Monday, 15 January 2018

Mari berkebun.

Assalamualaikum...

Alhamdulilah suhu sejuk betul rasanya sekarang ni, kalau tahun lepas waktu ni mama dekat kundasang, wah setahun dah ye pergi cuti2, tahun ni tak tahulah dapat berjalan kemana lagi, tapi kan suhu sejuk 2,3 hari ni terasa betullah dekat rumah mama suhu 23c memang sejuklah kan daripada biasa anak-anak siap bersweater dari pagi sampai ke malam, mama pulak memang berstoking je lah dalam rumah sejuk kaki pijak lantai. Alhamdulillah dah terasa macam dekat cameron pulak.

Dah alang-alang rasa maca di cameron moh le kita bercucuk tanam, membelek pokok bunga dan sayuran di taman mama yang sejemput itu. Alhamdulillah walaupun sejemput masih berhasilkan. Pokok cili mama tu berbuah je sepanjang masa, dapatlah juga merasa hasilnya berkali-kali dibuat masakan dan dibuat sambal. sayur pak choy pulak dah merasa juga hasilnya adalah 3 pokok oklah dapat sekali masakkan. itu ada lagi 2,3 pokok tunggu besar.


Semalam mama semai pokok bunga ni yang mama tak tahu tajuk pokoknya apa, tapi pokoknya berbunga je sepanjang masa lebat pulak tu, warna bunganya kuning oren, mama ubah pokok tu letak dalam bekas yang lain gantikan pokok morning glory yang dah kurus benar tu, entah kenapa agaknya kurus je pokok tu, jadi kita buat penanaman semula. Pokok bunga matahari tu mama cuba semai benih baru, hasil dari pokok yang mama tanam tu, nak tengok ok tak hasilnya, banyak jugalah benihnya, bukan apa ramai yang berminat tu. mama cuba dulu kalau tumbuh elok pokoknya bolehlah diagihkan pada kawan2 yang berkenan dan bertanya sebelum ni. Pokok bunga yang mama tak tahu namanya ni pulak tecer taska lama anak2 berkenan, jadi mama tanam banyak2 dulu dah cantik nanti boleh bagi pada taska.


Untuk sayuran mama cuba tanam sepokok lagi pokok cili, kali ini cili yang besar-besar pulak. selain tu mama tanam daun bawang, sawi dan petola..hahaha gigih sangatkan menanam, saja nak isi masa lapang, lagipun seronoklah bila tengok hasilnya. semalam sesudah subuh tu mama paksalah en.azmi menolong apa yang patut, en.azmi tu ok je, dia yang rajin menyiram dan cabut rumput tapi untuk tanam pokok dia taknak, takut tak hidup katanya, jadinya mama je lah yang tanam, alah dia tu belum cuba dah kata takut pokok tak hidup sajalah tu kan kalau pokok mama tanam tak hidup boleh terus salahkan mama, kalau dia tanam nanti mesti mama kata pokok dia tanam yang tak hidup hehehe.

Harap2 hidup suburlah pokok mama tu kan, geram je tengok pokok sayuran yang ditanam jiran mama menjadi betullah, segala kacang panjang, sawi, terung..eiii geram je hari tu dia hulur secekak sawi dapatlah goreng sawi untuk 2 kali makan. tapi kan kawan mama tu tanam apa je semua subur pokoknya, ini dia tanam pokok pisang dalam pasu pulak..ehhh ini ada yang mama tanam durian dalam pasu pulak nih hehehe..ehh takpe kan kalau jeles macam ni, takdelah jeles sampai mama pi rosakkan pokok dia, tapi mama jeles lepas tu mama ikutlah apa yang dia buat tu kikiki, walaupun katanya pokok mama kurus je macam mama...oklah kurus pun janji ada...hahaha

Wassalam

Wednesday, 10 January 2018

Himpunan cerita awal tahun

Assalamualaikum...

Isnin 8 jan 2018 mama baru masuk kerja di tahn 2018 ni, selsema teruk pulak takkan nak mc pulak ye dah la bercuti lama dari hujung 2017 membawa ke awal 2018. jadi nak tak nak datang jgaklah kerja dengan muka tak semenggah ni ha, tak pela asalkan boleh. Di awal tahun ni takde cerita lainlah mestilah tentang anak-anak masuk sekolah, bukan takde cerita lain mama ni, tapi dah awal tahun inilah cerita mama, dah tu tahun ni ketiga-tiganya dah sekolah. Mama rangkumkan je lah ceritanya.

