berdebar-debar lak rasanya

Salam semua...
hari ni rasa berdebar-debar la akak nih.
bukan sebab apapu,pasal abg adam lah sapa lg..al-kisahnya begini 
petang semalam lepas en.azmi amik anak-anak dari taska,dia tinggalkan anak2 ngan akak sementara dia ke kedai semula mengambil roti canai yg telah akak pesan tadi..hehe tu dia..semalam perut sangat lapar awal pagi dah belasah nasi berlauk,tengah hari ayam penyet la dan petang semalam kebuluran lg,terus minta en.azmi belikan roti canai 3 keping..hahaha..eh..tersalah cerita lak..
ok berbalik kepada cerita sebenar..
tengah akak melayan adam ngan adrien bermain,tetiba adam panggil akak
"mama cepatla buka seluar ngan pampers abg nih,abg nak kenshing kat toilet"
terkejut akak dibuatnya..terus cepat2 akak tanggalkan seluar dan pampers adam dan bawa ke toilet..
memang betul2 adam buang air,lepas abis semua tu,akak tanya adam
"abg nak pakai pampers tak?"
"abg taknak pakai la mama..."
"habis tu kalu abg nak kencing,nak biyak mcmmana?" akak tanya lagi..
"abg cakap kat mama la abg nak pegi toyalet..eh toiiilett kan mama" 
"bagus..pandai abg.." adam pun senyum2 lah tunjuk muka hensem.
sebelum nih waktu cuti memang akak ngan en.azmi ajar dia tak berpampers,ada masa adam cakap nak ke toilet,ada masanya dia dah buang air baru dia cakap,mencabar jugaklah rasanya.
ye la waktu cuti je yg dapat akak ajar adam ni free diapers,kalu diikutkan mmg patut diajar dah,tapi kami ni malas nak memaksa sangat,walapon ada yg kata bole cakap pun pakai pampers lagi?
akak buat taktau je,sbb bg akak bila adam dah bersedia,dia sendiri akan lakukan,cuma akak akan ajar la juga,xder la tak berusaha langsungkan.
dan semalam memang sangat bangga rasanya bila adam sendiri yg minta taknak pakai pampers dan sepanjang itu juga,dia tak buang air dalam seluar dia akan cakap nak pegi toilet..rasa bangga dengan adam..
malam tadi 1st time tido tak pakai pampers,bocor jugaklah tp takpe baru malam pertama,
kita akan berusaha lagi ye abg ensem..biasala adam kan suka dikata hensem,jadi bila dia berjaya buat sesuatu akak akan cakap kat adam,budak hensem mestila pandai kan..adam pun sengih2 sambil mengiakan 
"haáh adamkan ensem..kan mama" ye lah nak...
dan hari ni akak berdebar bukan apa,1st time hantar skool akak tak pakaikan adam pampers..
risau jugak nih,nak ke dia bgtau teacher,sebab pg tadi sebelum hantar pegi taska tu,akak pesan kat adam kalu nak buang air cakap kat teacher "ala..abg taknak abg nak cakap kat mama " kata adam , itu yg buat akak risau nih,tapi akak tetap bekalkan pampers jugakla.
harap-harap adam berjaya..
wassalam

Comments

Popular Posts