anak-anak mama ni memang mudah bab makan. Semalam hajat hati tak mahu memasak sebab dah agak lewat sampai ke rumah. Mama pun duduklah diruang tamu menonton tv bersama anak-anak, sekali adrien datang
"mama tak masak nasik ke?" tanya adrien,mama pun tengok sambil menggeleng
"mama pegi nga masak nasik..yen ngapar ni.." hahaha...hadoiii mama dah kena arah masak nasi pulak dah..terpaksalah mama memasak,baru je nak memalaskan diri sendiri hahaha
anak-anak mama ni senang je ada nasi dengan ayam goreng pun dah mencukupi, kalau adrien nasi, ayam goreng dan kicap, kalau abang adam kadang-kadang tak mahu kicap, "nanti abang hitam" katanya .. adoi abang ni makan kicap mana boleh hitam pun
"mama ni makan la kicap,kicap ni sedappp tak pedas pun mama" itu ayat adrien bila nak suruh mama makan kicap..hahaha macam-macamlah anak-anak ni, ada je nak buat mama tercekik masa makan.
(gambar bila punya pun mama tak tahu ni hehehe)
gaya adrien..konon-konon manja la ni dengan bear warna pink..hehehe saje tu adrien mengusik adelya dengan ambil bear pink ni,apalagi marahlah adelya bila barangnya diambil..
Malam tadi ada tetamu datang, tak sempat nak selfie hahaha, bukan saja tak sempat selfie, berjumpa dekat pagar je tak sempat diajak masuk rumah pun,datang bawa buah tangan dari kampung pulak tu, mama yang tak sempat sediakan apa-apa, air segelas pun tak jamu...haiii teruk sungguhlah. Ada rezeki boleh jumpa lagi ye...semalam yang ikut mama dipagar tu adrien, bukan abang adam..
Pesanan buat anak-anak mama :
Nikmat terbaik adalah segala kejadian yang membawa kita semakin dekat kepada Allah, walaupun itu menyakitkan kamu.
Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad
Wassalam


