Monday, 6 February 2017

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum....

Satu kelegaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata, setelah berbulan-bulan kerja tanpa rehat yang betul, sabtu ahad, cuti umum pun kerja, semalam dah final berjaya siapkan kerja-kerja yang telah diamanahkan.

Sistem akan ditutup jam 12 malam, jadi kami bertungkus-lumus siapkan kerja sabtu dan.ahad, ahad tu by hook by crook kerja mesti disiapkan jika tidak sistem tidak akan dibuka lagi dan pasti selangor tidak akan mencapai 100% tangkapan data bersih, semua dah berusaha dari awal, dihujung ini ada staff yang punya halangan jadi yang mana ada tu teruskan perjuangan sehingga borang yang terakhir.

Tahun pertama di seksyen ini mama dah menggalas amanah yang berat alhamdulillah dengan team work yang ada mama mampu laluinya dan sedikit pengalaman dari.seksyen lama dapat membantu mama diseksyen yang baru, syukur sangat-sangat, ada sorang staff tu cakap "nanti mesti kaklah rindu dengan sistem" hehehe...of coz la rindu dengan speedminor, rindu eztrace, rindukan timbunan borang dan pastinya mama rindukan kesibukan bekerja, untuk.tahun ini takde projek besar dah, next BE 5 tahun lagi, banci penduduk 2020 dan untuk tahun ini hanya ada survey-survey biasa sahaja.

Kenapa kami yang terakhir siap dan sampai kena tunggu diakhir-akhir garisan nih? Selangor, KL, johor, penang merupakan negeri besar dan kalau kami tak siap, data tentu tak.dapat dikeluarkan, dari julai kami perlu proses 100,137 borang untuk mencapa 100% data bersih. Alhamdulillah dengan bantuan Allah pastinya kami berjaya menyiapkan semua kerja.


Wajah-wajah kelegaan bila borang terakhir berjaya diproses, waktu.ini dah hampir 10mlm ini tengah tunggu bos siapkan report sebelum kami semua balik.

Bos kata hari ini boleh cuti tanpa rekod, yeayy....marilah bercuti,walaupun dah bangun awal dan.rasa gigih nak pergi kerja tapi mama buat keputusan untuk bercuti saja hari ini, luangkan masa dengan anak-anak, kesian anak-anak yang selalu ditinggalkan, inshaAllah lepas ni mama tak sibuk lagi, kalau sibuk pun mungkin hari biasa saja dah tak ganggu cuti hujung minggu. Dapatlah masa bersama anak-anak dan dapatlah mama teruskan misi mengemas rumah hahaha dari pindah bulan 11 hari tu rumah tak.siap berkemas lagi nak.ajak orang datang pun malu.

Oklah mama stop dulu nak uruskan anak-anak pula

Wassalam

Sunday, 29 January 2017

Tahun terakhir 3 series

Assalamualaikum...


Sekejap waktu berlalu, januari 2017 pun bakal melabuhkan tirai beberapa hari saja lagi. Bulan ini bulan kelahiran mama jatuh pada Ahad 22 Januari hari tu. Sibuk mama menekan keyboard sekali ada suara menegur "Kak lah kenapa kerja hari ni? birthday kak lah kan.." Alamakk terlupa hari lahir sendiri, apa nak buat kesibukan melanda, bekerjalah mama dihari lahir walaupun jatuh pada hari ahad.

Tahun terahir di 3 series tahun depan masuk 4 series dah, masa belasan tahun dulu cukup berdebar nak masuk umur 20-an kononya dah ada diperingkat dewasalah sangatkan, rupanya tanpa sedar mama dah lewati 20an dan 30an, sempatkah untuk mama lewati 40an pula, inshaAllah jika dipanjangkan usia. Tiada apapun yang mama harapkan cuma harap terus diberikan kesihatan yang baik untuk melalui kehidupan ini.dapat melihat anak-anak membesar dengan baik.

nak membebel apapun tak tahu, otak dah tepu dengan segala angka yang ada, mata pun dah naik kabur, kerja non stop 7 hari seminggu, cuti chinese new year pun kerja, harap sangat segala kerja yang menggunung ini dapat habis dengan jayanya, banci oh banci cepatlah habis, serba-serbi tak cukup mama ni, tak cukup tidur, tak cukup makan, tak cukup masa dengan anak-anak, hari kerja biasa masuk pukul 8 balik pukul 8, sabtu ahad kerja...mari tengok kalendar bila lagi cuti sekolah, mama pun nak bercuti lebih sedikit.

Balik ni nak buat spageti carbonara, permintaan anak buah kesayangan walaupun penat mama kena tunaikan janji hehehe...sementara menunggu en.azmi sampai sempatlah mama berceloteh dulu sekejap bagi releasekan kepenatan berfikir ...ok mama berhenti dululah

Wassalam





Kita tayang lagi gambar short vacay hari tu, cerita detail belum ada lagi.

Tuesday, 24 January 2017

i need some rest

Assalamualaikum...

pinjam pic en.gugel

Keletihan dan kelelahan melalui hari, cepatlah semua ni berakhir mama perlukan rehat, rasa macam perlu manjakan diri pergi ke spa..ecehhh, tak tahulah nak ketawa atau menangis tapi alhamdulillah setakat ini masih mampu tersenyum dan ketawa..hehehe


Tinggi-tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi cintaku padamu...eewaahhh

Short vacay hari tu tapi tak sempat nak story mory lagi,mama tak mampu nak perah idea untuk mengarang tentang cuti-cuti tu lagi sebab otak penat fikir menda lain..ohh nampaknya mama perlukan rest nih. En.azmi mungkin kita perlukan buku merah untuk tenangkan fikiran..hehrhe

Kawan-kawan pun mama tak.sempat nak.jenguk.baca cerita.


Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...