Friday, 7 April 2017

Achamm chicken chop

Assalamualaikum...

Hari tu lepak-lepak rumah ibu, makngah makdak pun ada. Ibu biasalah hari minggu malas nak.masak walaupun adik-adik datang rumah hangin jek tau, kita lapar dia tak masak hahaha nampak sangat adiknya lagi teruk..sayang dapur sayang beras takmo masak nak pergi makan rumah kakak.

Seronok juga duduk dekat dengan rumah ibu ni, kadang dok terfikir nak masak apa-apa tiba-tiba anak buah muncul depan pagar hantar kari kepala ikan, haa dah settle satu lauk jadi mama tambah je dengan.sayur dan telur dadar. Kadang anak buah datang bagi pizza. Kadang ibu datang ambil anak.makan chicken chop pastu siap bungkus untuk mamapapa lagi.

Hari tu sebab ibu malas masak makngah ajak makan diluar, kata ibu ada kedai chicken chop baru dibuka..sedap dan harganya pun murah rm5 saja..haa kalau macam tu kita pergi sajalah makngah belanja hehehe. Teruslah kami tuju kr situ mama pula singgah rumah dulu ambik tupperware yang nak bagi pada adik beradik. Kisahnya tupperware tu dah lama simpan dalam stor masa nak pindah dulu baru jumpa.. teruk betul..mama amik gambar bagi kat group terus semua nak cop. Mama ok je sebab mama tak suka pun banyak-banyak sangat sebab takde tempat nak simpan, rumah sekarang takde stor.

Haishh melalut cerita tupperware pulak mama. Okeh seperti tajuk entri itulah nama kedai yang kami tuju. Tuu diaa...meriah ramai orang siap tempat duduk ada khemah macam kenduri kahwin, orang memang ramailah.



Tengok tu senahagian je, kawasan memang luas dan nak tunggu makanan sampai pun agak lama juga la, air yang ada air-air biasa saja air buah memang takde ye, muncunglah anak mama yang sorang tu bila fresh orange yang disukai tiada..geram je mama tengok.macam nak diikat saja muncungnya tu, tapi mujurlah kali ni boleh dipujuk lagi sebab ramai-ramaikan pulak tu maktam siap belikan jam lagi.



Ini antara yang kami order chicken chop, meatball yang takde dalam gambar lamb chop, potato wedges...semua makanan harga rm5. Orang ramai dalam pukul 11 siapa yang datang nak order tu makanan dah habis. Apakata mama? Sedaplah makanannya makan ramai-ramai bertambah sedap, tapi sebab orang terlalu ramai taktahu la bila mama nak datang lagi. Oh ya dekat area rumah mama banyak kedai makan, setakat 1-2 pagi kalau kebulur malas nak masak tahap gaban bole lagi keluar cari makan hihihi tapi jaranglah mama buat macam tu..

Ok lah kedai makan ni area jalan kebun je, betul-betul.depan sekolah agama jalan kebun. Mari le cuba nak mama belanja mai la datang rumah hehehe...ok kalau ada salah eja tu mahap la ye jari mama tak runcing..

Wassalam

Tuesday, 4 April 2017

Yang dah lama ditinggalkan.

Assalamualaikum...

hobi mama ni dari dulu-dulu bacan novel, bukan setakat baca tapi beli jugalah. memang banyaklah koleksi novel mama tu dah boleh buka kedai buku kot. Sayangnya ada juga yang dah hilag novel-novel tu, bukan hilang sebab apa tapi sebab kawan pinjam dan tak pulangkan ada pulak tu novel yang tersimbah kari hehehe...mesti kawan tu baca sambil makan kari tu..

Banyak novel mama ni dari bermacam-macam penulislah tapi yang paling banya mama beli dan menjadi koleksi adalah novel norhayati berahim, tapi sekrang rasanya macam tak berapa banyak dah novel dari norhayati berahim tu. Sampaikan en.azmi pun tahulah penulis kesukaan mama tu dan tahu pula tu bila ada buku baru yang keluar. Pernahlah dibawanya mama ke kedai buku untuk beli buku baru keluaran norhayati berahim, sampai tak tahu nak pilih yang mana terus dia suruh amik semua, mama apalagi laju la ambik..hehehe, ada lagi tu bukunya yang mama rasa mama belum beli dan mungkin akan beli nanti.

