduk rumah je dengan anak-anak sebab en.azmi bekerja. Sementara anak-anak bermain marilah update sekejap cerita aidil adha kami hari tu...

Sabtu petang lepas asar baru gerak balik kampung, pagi tu mama delivery order kek sekejap, lepas tu baru kemas-kemas baju rileks-rilek dulu sebab malam tu pukul 1am baru mama tidur sebab menyiapkan tempahan kek. 5.30pm gerak balik 9.30pm baru sampai kampung, singgah kampung mama dulu hantar tempahan kek. Selepas itu terus ke kampung en.azmi pula,siap mandi semua, makan nasi terus lelap sebab mengantuk sangat.

Peneman mama hantar order..bangun tidur, tak mandi terus ikut mama..hihihi

Pagi ahad..tunggu adik dan abg ipar menyiapkan tempahan nasi lemak...hehehe mama yang order 20bungkus untuk adik-beradik mama..oh ya abg ipar dan adik ipar buat jualan nasi lemak rm1,tapi mama rasa dengan kuantiti yang macam tu letak rm1.50 pun ok sebab banyak juga,kenyang makan walaupun sebungkus. Disamping nak belanja adik-beradik nasi lemak, mama beli ni sebab support adik dan abg ipar punya bisnes,bukan apa bila buat bisnes macam nih bila adik beradik support rasa lebih bersemangat. Kalau ada kawan-kawan yang duduk area mentakab dan temerloh nak mencuba bolehlah call adik ipar mama ni..gerenti sedapp



Siap order mama terus ke kampung mama, macam biasalah acara membersihkan rumahlah kan. Pokok semalu dah tumbuh merilbun didepan laman rumah tu. Sejak pak jang patah kaki takde pula yang nak membuang rumput-rumput tu. Jenuh pula mencari mesin rumput sebab yang dirumah dah rosak, sudahnya pinjam mesin rumput tecer aini punya mentua


Anak-anak bermain dengan pokok semalu sebelum.dimesin, menakjubkan bila disentuh daunnya kuncup..berikan anak-anak pengalaman, mama juga suka bermain dengan pokok semalu ni dulu, masa kecik dulu selalu terikut dengan cerita dongeng, kalau sentuh daun semalu ni kalau tak kuncup akan kahwin dengan anak raja...hahaha dongengan zaman kanak-kanak. Sekarang memang takdelah nak cerita dongengan itu pada anak-anak.. Sebenarnya itu adalah keajaiban ciptaan Allah.


Lepas tu mama melayan tuan puteri main mekap-mekap, selesai mekap diri sendiri,muka mama pula dikerjakan..hehehe. Oh ya nak tengok muka mama kena mekap? Memang takdelah ye sebab itu cuma berus mekap je, alatan mekap yang lain takde, dua-dua sibuk menggayakan saja..layankan sajalah. Adelya pun sibuklah minta juga berus mekap, nantilah ye kita beli,sekarang share dulu dengan kakak daeisha.


Abang awisy menjadi mangsa dukung adik-adik, bertabahlah abang ye..siap bergaduh daeisha dan adrien berebut nak naik dukung abg awisy, sampai penat dibuatnya tu, takpe abg..excercisekan.

Siap en.azmi mesin rumput, mama merendang ayam balik ke kampung en.azmi pula,dekat kan senang nak berulang alik. Dikampung en.azmi mandi dan makan, siap-siap nak ke kampung mama pula. Kali ini tidur dirumah mama pula senan aidilfitri hari tu tak tidur kat kampung mama kali ni dapatlah semalam, jadilahkan dapat berkumpul adik-beradik dirumah peninggalan inikan,sambil menggamit memori semalam..ecehhh


Berbbq kami malam aidiladha tu, memang plan nak berkumpul ramai-ramai walaupun ibu abah tak balik kami tetap teruskan bako-bako malam tu, semua makanan disponsor oleh makngah, plan asal buat collection, last minit tak jadi sebab ada yang nak sponsor tapi dah tahu siapa yang sponsor tu...tq makngah moga terus dimurahkan rezeki. Seronoklah malam tu makan-makan, borak-borak. Pagi raya sedondon pink..gambar raya memang takdelah ye.. Walaupun raya haji tetap nak sedondon gituu..tak beli baru pun en.azmi dan hero-hero pakai baju melayu tahun lepas warna pink,mama dengan tuan puteri pakai baju masa aidilfitri hari tu, tak ke mana pun kami lepas makan-makan, balik kampung en.azmi pula.

Selasa dalam pukul 3pm kami gerak balik..alhamdulillah jalan tak sesak. Mama cuti seminggu, tapi en.azmi kerja dah.mama pun ada tempahan kek hari rabu jadi kena balik jugalah selasa tu...hehehe marilah menjadi surirumah sepenuh masa selama beberapa hari. Malam tu 2 org anak buah tidur dirumah, ada 5 budak dirumah..layannn, abg ayip dan abg awisy dah besar dan mendengar kata jadi senang saja nak menjaganya.

Okeh mari menjadi surirumah pula, kain menimbun untuk.dibasuh, yang nak dilipat, sapu sampah, mop lantai...mari bekerja sebelum anak-anak bangun.

Wassalam

Comments

  1. Masa kecik-kecik Reen suka juga main pokok semalu.. Rindu zaman kanak-kanak riang. Hihihi Selamat hari raya sis..

    ReplyDelete
  2. Apa yg pasti semuanya happy bila dpt berkumpul ramai-ramai
    Suka dgn abg Awisy. Penyayang dia ni.

    ReplyDelete
  3. Salam aidil adha mama yan,
    Aidil adha tetap meriah bila dpt berkumpul bersama keluarga.

    ReplyDelete
  4. Salam Aidil Adha Azra.... Meriah jugaklah kan Raya korang. Siap berdondon lagi.Mak langsung tak bergambar weyh pagi Raya tu....Nak kata sebok tak jugak. Mood Raya tak de kot...

    Agaknya tulah nikmatnya berpuasa sebulan ye Azra, baru seronok nak beraya

    ReplyDelete
  5. Hahaha! Bab sentuh daun pokok semalu dan tak tertutup tu memang lah zaman kanak2. Siqah pun pernah percaya dengan cerita dongeng itu. Hehe 🙈🙈

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. dpd order kak lah tu, dpt juga kitaorg ni tumpang merasa nasi lemak warisan tu.. hihi..
    Sedap.. aah, blh jual rm1.50..tp da trademarknye nasi lemak rm1, lebih tu kira sedekah..mudah2an ramai lg yg orderkan..

    Seronok dpt berkumpul adik beradik, tambah plak ada aktiviti lagi seronok..
    Baby yg bambam tu ank siapa? Geram je tgk.. hehe..

    ReplyDelete
  7. kadang syok jugak kan kampung dekat2 ni. boleh lari sana jap sini jap. macam kakak dgn abg ipar kira. cenggini lah jugak.

    ReplyDelete
  8. Baru-baru ni pergi padang nampak pokok semalu suruh si Adik Cute pegang. Terujalah juga dia sebab semalu tu terus kuncup bila kena sentuh. Terus dipijak dengan kasut ^_^

    Cerita raya haji saya tak masuk bloglah kot sebab dah lama pulak rasanya peram. Lagi pun raya haji takda cerita sangat. Pakai baju raya yang sama, makan-makan di rumah kakak dan lepas tu tidur kat rumah sendiri sebab kenyang makan!

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts