Friday, 5 February 2021

Cerita pkp 2.0

 Assalamualaikum...


Lama benar mama tak bersiaran nih, bersawang habis dah blog nih, bukan tak ingat cuma kesibukan tapi tak tahulah apa yang disibukkan sangat tu pun heheh. Sibuk dengan kerja pun ye juga. bila mco bermula kita pun bua penggiliran kerja, seminggu 2 kali masuk pejabat, tapi kalau masa nak tutup survey datang tiap2 hari jugalah sabtu ahad pun kerja.

Rasanya bukan mama saja semua pun macam tu kan? nak pulak sekarang sesi persekolahan dan bermula pdpr, lagi mencabarlah untuk mama, henfon 1 nak berkongsi 4 orang anak 3 campur dengan mama, mau berasap henfon tu kan. Rezeki anak-anak ada yang prihatin berikan tab dan henfon,siap ada runner hantar sampai depan pintu rumah. dah alhamdulillah pada hari yang sama henfon dan tab sampai, malam tu henfon abg adam yang hilang dah lebih sebulan jumpa semula,maknanya tiga2 dah ada gajet untuk buat kerja sekolah, lega mama rasa bukan apa group kelas je dah berapa. dicampur pula dengan gorup setiap subjek dengan nak tengok kerja mama lagi mau berpinar biji mata mama ni.

Alhamdulillah..bila semua dah ada henfon mama masukkan semua dalam group kelas masing-masing, kecuali adelya, adelya mama tak masukkan internet share dengan abang2 je. lagipun adelya masih kurang sesuai mama nak bagi internet jadi dia hanya buat kerja sekolah bila dirumah, dirumah pengasuh main game dalam henfon je. abang2 waktu mama kerja duduk dengan ibu dorang sekarang ni, memandangkan mama dan bagi mereka duduk rumah pengasuh, dah besarkan boleh duduk sendiri dekat rumah. cuma waktu mco ni duduk sementara rumah ibu, boleh juga ibu pantau buat kerja sekolah.

En.Azmi belikan kerusi dan meja untuk senangkan mama dan anak2 untuk buat kerja, tapi si adrien lebih suka buat kerja sekolah sambil meniarap juga, takpe ikut keselesaan janji buat kerja. Meja kerusi tu lebihnya untuk mama sebab sakit pinggang dah buat kerja duduk dilantai laptop atas meja kopi, sakit pinggang oiii lama-lama duduk macam tu. Dah belikan meja mama minta belikan rak pulak..hahaha menjeling en.azmi tapi senyap-senyap dia order rak yang mama tunjuk dekat shoppe, semalam saja hantar gambar skybird pulak dekat en.azmi hahaha...mengundang betullah, mana tahu tiba-tiba abam kurier hantar skybird depan rumah pulakkan.

Lama tak menulis, panjang pulak menulis ni saja nak menulis sebab dah lama tak menulis di sini, entah ada yang dah lupa blog ni sebab mama pun dah hampir lupa..huhuhu harap2 lepas ni rajinlah mama menulis, banyak nak menulis tapi kadang-kadang mood menulis tak sampai.

Wassalam.




Sunday, 22 November 2020

Majlis Paling Simple

Assalamualaikum...

Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah swt, terlindung dari penyakit yang berjangkit.

Lamanya mama tak update blog nih, bersawang dah ni nampaknya. Sibuk betul dengan banci yang entah ke berapa fasa dah pun, walaupun kebanyakan negeri pkpb tapi kerja² banci masih berjalan, sesiapa belum isi banci dalam talian masih boleh idi ye dan jika ada psh datang untuk buat banci silalah beri kerjasama hehehe... Sempat lagi cerita pasal banci.

Kita hanya merancang, tetapi perangan Allah swt yang paling baik. Perancangan asal 21 nov 2020,adik mama akan melangsungkan majlis nikah, tapi sebab selangor pkpb, nikah diteruskan cuma kenduri tak boleh buat. Pergi pej.agama ambil tarikh nikah dan tarikh yang ditetapkan 20.11.20 bersamaan hari jumaat. Walaupun buat untuk keluarga je banyak juga persiapan yang perlu dibuat.


Tepung gomak, seri muka, tepung bungkus dan angku kueh

Makanan semua mama order je malas nak masak² sebab sorang² je nanti nak memasak jadi orderlah senang. Kek, kuih-muih pun order je, siap mama terjah rumah budak buat kek tu hahaha, kisahnya phone budak tu rosak, mujur en.azmi ingat lagi rumahnya,.. Alhamdulillah dapatlah order kek dan kuih-muih yang adik² hajatkan.

Alhamdulillah... Dengan sekali lafaz selamatlah maktam menjadi isteri kepada Mohd Taufik. Mereka dinikahkan oleh pakcik epul (adik kami jugalah) si abam MA tu. Dia kata dia nak nikahkan sendiri alhamdulillah berjalan lancar semuanya. Mereka menikah dipejabat agama je hanya 3 orang yang dibenarkan masuk, pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali, pakcik epul merangkap wali dan menikahkan kakaknya sendiri.

Hampir pukul 12 tengah hari keluarga lelaki dan pengantin sampai. Mama dan en azmi la yang jadi tuan rumah, adik beradik lain tunggu rumah ibu(kakaka sulung mama) sebab taknak berkumpul terlalu ramai. Pukul 12 fotografer datang, bergambar dululah pengantin dengan keluarga pihak lelaki, lepas makan laju² mereka makan sebab nak bertukar shift pulak 12.30 giliran family mama pula untuk bergambar, fotografer hanya datang untuk 1 jam saja, ye la kita pun takut nak lama² kan. 12.30 family lelaki balik, memang sekejap dan simple je majlis, pakcik epul siap cakap tak pernah lagi datang kenduri lauk simple macam nih😂. Nak buat macammanakan.. Family lelaki pun ok je, mama pun minta maaf sebab sedia apa yang ada je, tapi mereka semua ok je.

