Cerita hari merdeka

Assalamualaikum...

Cerita merdeka kami, tu dia dah lepas baru nak cerita..hehehe ok lah janji cerita walaupun tak ke mana pun kami ni. Menulis sebentar sambil menunggu pintu opis dibuka, hmmm bekerja dihari sabtu mama.

Merdeka hari tu tak ke mana pun, malamnya konon nak tengok bunga api dan pusing-pusing shah alam tapi lepas makan diluar anak soleh mama adam aryan tu dah tertidur dalam kereta, nampaknya tengok bunga api dalam mimpi sajalah, kita balik tidur kikiki.

Pagi merdeka memang tak ke manalah en.azmi ada perarakan merdeka dengan geng KRT dekat situ, mama dan anak-anak merdeka dekat rumah sajalah kan.

En.azmi n the geng, semua jiran-jiran je nih

Petang barulah keluar, itupun sebab nak membeli bahan buat kek, kebetulan ada kawan order kan, dah alang-alang keluar tu kita makanlah terus. Mama ajak ke teapot deli, sebab pernah makan disitu jadi bawa pula en.azmi dan anak-anak merasa makanan disitu pula.



Makanan yang kami order, kata en.azmi nasi goreng tu buat sendiri dekat rumah pun boleh...heheh okeh nasi gorengnya ok-ok saja takde wow sangat, tapi chicken roasted tu sedap, dengan sos dan mashed potatonya tu, chicken sandwich menu abg adam pun sedap. Lepas makan layankan anak-anak nak belon.



Berbarislah 3 beradik tu menunggu badut buat belon, adelya tu asal nak pergi jalan je nak pilih baju sendiri, bukan main lagi berdress dia tu haa,layankan sajalah mujur banyak dress kakak sepupu dia punya, mama rembat sajalah lepas ni kena buatlah sebab yang ada tu pun banyak dah senteng. Masa ni terjumpa pula dokte norleen, tu yang bertudung kelabu dalam gambar tu, ketiga-tiga anak mama ni disambut okeh dokte norleen lah. Bercuti dokte bawa anak-anaknya berjalan juga.

Lepas dapat belon barulah mencari bahan buat kek, jangan tak tahu sekarang ni gigih pula mama berusaha buat kek tapi yang simple-simple je la,asalkan dapat tambah duit poket kira oklah kan, nanti mama update pula pasal bisnes kecil-kecilan mama tu ye..hehe

Oklah mama stop dulu, nanti membebel lagi

Wassalam.

Comments

  1. kita dah stop meniaga kek kuih.. penat takde assistant kita.. huhu..

    ReplyDelete
  2. wahh akak pandai buat kuih ya..bagusnya...hehe..sandwich tu nampak sedap sangat..dah lah baca entry ni belum sarapan ni.hehehe..

    ReplyDelete
  3. Oh, berniaga buat kek rupa-rupanya, AA ya! Selagi termampu apa salahnya cari duit lebih. Untuk keluarga kita juga ^_^

    Saya cuti merdeka tak ke mana-mana. Tengok perbarisan pun lepak depan TV. Keluar cari makan ajelah, lepas tu balik duduk di rumah jadi surirumahtangga with never ending tasks!

    Malam merdeka tu saya tidur awal. Lepas tu terjaga sebab dengar bunyi bunga api!

    ReplyDelete
  4. dahlah busy di ofis, rajin pulak tu buat bisnes ye Ilah. semoga bisnes berkembang majulah hendaknya ya.

    Akak merdeka day hari tu, duduk rumah aja. hari hujan, dik. dari pagi bawak ke petang! walaupun malam tu ada letupan bunga api katanya, tp malas dah melanda diri nak keluar. tidur lagi best hihi.

    ReplyDelete
  5. badut n belon ni teriak adik waktu kecik2 dulu . dia paling takut dgn badut dan belon ni he3. Baguslah dpt luangkan masa berkualiti dgn anak2 kan

    ReplyDelete
  6. Teapot Deli?... Tak pernah pergi kot....
    Hihi mak pun tak suka order nasi goreng kalau makan kat luar......sebab tulah mcm boleh goreng sendiri je kat rumah hihi

    ReplyDelete
  7. Fateh Uwais takut badut tu. sampai dah besar ni pun kalau nampak atau dengar je badut tu cotcetcotcet dia dah tarik2 baju ajak pegi tempat lain hihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts