Friday, 2 August 2013

ape nak cerita nih

Salam jumaat semua...
semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan berbahagia selalu..
dah lama tak menulis rasanya,sebelum bercuti raya ni,tersangat bizi rasanya, nak menjenguk kengkawan pun tak berkesempatan,ini rehat lama sikit amik masa hapdate sikitlah blog yg dah mula nak berhabuk agaknya nih.
pejam jelik pejam jelik dah 24 ramadhan hari ni,rasa sekejap je masa berlalu.
tak lama lagi syawal pula bakal menjelma,macammana persiapan raya kawan2,akak ala kadar je la tahun ni, sebab lepas raya nanti nak menyambut org baru pula..insha Allah.
itupun dalam debaran lagi ni,esok ada check up lagi,nak scan tengok masih songsangkah baby ni?
kalu masih songsang adakah doktor akan terus tetapkan tarikh utk dibedah?
ini yg merisaukan akak,pun begitu akak tetap redha...mungkin ini yg telah ditetapkan oleh Allah untuk akak, tetap redha walapun berdebar-debar..apa yg lebih penting segala-galanya akan berjalan dgn lancar dan selamat,
pun begitu masih berdoa dan berharap baby akan berpusing juga nanti.
semua petua yg kawan2 bagi tu akak dah ikut,harapnya menjadilah...
tapi jika Allah dah tetapkan kali ini akak dibedah,makanya perlulah akak terima dgn hati yg terbuka ye, takmo fikir banyak sangat, nanti lain pulak jadinya...
walau apapun..doakan akak dan baby ye..
 (pic dr google je..bukan perut akak nih...hihihi)
oh ya dah ada yg bercuti raya ke? akak selasa baru mula bercuti,
selamat balik kg untuk semua, berhati-hati dijalanraya,mana yg menuju ke pantai timur tu, kalu balik hari selasa juga..bersama-samalah kita ye menempuh highway karak tu nanti...
ok itu je la celoteh akak setakat ni,dah xde idea la pulak..nak kena sambung keje lg ni.
perlu siapkan seberapa banyak keje yg bole sebelum cuti bersalin ni.
kesian lak kat kawan yg akan menanggung keje akak nanti..
wassalam

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...