Friday, 22 March 2013

mengemas ke tu

salam semua...

diharap semuanya berada dalam keadaan sihat dan berbahagia selalu.

tengoklah budak kecik nih,rajin sungguh dia menolong mama didapur.akak tengah sibuk buat goreng pisang adrien lak sibuk mengemas pinggan mangkuk..kusyuk betul dia.
yg paling penting..tentu rasa bahagia sebab dapat mengemas didapur tu...

kalu dengan akak memang akak biarkan aje anak2 didapur cuma sebelum tu pastikan tiada apa2 yg merbahaya terletak ditempat yg bole dicapai anak2,saje akak suka sebenarnya buat keje dengan anak2,walapon lepas tu terpaksa mengemas semula,tp seronok sebenarnya.
cuma bila ada en.azmi dia tak bagi sebab diakan tak suka anak2 buat sepah macam tu..sebab tu kdg2 dia bengang dengan akak sebab akak biar je rumah bersepah,ye la dah ada anak mmg bersepah la rumah.
akak bukan apa bg je anak2 main dulu lepas tu minta diorang kemas balik la.

seronok betul dia ye dapat mengemas..dah tak peduli org lain dah..
akak pun dapat buat keje dengan senang sebab adrien tak kacau akak buat keje,dia sibuk dengan keje dia je...hehehe...

oh ya adrien dah sihat sekarang ni,lega hati akak..

wassalam

Tuesday, 19 March 2013

santeknya mama

salam semua...

diharap semuanya berada dalam keadaan sihat dan berbahagia selalu.

hujung minggu sementara adrien tidur,akak dengan adam buat aktiviti mewarna.
adam semangat sebab baru dapat buku mewarna dan set kaler yang mummy bagi,itu yg semangat nak mewarna tu,pastu siap minta mamanya ni mewarna sekali.
so akak pun menjoinkan diri la,udahla mamanya ni bab mewarna tak berapa nak pandai,main hantam je la...

itupun dah dapat pujian dari adam
" emmm...mama santeknye mama kaler.." kembang lobang idung akak dipuji adam..hehehe
adam nih kadang2 mmg manis mulutnya...tengah2 tengok tv dia datang cakap
"saaayaaang..mama, mamakan santekkk..." amboi nak macam nak mintak sesuatu je tu,tapi adam tak minta apapun,mmg selalu mcm tu,dengar kat jiran muntah la diorg dgr anak puji omak diorg nih..hehehe


 tengoklah tu tekun betul adam mewarna..yg gambar ikan tu mamanya nilah yg kaler,hajatnya nak warna macam ikan nemo tu tapi rupa ikannya lain,jadi hentam je la ikut imaginasi yg tak berapa nak hado nih...

adam lak tengah warna buah stoberi..habis dicontengnya buah stoberi tu.takpelah untuk permulaan..
itu belum tengok dia kaler buah nenas lagi purple kaler tu hehe...
tapi ok jugak buat aktiviti macam ni,cuma kena tunggu adrien tido dulu la,kalu tak adrien akan join sekali,bukan taknak bagi tapi nanti habis kaler tu masuk dalam mulutnya.

sambil mewarna akak ajar adam mengenali warna,cuma ada beberapa warna yg baru adam kenal,tapi kira ok la tu,ajar sikit2 janji dia dapat apa yg akak ajar tu...
nanti kena fikir aktiviti lain pulak dengan anak2 nih...

wassalam

Monday, 18 March 2013

demam pulak dia

salam semua...

diharap semuanya berada dalam keadaan sihat dan berbahagia selalu.

adrien lak demam..
petang sabtu..badan adrien dah sedikit panas.. malam tu,bertambah panas ditambah dengan batuk2 dan muntah,tak bole tido la dia malam tu,kesian menengoknya.minum susu batuk dan muntah,
akhirnya akak tak bg minum susu,stop sekejap,bg dia minum air masak je dulu,lepas tu ok sikit,nasib baik adrien pun nak minum air masak tu.

meragam jugak la dia,taknak dengan en.azmi nak tidur dgn mama dia ni je..lenguh jugak la dibuatnya,kadang2 nak tido atas riba,layankan aje la..

ini baru dapat tido dengan nyenyak sikit selepas muntah dengan banyaknya.
harap2 cepatlah adrien sembuh,bukannya tak larat nak menjaga cuma kesian tengok dia tak larat,batuk dan muntah2 tak sampai hati nak menengoknya makan pun tak berselera.

moga anak mama cepat sembuh ye...

wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...