Tetamu semua dah balik ambil peluang bergambar berdua, adelya yang snap itupun sebab dirumah sendiri dan pelamin pun belum diambil lagi. Gambar dengan pengantin semua fotografer yang ambil. 

12.30 family mama pula datang bergambar dan makan² pun duduk tak lama juga sebab taknak berkumpul lama² kan. Syukur alhamdulillah semua pun selesai dengan baik. Cuma geram ehh anak2 bujang mama taknak bergambar, sebabkan family je dan pelamin pun dalam rumah banyaklah dapat bergambar, sempatlah gambar berdua dengan en.azmi tu, dia pun terpaksa mencutikan diri walaupun sebenarnya tak dapat cuti.

InshaaAllah kenduri besar nanti sebelah lelaki saja kata emaknya, sebelah mama memang taknak dah la buat kenduri, bolehlah pengantin berjimat duit tu boleh guna untuk masuk rumah sendiri nanti. Kenduri sebelah lelaki tak tahu la pula bila kena tunggu selepas pkpb tamat nantilah.

Pengantin outdoor dekat taman permainan depan rumah mama je 🤭

Cuma pakjang sorang je la takde masa majlis nih, pakjang di pahang, rentas negeri memang tak dibenarkan. Abah(abg ipar) pun takde sebab tak dapat cuti. Ye lah jumaat hari bekerjakan. Apapun alhamdulillah semua dah selesai. Ada lagi 3 adik yang masih bujang semua lelaki pakjang, pakcik dan paksu. Moga cepat bertemu jodohnya.

Wassalam 


Sunday, 20 September 2020

Klinik e-census


Assalamualaikum...

Semoga kita semua berada didalam rahmat Allah swt.

Masa semakin hampir ke penamatnya bagi fasa 1 Banci Penduduk dan Perumahan 2020 dimana di fasa 1 ni pengisian banci secara dalam talian. Jabatan pun semakin sibuk buka klinik bagi menggalakkan orang ramai mengisi banci secara dalam talian, hampir setiap hari team² yang ada akan buka klinik, mama juga tak terkecuali.

                          Klinik e-census SUK 

                     
                        Klinik e-census di BDE

                        Klinik e-census di PDTKL


Klinik e-census di Tesco Jenjarom

Responden ni cikgu, semangat nak isi online sekali check frozen frame kami, kawasan rumahnya belum di listing sebab kawasan baru, kisahnya rumah responden ni sejalan dengan rumah mama cuma rumahnya taman baru belum sempat kami buat listing, tapi dia sangat baik kami cakap tak boleh online kena bersemuka mereka suami isteri ok saja "boleh kami tunggu nanti dan kami akan beritahu jiran² nanti" siap suruh mama buat voice note nak post dekat group jiran² mereka mengatakan kami akan datang nanti😁. Kalau semua responden macam ni lega sangat rasa. 

Sambutan dari setiap klinik alhamdulillah, disamping mengisi banci kami juga menyediakan borang kerja sebagai penyelia dan pembanci, cerita sedih ketika interview ramai ada yang datang sebab telah dibuang kerja ada pilot, chef, jurulatih zumba dan berbagai lagi, sedih dibuatnya, ada sorang akak tu baru dibuang kerja dah kerja 20thn disitu minta cuti sebab anak eksiden terus disuruh berhenti dah la dia tanggung emaknya dan anak². Walaupun kami tak offer gaji yang banyak dan masa pun sekejap dia kata takpe sekurang²nya dia ada income buat masa sekarang.. Sedih dibuatnya, mama nak bagi dia jadi penyelia sebab gajinya lebih sikit tapi dah penuh, dia kata takpe pembanci pun dia boleh, mama cuba bantu supaya dia dapat banci di kawasan sekitar rumahnya saja senang dia nak urus anak² nanti. 

Minggu depan pula di Yayasan Selangor, IPD Kuala Langat, Kg. Orang Asli itu yang dah ada dalam jual, yang takde dalam jadual tak tahu lagi. Minggu berikutnya dah sibuk dengan taklimat untuk penyelia dan pembanci seterusnya banci secara bersemuka.. Wahhh sibuk benar bunyinyakan hahaha sesekali sibuk berganda² kan apa salahnya. 

7 okt akan bermula banci fasa 2 iaitu bersemuka, mohon doakan kami dapat laksanakan banci ini dengan jayanya ya,fasa 2 ni cabarannya lebih lagi sebab perlu pergi rumah ke rumah nak berdepan dengan bermacam kerenah manusia pula kan. Inilah cabaran dalam kerja kami. 10 tahun sekali setakat ni mama dah terlibat 3 kali dengan banci penduduk nih dan kalau umur panjang sebelum pencen ada sekali lagi banci nanti😁.

Sekadar sedikit catatan berkaitan banci dalam blog mama ni. Yang mana belum isi banci dalam talian boleh minta kod dari mama untuk yang tinggal di selangor sahaja😀. Yang dah isi banci terima kasih dan yang mana tak sempat isi online nantikan kehadiran pembanci di rumah anda bermula 7 okt 2020, berikan kerjasama anda ya.

Data anda masa depan kita

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...