Adelya Azra, Adam Aryan dan Adrien Aryan
Ketiga-tiga anak mama nama bermula huruf A jadinya memang tak susahlah nak cari nama mereka terletak di kelas mana, jenguk-jenguk sikit dah nampak nama anak-anak, pulak tu semuanya nama ditempat pertama dalam kelas. layan je lah anak2 ye dah nama huruf A kan terimalah seadanya. Hari pertama persekolahan anak-anak mama dah naik van pergi sekolah walaupun adrien baru masuk darjah1 mamapapa tak hantar pun, biar je dia naik van dengan abangnya hahaha kejam tak mamapapa? entahlah nak kata kejam pun ye jugak kot. berani2 je biar anak uruskan diri dihari pertama, suruh abang adam je hantar ke kelas.

Amboi happy sangat nampaknya tu dapat pergi sekolah, tak hiraukan pun dekat mama dia ni
persekolahan sesi pagi sekolah agama, sebelum tu dah tahu dah anak-anak kelas mana, jadi biar je mereka naik van sebab pagi tu hantar adelya masuk pasti dulu dengar taklimat lebih kurang, lepas tu terus ke sekolah agama menjenguk adrien, memang ramailah ibubapa diluar kelas tu, mama ni gigihlah mencari mana dia dalam kelas tu, rupanya dia takde dalam kelas, ada diluar kelas dengan kawan-kawannya berkejar-kejaran, aduhai anak hari pertama dah bermain, yelah hari pertama tak belajar lagi kan. mama tengok adrien ok terus nak balik tapi adelya nak tengok abang adam pulak, naiklah keting.3 ke kelas abang adam, ada pulak yang ingat mama ustazah mengajar kat situ hehehe..ada gaya ustazah ke mama?

Lepas mama letak dalam kelas terus peace je dekat mama takdelah nak takut ke apa, lepas tu mulut potpoet je hehehe
Adelya yang tak sabar nak sekolah semangat bangun pagi, papa dia lambat jenuh dia membebel "yaya tak sabar nak pergi pasti ni, papa ni lambat je" haaa bukan main dia nak membebelkan. Hari pertama tu adelya menangis masa nak makan, menangis bukan sebab taknak sekolah tapi dia sedih dia sorang tinggal transit di Pasti sedangkan kawan dia si pipa anak jiran sebelah tu balik dan transit di rumah pengasuh, sedih juga mama dengar cerita adelya "tadi mama auni pimpin tangan pipa bawa balik tapi tak pimpin pun tangan yaya, yaya tunggu mama tapi mama tak datang" huhuhu sedih jugaklah mama dibuatnya. ye lah walaupun cuti minggu lepas mama tetap tinggalkan adelaya ditransit, biar dia biasakan diri, mama bukan sengaja nak biarkan adelya di transit disamping menjimatkan bajet tapi di transit adelya dapat belajar juga, belajar membaca dan belajar iqra'. harap adelya faham ye.

Mama rasa abang Adam dah besar sangat dah, tak lama tinggi sama mama lah nampaknya
Abg adam pulak tahun ni dah darjah 3 kira ok dah la, tapi abg adam dari darjah 1 lagi dia ok, awal2 tahun je mama kejut, mandikan dan pakaikan baju selepas tu sampailah sekarang semua abg adam buat sendiri, kejut bangun pun senang je terus mandi dan pakai baju sendiri je. kadang sarapan pun abang adam tolong sediakan, sarapan mudah je anak2 mama ni cukup roti bakar je sorang 2 keping, abang adamlah yang tolong bakar dan sapukan planta untuk semua orang, ringan tugas mama pagi2, cuma kadang2 kalau ada permintaan "nak makan nasi goreng" dari adrien barulah mama buat nasi goreng kalau tak memang anak2 makan roti je pagi2. kadang bekal pun bawa roti berkrim tu je. kira senanglah juga anak2 mama ni.

