Sunday, 7 July 2019

Fokus lain pula

Assalamualaikum...

Dah habis cerita makan2 syawal, dah habis juga waktu bersenang2, sekarang bermulalah tumpuan penuh pada kerja2 yang menunggu. Penghujung jun kita mulakan sesi taklimat di Putrajaya selama 3 hari.
Balik ofis buat persediaan untuk taklimat pula. Walaupun fobia dengan mikrofon terpaksalah membiasakan diri. Taklimat jumaat jadi emcee dan pemberi taklimat tapi tak kecut sangat sebab  buat sesi hands on sistem saja, bercakap sikit je selebihnya mama tunjukkan sistem je lah.

Tahun ni jab.perangkaan akan menjalankan Wholesale Retail Cencus atau singkatannya WRC 2019, jadi mana kawan2 yang ada jalankan perniagaan borong,runcit dan kenderaan bermotor berilah kerjasama pada pegawai kami yang akan datang nanti ye,mama tak terlibat dengan kerja lapangan hanya terlibat dengan pemprosesan borang sahaja. Tanggungjawab diberikan pada mama perlu digalas sebaik mungkin, tutup WRC ni 30 sept...doakan mama berjaya ye  hampir 20ribu borang yang perlu diproses dan perlu menyelia semua tetap dan psh..moga Allah permudahkan urusan kami semua.

Dalam pada tu terpilih pula sebagai penyelia untuk Banci percubaan untuk Banci Penduduk yang akan bermula bulan ini,isnin sampai rabu akan bertaklimat di ofis bersambung pula khamis-jumaat di Gold Coast, Morib jee heheh. Dah lama mama tak buat kerja di lapangan nih, sekarang terlibat pula dengan banci.. sebelum ni hanya terlibat dengan syarikat2 saja, tapi tak apa kita sahut cabaran yang telah diberikan. Cuma banci percubaan,tapi mencabar jugalah , ada seorang psh setiap penyelia, moga mama mampu jalankab tugas yang diberikan dengan baik.

untuk tahun depan Banci Penduduk yang sebenarlah, semua kawan2 terlibat ye diharap semua dapat berikan kerjasama jangan dihalau pembanci kami heheh. Tapi takpe kami akan sediakan portal untuk semua orang menjawab soalan banci melalui website sahaja. Itu mama akan maklumkan kemudian. Sekarang ni mama cuma nak war-warkan sajalah dulukan.


Pernah juga ada pengalaman dikejar anjing masa buat kerja luar dulu, pengalaman.yang tak dapat dilupakan heheh..pejam celik,pejam celik dah 19 tahun mama di Dosm Selangor nih campur 2 tahun jadi pegawai sambilan dah 21 tahun jugalah kan. InshaAllah mungkin sampai pencenlah kalau dipanjangkan umur sehingga sampai waktu bersara wajib nanti.


Macam2 ragam banci yang boleh dilihat, bolehlah kawan2 follow fb mycencus 2020 untuk info seterusnya. Ada masa mama jenguk kawan2 ye manalah tau kesibukan melanda nanti tak sempat jenguk, dok sibuk mengadap borang je kan.

Wassalam

14 comments:

  1. lama sudah x dilawati officer banci, AA.
    few years back, pernah attend one kat rumah :)

    ReplyDelete
  2. Pernah juga kerja banci sambilan dalam tahun 80an dulu.
    Dapat kawasan perumahan kosong tiada penduduk. Cepat aje siap kerja.

    ReplyDelete
  3. Macam tak pernah je kena banci...

    ReplyDelete
  4. Good luck mama!
    Rasa-rasa dulu ada lagu kan banci membanci ni? Ke lagu mengundi? Lupa dah haha...

    ReplyDelete
  5. moga di permudahkan kak, kes pembanci tu org takut sbb ada yg perompak menipu sebagai pembanci lps tu abis lesap brg rumah... itu yg org takut tu kak...

    ReplyDelete
  6. All the best kak.. Lama dah tak nampak kad banci baru.. yang ada kat rumah mak tu pun kuning sungguh kad nya nak kata lama sangat dah tu

    ReplyDelete
  7. Ragam pembanci ye.. Tapi zaman sekarang jenayah dimana2.tu kot org takut hehe

    ReplyDelete
  8. Semoga dipermudahkan segala urusan..banci via website, tk sabo nk tunggu thn depan..hihi..statistik ni penting utk buat polisi..

    ReplyDelete
  9. Pernah beberapa tahun sudah, pegawai banci dtg rumah... tapi saya tak ade... pastu dia tinggalkan phone nombor kat rumah jiran... saya call suh dtg... dlm duk borak2 dgn pegawai tu, rupanya dia kenal dgn anak lelaki saya.. hehhe

    ReplyDelete
  10. Semoga dipermudahkan urusan kak lah dan team.
    Semoga dpt selesaikan tugas sebaiknya..
    Bnyknya borang hehe..
    Jgn jemu tgk borang ye. 🤭🤭

    ReplyDelete
  11. Seronoklah mama dapat buat kerja di lapangan. Macam-macam boleh experience 👍

    ReplyDelete
  12. good post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Jalan-jalan ambik angin, makan²

Assalamualaikum... Penat balik dari bertaklimat belum hilang..mengantuk sebab tidur lambat tapi sebab kasihan anak² kena tinggal mama paks...