Assalamualaikum...
Memandangkan tuan rumah tak jadi datang,en.azmi ajak keluar jalan2,kami ke space u8,saje nak tengok tp sayang banyak kedai yg kosong disitu,mungkin tempat tak strategik kot. Pusing2 sekejap sambil layan anak2 main
Rm5, masa unlimited main la sampai pengsan,abg adam dah penat tp adrien nak main lagi,sudahnya kena ajak balik juga sebab abg adam dah mengamuk nk air.
En.azmi ajak makan,akk mengikut je,nak makan nasi arab katanya,ok jom la..sbb sebelum ni dia ajak tp akak taknak,sekali ni ikut je la.
Ni je gambar yang sempat diambil,kek ais krim satu slice rm7,sedap keknya,itu nasi akak,chicken kabsa boleh juga nk ambil mandy,akak taktau apa bezanya hehe, single rm17,nk mkn utk berdua dan berdulang pun bole klu x silap tp en.azmi nak lauk kambing,so ambil yg single je yg kambing rm19,sangat kenyang sebab nasinya banyak.
InshaAllah ada rezeki bole makan lagi.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Saturday, 28 February 2015
Friday, 27 February 2015
99 Nama Allah dan Juz Amma
Assalamualaikum....
jalan-jalan MPH dengan en.azmi kononnya nak mencari bahan bacaan,maklumlah lama giler tak membeli novel..wahhh banyaknya novel suamiku en perfect10, tapi tak tergerak pulak hati ini untuk membelinya, tapi masih lagi berpusing-pusing dalam MPH di giant stadium sek.13 itu.
Tetiba mata terhenti,melihatkan buku-buku yang sangat menarik hati,terus panggil en.azmi.
"ok tak buku ni" haruslah tanya dulu sebelum beli,dia pun membelek-belek
"ok je..beli la nak beli,tapi banyak sangat dah beli buku,takde baca pun lagi" sempat lagi membebel tu.
"Takpe beli dulu,nanti dekat rumah baru,satu bilik tu orang nak buat bilik bacaan.." wahhh gittew cita-cita tinggi sangat nih,tapi memang dah ada hasrat dihati akak ni,nak buat satu bilik tu jadi bilik bacaan dan bilik untuk anak-anak belajar..hehehe berangan tak salah kan..

Inilah buku yang telah berjaya menambat hati akak tu, terus tak jadi nak beli novel,belikan buku untuk anak-anak je lah,akak rasa sangat menarik kerana isi dalamnya warna-warni dan anak-anak pun suka.Juz Amma tu siap terjemahan dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris lagi,sangat membantu akak,bukan apa sekarang ni hero-hero berdua tu,asal ada perkataan yang ditanya mesti nak tanya " kalau dalam bahasa inggeris apa mama?" wahhh...terpaksa mama menjadi kamus bergerak
Hari tu dah sama-sama menyanyi dengan anak-anak sifat-sifat Allah,adelya pun sama-sama join dan seronok.Moga buku-buku ini dapat memberi manfaat untuk semua.
Terdapat banyak lagi buku-buku seperti ini,harus akak beli lagi sebagai koleksi untuk anak-anak baca nanti,bukan untuk anak-anak saja,mama dorang ni pun boleh baca juga.
Wassalam
Thursday, 26 February 2015
yeyen dan yaya
Assalamualaikum...
inilah yeyen dan yaya...amboiii omey angat tu...
adelya panggil adrien yeyen...susah agaknya nak sebut abg adrien hehehe
abg adrien panggil adelya yaya..
tengoklah kalau masa baik,rajin sangat abg yeyen layan adelya nak pakai kasut,suka sangatlah adelya tu,kalau dorang main berdua bukan main gembira tengok,terkekek-kekek ketawa.
abg adrien pulak macam suka je bila adelya panggil yeyen tu...
"yaya...jgn kacau..abg yeyen nak tido ni" kata adrien pada adelya, alolo comey sangat lah dua beradik nih..
tapi biasa la nama pun adik beradik kadang ok kadang tak,ikut mood dorang lah..
jom yeyen..jom yaya..kita belajar bersama...hahaha dah mcm jom chichi jom chacha pulak, macam yang abg adrien suka nyanyi tu..
Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...