Assalamualaikum..
Okeh ini cerita raya terakhir untuk tahun ni lah..banyak sangat pulak cerita raya mama tahun ni, alhamdulillah..ada jemputan makan-makan sempena rayakan, perlulah menghadirkan diri.
Jumaat sambutan raya di seksyen mama..sekali lagi haaa jangan tak tahu 2 kali kami sambut raya di seksyen kami ni haa..al-kisahnya masa jamuan kali pertama, seorang adik nih perlu berkursus, jadi kami berbincang untuk adakan lagi jamuan khas untuknya dan diberi nama...beraya di rumah afiq.. segala hiasan afiqlah yang bersungguh membuatnya. Juadah yang ada pun kami kongsi-kongsi, jadi meriahlah makanan yang ada.
 |
| afiq yang buat sendiri hiasan ini |
 |
| walaupun hanya diruangan terhad, meriahnya tetap ada, afiq tu lah yang bersongkok dan berbaju melayu tu. |
 |
| Beraya pula di admin selepas puas makan diseksyen sendiri..meriah sangatlah raya kami nih |
Petang ambil anak-anak dari taska...beraya pula di taska, kebetulan taska juga buat sambutan hari raya, dijemputlah sekali mama makan dahulu sebelum ambil anak-anak, kebiasaanya setiap tahun pun taska ini akan buat sambutan hari raya, setiap kali pun mama akan join punya..hehehe udah dijemputkan, makan sajalah, walaupun makanan sedap-sedap tapi mama makan sikit saja, sebab perut masih kekenyangan makan di ofis tadi.
 |
| bergambar dengan tecer taska, masa ni adelya nampak macam lain dah sikit |
 |
| tengoklah anak solehah mama ni, boleh pula dicubit perut kawannya tu, memang adelya kalau geram dia suka cubit perut,kalau kat rumah perut mamalah yang jadi mangsa |
 |
| selamat hari raya dari tecer dan anak-anak taska |
Malam selepas isyak, beraya dirumah jiran pula, sekali lagi makan..hahaha ini kalau naik penimbang nih mau nangis penimbang nak timbang mama, asyik makan je tak berhenti-henti, jadi kita elakkan dari menimbang badan dahulu yang, tentu naik berkilo-kilo nih.
 |
| Bersama jiran tetangga, masa ni adelya dah tak mahu duduk nak beriba dengan.mama je |
Sabtu..jamuan raya dikejiranan mama, hajat hati nak sponsor dessert tak kesampaian sebab anak dara mama tak berapa sihat, dari malam tu lagi adelya dah tak berapa baik moodnya, sambil pegang dahi katanya dia dema demam dan telinganya sakit. jadi jamuan raya lorong mama bawa perut je, memang tak menolong apapun, tolong makan je, mujur ada en.azmi yang tolong membasuh pinggan mangkuk, oklah ada juga wakil yang membuat kerja, mama nak tolong mengemas petang tu, adelya tidur sampai ke petang, takkan mama nak tinggalkan dia dirumah pula, nak dikejut tak sampai hati pula. Gambar memang nan hadolah sebab pergi bawa perut je kan.
Ahad..Melawat kawan mama yang mama ceritakan sebelum ini,alahai sedih sangat mendengar ceritanya, menengok keadaannya pun mama dah tahu, dia menanggung kesakitan yang amat sangat, tak boleh bangun, makan pun sambil baring, hebat dugaan untuknya, tapi yelah dugaan yang hebat untuk orang-orang yang hebatkan.6 minggu dia terpaksa pakai tiub untuk buang air kecil, nanti doktor akan tengok semula hasil sambungan pundi kecingnya,jika masih tidak bercantum dengan baik, akan dibedah semula, aduh mendengar itu sahaja sudah buat mama ngeri..Moga sahabat mama terus tabah..kalau ada kawan-kawan yang ingin memberi sumbangan mama sertakan no.akaun kawan mama ni ye..112268224591 (rosyawati pauzi) akaun maybank.
 |
| Berjanji dengan seorang lagi kawan untuk sama-sama melawat, mama sampai dulu, sebelum balik kita selpi dulu.. |
Selepas melawat kawan mama, kami gerak ke taman melawati pula, mulanya en.azmi berbelah bahagi nak pergi atau tidak, tapi mama ajak juga pergi, makcik en.azmi ajak datang rumah makan-makan, kiranya open house jugalah. en.azmi kata adiknya juga ingin pergi, tapi kami tidaklah pergi bersama kami pergi berasingan sebab dari destinasi yang berbezakan. Makcik en.azmi ni memang hebat memasak, sedap sangat nasi minyaknya, mama makan bertambah-tambah, lepas tu mee kari lagi, yang paling best, makcik buat kuih peberet mama koleh kacang, mujur mama ajak juga en.azmi pergi..kata makcik, sebab ingat kat mama la makcik buat kuih tu..huhuhu tq makcik, terharu sangat..
 |
| Kuih peberet, tiap kali puasa mesti cari,tapi yang makcik buat nih memang sedap |
Ye lah sebelum ni makcik pernah bawa kuih tu masa kenduri akikah di kampung, mama pun makanlah sebab memang kuih kegemarankan, sipa cakap lainkali bolehlah buat lagi, hari tu makcik post kat fb resepi kuih ni, mama pun komen, nanti makcik buatkan ye, makcik kata boleh, bla-bila nak makan bagitahu..kebetulan makcik buat open house itu yang makcik buat agaknya, mesti makcik bajet mama datang itu yang makcik buat agaknya, mujur jugalah mama datangkan,baru je mama nak request makcik buat kuih ni masa makcik jemput ke rumah tu, tapi macam segan pulak..kikiki macam over pulak rasanya. tapi tak sangka dapat makan juga. Makcik ni memang meniaga kat Kat area situ jual kuih, nasi lemak pagi-pagi, order pun ambil juga, siapa yang ada area taman melawati tu bolehlah kalau nak order.
Balik dari rumah makcik kami ke pulau indah, dari taman melawati ke pulau indah pulak, jalan sesak pukul 7 baru sampai rumah kawan mama, makanan pun sedap, siap ada orang membakar ikan dan kambing, macam-macam makananlah ada, mama makan laksa dan makan nasi bertambah-tambah sebab ada jering masak sambal ke apa ntah, mama pun tak tahu tapi sedap sangatlah, makan nasi dengan sambal jering tu je boleh bertambah-tambah nasi..huhuhu, sebabnya ayam adelya yang habiskan, mama makan dengan jering pun laju je..gambar memang takdelah sebab kalut isi perut hihihi, lepas tu dah malamkan..muka pun dah tak semenggah(biasa pun takdelah cun pun,macam tu jugaklah heheh), cuma dah penat nak berposing.
9.30 malam sampai rumah,buat apa yang patut sebelum mulakan kerja iron baju sekolah anak-anak, penat weh..
Wassalam