Sunday, 31 January 2016

Angkara siapa?

Assalamualaikum...

Semalam anak-anak sibuk minta mama buatkan lemon chesse cake, hai lah anak-anak kalau mahukan sesuatu mesti tak sabar.

Petangnya mama buatlah versi non-baked punya sebab mama malas nak mengukus. Selesai saja simpan dalam peti sejuk sementara anak-anak pergi bermain di taman belakang bersama en.azmi.

Balik dari taman sibuk bertanya, kek sudah boleh dimakan atau belum? Jawapannya pastilah belum, tak sempat nak beku lagi,mama minta mereka mandi dan maghrib dahulu. Aktiviti biasa selepas maghrib,jadi mama masih dibilik,adrien juga masih membaca iqra'. Selesai dengan iqra' adrien turun ke bawah,mama teruskan aktiviti.

Naik lagi 2 hero mama tu bertanya tentang kek, adrien paling tak sabar nak makan,mama pula masih menunggu isyak. Sambil tu adrien bertanya-tanya "mama.. Yang mama buat tu kek sape?" Anak-anak ni bila buat kek je ingat untuk hari lahir..hehehe "itu kek untuk mama lah"  alaaa...asyik kek mama je,bila nak buat kek yen?..haa.. Macam-macam.

Mama ke dapur nak tengok keadaan kek,sudah membeku elok atau belum..


Sekali mama tengok terdapat beberapa kesan cakaran dipermukaan kek...hmmm 3 suspek utama, namun setakat pagi ini masih tiada pengakuan yang dibuat,siapakah pelakunya antara adam, adrien & adelya...adoii lah anak-anak ni tak menyempat-nyempat betul.


Tengoklah tu comot sudah kek mama...bila mama post dekat whatsapp group, mak2 saudaranya mengatakan adrien punya angkara...hahaha, nampak sangat kenakalan adrien ye. Dari bukti yang ada mama pun rasa adrien sebab dialah yang paling tak sabar nak makan, makan pun siap bertambah.

Itulah cerita mama dan anak-anak semalam, tak pernah sunyi hanya sunyi bila mereka tidur. Hari ini entah apa pula tingkah mereka. Nantikan saja.. Selamat berhujung minggu..

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Saturday, 30 January 2016

Semangat adrien

Assalamualaikum...

Sejak bersekolah ni.anak-anak mama tidur awal kecuali adelya, abang-abang lepas buat homework, 9.30mlm dah masuk tidur. Malam tadi cuma abang adam yang siapkan homework,adrien malas katanya.

Bangun tidur pagi ni tanpa mandi terus ambil iqra' baca, selesai baca iqra' terus ambil homework yang belum dibuat semalam, buat pagi ni hingga selesai.


Tengoklah tu betapa semangatnya adrien buat homework, celik mata terus buat homework, buat dekat atas tilam saja, hai itulah kalau dah semangat sangat tak menyempat-nyempat nak buat,mama layan sajalah, takut nanti hilang semangat pula.

Moga anak mama ni terus bersemangat, bila mama tanya "seronok tak sekolah?" Adrien jawab tak seronok, mama tanya kenapa tak seronok? Tahu adrien jawab apa..."cikgu yen tak cantikk" errrkkk...boleh pulak macam tu, ada-ada saja adrien aryan ni tau.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Thursday, 28 January 2016

Baju kurung moden

Assalamualaikum...

Setiap negara di dunia ini mempunyai jenis pakaian tradisional tersendiri dan tidak ketinggalan buat Malaysia. Namun kerana negara kita ini adalah negara yang berbilang kaum kita dapat lihat lebih daripada satu jenis traditional wear yang ada. Namun pakaian tradisional Melayu adalah antara yang paling disukai dan mudah didapati. Hampir di mana-mana sahaja anda boleh mendapatkan baju kurung.

Apakah yang membuatkannya begitu popular dalam kalangan rakyat Malaysia? Antara faktornya adalah kerana baju kurung sangat selesa untuk digayakan dalam apa jua keadaan dan ke mana jua anda mahu pergi lagi-lagi jika anda pakai baju kurung cotton yang diperbuat daripada kapas. 

Pelbagai pilihan baju yang boleh digayakan mengikut kesesuaian


Selain mencerminkan budaya Melayu yang penuh adab sopan, memakai baju ini akan membuatkan anda kelihatan lebih ayu dan manis. Bukan sahaja boleh dipakai ke majlis-majlis formal dan istimewa malah ianya begitu sempurna untuk dipakai walau ke pejabat sekalipun. Kini banyak koleksi fesyen baju kurung moden terkini boleh didapati dengan variasi pilihan rekaan yang lebih segar dan menarik seperti baju kurung lace. 



Warna yang sememangnya kegemaran mama hitam dan putih...


Hasil idea yang dicetuskan oleh pereka fesyen yang berbakat telah melahirkan fesyen baju kurung moden dengan rekaan yang lebih segar berbanding sebelum ini. Ianya juga diterima dengan cukup baik oleh para pencinta fesyen di Malaysia kerana dianggap bersesuaian dengan trend fesyen Muslimah terkini yang sedang popular.


Baju yang menarik hati mama, hijau tu cantikkan


Terdapat banyak website online shopping Malaysia di luar sana serta butik fesyen Muslimah online yang menampilkan pelbagai koleksi baju kurung murah moden terkini dengan pilihan yang hebat. Jadi apa yang anda tunggu lagi? Pergi dapatkan baju kurung moden terkini murah secara online kerana ianya lebih mudah!

Selamat bershopping ye kawan-kawan mama, pasti ada satu yang menarik hati.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...