Masa zaman sekolah-sekolah dulu mama suka baca novel dari ahadiat akashah..lagenda budak setan, balak blues, macam-macam lagilah novelnya, bacaan ringan dan novelnya pun takdelah tebal mana. satu lagi dari penulis zuraidah othman..why me? ada cinta dimatanya..penceritaan yang lucu dan membuatkan mama tersenyum je semasa membacanya tapi sekarang mama tak tahulah sama ada zuraidah othman ni masih menulis atau tidak. Buku-buku cerita ini ini memang mama beli dari zaman sekolahlah.

sedikit novel dari koleksi mama, banyak lagi sebenarnya nih



Ini koleksi mama dari 3 orang penulis tersebut, buku norhayati berahim tu ada banyak lagi tapi dipinjam dan tak dipulangkan...sedih sangat. Paling sedih novel Aalina karya A.Samad Said yang dihadiahkan oleh kawan mama turut hilang, bukan mama yang hillangkan tapi ada yang baca dan hilangkan, sedih mak nak, ada tak lagi jual novel salina tu ye, kalau ada macam nak beli je, mama suka bahasa dan gaya penceritaannya tu.

Sekarang ni mama rasa macam dah tak berapa best nak membeli novel bukan sebab apa sebab mama rasa setiap novel yang mama beli tu, ceritanya sama tapi jalan cerita dan gaya penceritaan je berbeza, watak utama hero heroin kawin paksa, suami kaya, perempuan miskin, ada pula watak penganggu lelaki dan perempuan...haaa macam sama je lah mama baca, sekarang ni drama kat tv pun macam sama diadaptasi dari novel, jadi macam tak berapa best pulak. Ini pendapat mamalah ye..Tak macam baca novel zuraidah othman tu, bukunya nipis je tapi cukup berkesan, buat mama tersenyum dan menangis walaupun hanya ambil masa 2 jam untuk habiskan sebab nipiskan, tapi penceritaannya best.

Tapikan sekarang ni, mama rasa macam nak beli je novel bila mama terbaca sinopsis novel pembancuh kopi mr.vampire dan drama pun ada tapi bukan kat astro la, pelakon yang jadi hero lak macam bagus je lakonannya jadi mama rasa macam nak beli je novel tu, tapi tengah berkira-kira jugalah nak beli ke tak hahaha...sebab ada dijual dekat pesta buku di pusat konvesyen shah alam tu, dekat dah dengan ofis tapi malas pulak nak menapak.. Doalah en.azmi baca entri ni kot-kot dia pergi belikan nanti..heheh

Wassalam

Monday, 3 April 2017

Rasa jauh

Assalamualaikum....

Dulu-dulu memang terasa jauh, masa survey-survey pun rasa macam nak tak nak je beli pada hal masa tu harga murah sangat, yang berkembar pun baru 160k tapi itulah kan kalau kata bukan rezeki kita tetaplah tak beli juga, tapi akhirnya rezeki kami tetap disini juga cuma di jalan yang berbeza. Alalh berikan kita rezeki pada waktu yang tepatkan. pegang pada itu sajalah.

Mula-mula nak mencari rumah dulu susah juga sebab harga rumah yang mahal, tak termampulah dek mama ni kalau yang mahal sangat, kena beli mengikut rate yang telah ditetapkanlah, cari punya cari jumpa dalam mudah, rumah yang hampir 80% siap dibina. tanpa bertangguh mama ajak en.azmi melawat kawasan, berjumpa ejen tengok rumah, walaupun tak berapa nak berkenan dengan pattern dalam rumah tu tapi mama pejam mata sajalah, sebab hanya ini yang mampu milik kikiki, bukan apa dalam banyak-banyak rumah yang kami tengok semuanya perlu bayar 10%, mana mau cekau duit weh kalau dah rege rumah 200k, nak cari 10% nya tu gimana?

Rumah yang mama tengok tu cuma perlu bayar booking rm500 saja..haa kau bincang sekejap je dengan en.azmi, malas nak fikir panjang dah, call makngah tanya dia, boleh tak nak pinjam rm500 hahahahh tengok tu rm500 pun pinjam makngah dulu,macammana dengan 10%? nak pinjam makngah jugak ke? hah memang taklah nanti botak kepala nak membayarnya. bila makngah kata boleh pinjam 500 tu terus cakap dekat ejen setuju beli rumah tu..kikiki, esoknya makngah transfer duit terus bayar duit booking, lepas tu submit loan apa semua. kami cuma bayar duit booking je bayaran lain seperti lawyer semua pemaju tanggung. bila loan lulus tunggu rumah siap je.duit booking 500 tu pulak pemaju guna untuk deposit api air.