Budak yang tak sabar nak ke sekolah, tapi sebelum ke sekolah nak buat puzzle dululah, nak minum tamar cocoa lah
Kalut tak mama pagi2 bila dah 3 orang  bersekolah ni? takde kalut pun macam biasa je sebab en.azmi membantu pagi2 tu. cumanya anak2 kena berkorbanlah bangun awal sedikit nak sesuaikan dengan waktu solat subuh sebab mama pun nak berkejar ke tempat kerja pulakkan. jadi 5.45am anak2 mama dah kejut mandi dah, yang mama kejut pun cuma abg adam dan adrien je la, adelya memang en.azmi uruskan sepenuhnya. mama pergi kerja pun adelya tak bangun lagi. abang adam macam biasa siapkan diri sendiri, adrien je yang kena mama siapkan, dalam 6.40am mama keluar pergi kerja, tinggallah anak2 en.azmi yang tengok naik van sebab mama keluar van tak sampai lagi. nak tinggal semua en.azmi uruskan boleh je, tapi mama takmo kacau mood anak2 pagi2 sebab kadang adrien tu mesti nak mama yang mandikan, jadi dari kacau terus moodnya baik mama yang uruskan siap2. sebab ingat ustaz ada cakap, "pagi2 anak nak pergi sekolah jangan kacau mood dia, biar mood dia ok nanti senang ilmu nak masuk" anak2 ni tak boleh nak kawal emosi lagi jadinya mama dialah yang kena kawal emosi pagi2 hehehe, tapi alhamdulillah setakat hari ni takde lagi mama jadi singa pagi2, moga berterusanlah hendaknya.

Baju-baju yang perlu mama basuh dan iron, yang putih tu tetntulah perlu disental huhuhu layannn mama gambar baju pun nak ambik hehehe
Oh ya hari pertama sekolah seluar baju melayu adrien dah carik sedikit dekat lutu, aduhaii anak mengucap panjanglah en.azmi tengok hehehhe..abg adam dulu sempat juga sampai tengah tahun baru koyak kat lutut tu, adrien ni baru hari pertama dah koyak, nebes mak nakk.. nak tunggu sampai hujung tahun. baju pulak jangan cakaplah baju putih pulak tu kan, sekali pakai memang tak boleh pakai lagi dah la kena basuh terus, jadinya setiap selasa malam untuk baju melayu tu memang mama kena sentallah, sebab sorang ada 3 pasang je jadinya untuk 2 hari lagi kenalah basuh, bertabahlah mama ye. Baju sekolah pulak malam sabtu mama dah iron siap2, 18 pasang tu nak iron tak termasuk baju mama lagi tu, gigil kaki berdiri huhuhu. tak boleh jadi ni lepas ni kena ajar abang adam iron baju pulak hehehe kesianlah abang asyik dia je kena kan, eh takdelah mama kejam nak suruh ironkan semua baju dapat iron baju abang sendiri je pun dah ok dah. Mama rasa abang boleh ni hehehe

sempat lagi bermain sementara menunggu van sekolah datang.
Semoga anak2 mama seronoklah bersekolah dan semoga terang hati semuanya dapat menerima ilmu yang cikgu ajarkan. Tengoklah tulis bermula 8 jan ini 10 jan baru nak up..ntahlah sindrom malas dah nak bermula kot pada hal banyak je yang nak diceritakan, nanti2 lah mama cerita lagi kalau ada masa dan kalau mama tak malas.

Wassalam.

Thursday, 4 January 2018

Persiapan persekolahan anak2

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..dah 4 hari kita di tahun 2018 ini, moga tahun ini lebih buat kita hendaknya. Mama mulakan dengan cerita persiapan sekolah anak2 je la dulu,,banyak yang nak cerita tapi cerita satu2 la dan sikit2 dulu la saja buat kenangan untuk anak2.

Alhamdulillah persiapan sekolah anak2 tahun ni dibantu oleh tok,wan dan makpak sedara anak2. Legalah sikit mamapapakan, kata tok dia dah memang niat nak belikan baju sekolah untuk anak2,jadi untuk apa mama nak tolakkan hehehe...masa tinggalkan anak2 dikampung hari tu lah tok,wan dan mak sedara dorang bawa beli baju sekolah. 2 pasang seorang, baju sek keb dan sek agama. Jadi mamapapa cuma tambah lagi 2 pasanglah untuk sek agama dan sek keb. Cukuplah 3 pasang seorang.