Bila dapat kunci rumah, rasa macam nak menangis je..huhuhu ye lah kan tak tahu kenapa rasa macam tu, tapi itulah yang kita tunggu-tunggu akhirnya jadi nyata mau tak rasa nak menangis gumbira. Bulan november 2016 secara rasminya kami duduk di rumah sendiri,walaupun sampai sekarang rumah tak berapa lengkap lagi dengan barang-barang..slow-slow lah kita tambahkan. Alhamdulillah syukur sangat-sangat Allah memberikan rezeki itu pada kami, bukan saja dapat rumah sendiri tetapi dapat jiran-jiran yang sangat baik. kawan satu tempat kerja mama juga beli rumah disitu, kami berjiran selang 2 buah rumah saja. Permulaannya memang terasa jauh nak pergi kerja tapi lama-kelamaan jadi biasa, sebenarnya takdelah jauh sangat, kalau cuti sekolah tu perjalanan dalam setengah jam saja, bila hari sekolah membawa ke 45-50 minit. Kalau nak dekat lagi buat khemah je la tepi bangunan opis nih hahaha.

Banyak jalan yang boleh mama guna untuk ke tempat kerja, dulu mama guna jalan yang biasa mama guna, tol pun rm0.90 je, tapi lama kelamaan mama rasa kereta makin banyak dan sesak dibanyak tempat, kalau masa en.azmi hantar tu ok lagi sebab dia boleh cilok-cilok, tapi kalau masa mama yang drive sendiri memang susahlah sebab mama ikut peraturan..hehehe sikit-sikit je lah kan. sekarang ni mama terpaksa tukar jadual dan jalan. jalan mama ikut jalan yang kurang sesak tapi tolnya rm1.70 masuk kerja pun mama dah tukar masuk 8.30 supaya kalau en.azmi out station mama tak kalut pagi-pagi nak hantar adrien ke sekolah dan adrien pun tak perlu jadi budak yang awal lagi sampai ke sekolah, kalau tak sebelum pukul 7 dia dah ada disekolah sorang-sorang. keselematan anak tu penting walaupun dalam kawasan surau.

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi walaupun jauh tapi punya jiran-jiran yang baik itu satu rezeki yang sangat berbaloi, semalam ada kenduri dirumah jiran merangkap kawan sekerja mama, dia masak sendiri dan kami merewang tolong apa yang patut, mama tolong potong-potong bawang dan potong bahan-bahan untuk buat acar, meriah je rasa macam suasana di kampung dulu-dulu, buat kerja sambil borak-borak. walaupun terasa ralat juga sebab dah plan mulanya nak jumpa kawan-kawan tapi terpaksa batal sebab kenduri dirumah jiran ni, yelah serba salah sebab jiran dekatkan, inshaAllah ada rezeki boleh plan jumpa dengan kawan-kawan lain hari pulakkan.

Hasil kerja mama dan jiran-jiran, kami bertiga je yang buat hehehe

Itulahkan permulaannya macam tu la bila yang tak biasa tu kita rasa janggal dan jauh, tapi setelah beberapa bulan berada disini dan setiap hari berulang ke tempat kerja kita menjadi biasa, yang jauh pun tak begitu terasa, jalan sesak sikit-sikit tu biasalahkan asalkan kita dapat sampat pada waktunya. Kata kawan mama nak jemput kawan datang kenduri pun segan, nanti mereka kata rumah kita jauh, bagi mama itu takde masalah kita jemput saja, mereka nak datang mereka datang jugak walaupun jauh kan...

Buat mak hainomokje yang tanya bila nak tunjuk deko-deko rumah kiter tu kannn... ala makk kiter segan tau nak tunjuk sebab kiter tak pandai deko-deko lagipun rumah kiter masih macam padang jarak padang terkukur..takde apa2 lagipun, anak-anak buat padang bola je ruang tamu rumah tu, kadang anak-anak berlari pecut 100m dari ruang tamu membawa ke dapur hahaha...nampak tak tu nak cakap yang rumah kite masih kosong tau..kikiki. Haaa sapa nak berjiran dengan mama bolehlah beli rumah dekat rumah mama tu, end lot yang nak dijual 325k.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...