Ye lah untuk sek keb memang 3hari pakai uniform 2 hari lagi pakai baju sukan. Untuk sek agama terpaksalah mama basuh, hajat hati nak beli 5pasang terus je senang tak perlu nak basuh2 lagi dah dimalam hari tapi kena tengok bajet jugalahkan, jadinya cukuplah 3 pasang nanti malam2 basuhlah, nak membasuh tu lah yang menjadi halnya, bukan boleh masuk mesin terus, mama kena sental dulu okeh baru 2 hari.sekolah seluar baju dah hitam bertabahlah mak nakk, ni mama cuti oklah lagi, esok dah leje malam2 la menyental baju, tapi takpe kadang2 bukan mala yang sental tapi en.azmi, oklah juga ada yang sudi menolong.

Bukan setakat uniform je yang dibeli tapi beg,kasut stationery semualah cukup lengkap semuanya yang dibeli,ikut citarasa anak2 pulak tu si abg nak kasut bertali, si adrien pula nak beg cars. Yang mama tak tahan tu, kaler pun beli yang besar, harga rm30 lebih adoii mama dorang ni ada tak ada pun beli kaler kat kedai rm2 je, bukan apa takut hilang nangis mama. Sudahnya mama suruh bawa kaler yang mama beli je, yang mahal tu buat guna dekat rumah je, bukan apa kalau hilang tu terkilan jugalah mama ni dah la pemberian orangkan mesti nak dijaga baik2.

Anak dara yang nak masuk tadika tu pun bukan main juga siap request beg pony.. Frozen, sofea dah tak pandang dah. Jenuh juga la mamapapa cari beg yang dia nak tu huhuhu sebab katanya yeyen ada beg baru. Tengok juga online ada la jual tapi macam.tak berbaloi sebab kos pos kemain mahal,bila campur harga beg dengan pos macam mahal juga lah bagi mama. Jadinya cari je dekat kedai2 area rumah. Kata adelya kalau takde beg pony yaya taknak sekolah, amboi bukan main lagi dia kan..mama dulu takde nak minta2 guna je apa yang tok beli, beg sama je dengan makngah siap pernah tertukar beglah dah la makngah cuti hari tu tapi terpaksa datang sekolah tukar beg hahaha. Akhirnya jumpa juga beg pony paling best harga murah rm10 je kikiki, takpela buku tadika bukanya banyak pun kan, mirah pun ok


Muka ceria dapat beg pony, ntah mana dia tahu pun mama pun tak tau pada hal dekat rumah takde pun layan cerita pony nih.

Selain beli barang2 sekolah tok juga dah siap kumpul duit seringgit untuk belanja cucunya yang 3 orang tu, 2 anak mama seorang lagi anak adik ipar, adelya tak dapatlah srbab tadika je takde belanja kan. Seronok sangat adrien dapat duit dari tok siap cakap tok ni kaya la hehehe. Alhamdulillah murah rezeki tok.ye lah tok tahulah kan belanja anak2 nak sekolah ni macammana dahla kami 3 orang yang sekolah banyak juga belanjanya, tok siap telefon la tanya mama hari 1st tu berapa yang perlu dibayar. Sebenarnya kalau untuk sek keb dan sek agama tu takdelah banyak sangat untuk buku2 dan yuran tapi banyak tak banyak pun beratus jugaklah kan,yang mahal pun untuk tadika la, cuma adelya ni kurang sikit sebab baju tak payah beli guna abg adrien punya dan ada juga baju dari sepupunya bagi, mama ok je selagi elok dan boleh digunakan kita guna je. Buku2 pun ada boleh guna yang abg adrien punya.

Apapun alhamdulillah semua persiapan berjalan lancar dan Allah murahkan rezeki anak2 mama dengan bantuan family in law. Moga yang membantu itu terus dimurahkan rezeki ramai tu yang terlibat membeli barang untuk anak2, mama tak join membeli sebab takde dikampung waktu tu.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...