Wednesday, 17 April 2019

Pengorbanan dan pengertian.

Assalamualaikum...


Sesungguhnya pengorbanan dan pengertian 3 insan kecil ini tidak ternilai buat mama, mereka yang bersama-sama sabar dalam menghadapi setiap ujian dan kesukaran, hinggakan kadang-kadang mama rasa tersangat bersalah bila terpaksa memarahi mereka. Percayalah anak-anak..mama sangat sayangkan kamu semua, kamu adalah kekuatan dan kesabaran mama, bersama kita harungi ujian hidup ini, tak pernah pun anak3 ini merungut berlebihan disaat menghadapi ujian..

Bila disuruh sabar dan redha dengan ujian ini mereka seolah-olah faham walaupun terkadang mereka bertanya..biasalah anak2 mesti ada banyak pertanyaankan, apapun kita bersabarlah dengan ujian..hidup akan selalu dilanda ujian, yang penting kita sabar dengan setiap ujian yang mendatang. Tapi terkadang mama yang jadi sedih..entahlah kan bila mintak anak2 mengerti, jawapan anak2 tu buat mama sedih "takpe mama abang faham" "Takpe mama abang pakai je baju yang lama ni elok lagi,mama tak payah membazir beli yang baru" sedih mama jadinya abang. Sebab tu selagi boleh mama dengan papa akan tunaikan permintaan anak3 setakat yang termampu la kan.

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya setiap kesukaran itu disertai kemudahan.
"(Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan."
(Al-Insyirah ayat 5&6)

Mood tetiba sedih teringat anak3 hahaha pada hal takde apapun cuma kadang2 pengertian anak3 itu membuatkan mama rasa bersalah bila kadang2 mama marah2 mereka bila mereka buat nakal, adoiii budak2 manalah tak nakalnya kan, bergaduh bergumpal tu biasala kan, mama kecik2 dulu pun macam tu jugaklah bergaduh adik beradik lagi parah bila perempuan ramai hahaha membebel je memasingkan bukan sekadar membebel bertekak pun selalu terjerit sana sini berebut itu ini.

selamba mamakan letak dlm supik jah heheh,takde dah beg cecantik.nak letak mujurlah anak2 pun jenis tak kisah, bawa je apa yg mama bagi
Entah apa kena anak2 tetiba rajin nak bawa bekal ke sekolah, bekal mereka mudah je nasi,kicap, telur mata dan nugget. Adrien pulak tu kalau dia kata nugget tu nak seketul,seketul la yang mama kena isi jangan diisi lebih nanti dia marah okeh, kalau satu satu je jangan nak letak 2 hahahah kalau mama ni satu mana cukup paling tidak 5..pisang pun nak satu je jadi jangan bagi lebih2 nanti dia muncung. malam tadi minta nak bawa bekal tomyam ayam kooo..haishh boleh ke tu nak bawa lauk berkuah tomyam, risau je mama ada yang tersiram kuah tomyam nanti, katanya kawan dia suka tomyam jadi dia nak bawa tomyam, rupanya bekal yang dibawa dikongsi bersama kawan..ok bagus tu, abang adam pun share dengan kawan yang tak bawa duit, ok bagus anak2 mama, makanan yang ada dikongsi bersama, besar pahalanya kita bagi orang yang sedang lapar makan, moga anak2 mama jadi orang yang pemurah ye, dalam rezeki kita ada bahagian untuk orang lain juga.

Ohhh mama dah tahu kenapa rajin nak bawa bekal, duit belanja nak simpan untuk beli beyblade... aduhaiii anak2 sebab itu rupanya nak simpan duit, tapi takpe nampak ada usaha disitu. kalau nak sesuatu kena minta dengan Allah lepas tu usaha, jadi anak2 buat seperti yang selalu mama pesan, nak apa2 minta dengan Allah dulu, lepas tu baru minta dengan mama papa, kalau Allah izinkan pasti dapat. Kata ustazah "Mintalah dengan Allah dahulu hatta garam sekalipun" Bila nak masak tengok garam takde biasa kita terus je cakap dekat suami.."garam dah habis tolong pergi beli" lepas ni ubah tengok garam takde, kita cakap " Ya Allah garam dah habis, aku perlukan garam ya Allah" lepas cakap macam tu baru kita minta suami belikan. sandarkan semua yang kita mahu pada Allah, kerana semua yang berlaku dengan kehendak Allah.

Pesanan untuk anak3 : Ingatlah anak3 disaat susahnya kita, Allah sentiasa hadirkan insan2 hebat untuk membantu kita. Mama akan ceritakan pada anak3 siapa yang menolong kita supaya anak3 tahu bilamana suatu saat nanti jika mama papa sudah tiada anak3 tidak akan lupa jasa mereka yang selalu membantu. dan mana tahu satu hari nanti anak3 mampu untuk membalas setiap jasa yang mereka berikan kepada kita. Ingat anak3 lupakan kebaikan kita pada orang tapi ingatlah setiap kebaikan orang pada kita.

Wassalam

13 comments:

  1. Alahai comelnya telatah anak2 eh anak3 mama hehe...

    Beyblade tu memang jadi kegilaan anak2 sekarangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la PH seronok nak kumpul beyblade masing2

      Delete
  2. akak ni, jgnla buat ntry sedih.,.. nnti dana pun sedih... almaklum mak singah, bila baca akak tulis ni terasa insaf nya huhuhu

    kadang bila kurang kesabaran kuar jgkla suara singa nih marah kt aiyan...
    aiyan kalua bwk bekal nasi dia takmo kak, klu bwk kuih pun nnti kt sekolah dia membeli jgk ... tu masalahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetiba tersedih dana bila teringatkan anak3

      anak3 akak bila bawa bekal, duit yang akak bagi dorang masuk tabung siap2 tak bawa pegi sekolah

      Delete
  3. rajin nya budak-budak menabung hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin ada makna tu kak laili, tak tahu sampai bila rajinnya tu, harap2 mak dorang ni pun rajin nak memasak jugak

      Delete
  4. Haha. . Samala kes anakanda kat sini. Asyik beli beyblade je.. Lepas beli 8, saya marah harapnya takla tambah lagi.. Mandai aje dia ornag ni beli set2 aksesori sekali.

    Terharu pulak saya baca bab anak faham susah org lain. Bagus la adam dan adrien ni. Moga jd insan yang prihatin. Mmg kena terapkan sikap macam ni sejak dari kecil kan..

    ReplyDelete
  5. Allah for sure anak2 terharu klu baca ni... hakak pun rasa sgt mental boost, selepas baca... anak2 macam2 ragam dan perangai. Akak ada 5 org.. bila dh beso lain pula ragamnya... psst: bekal macam tu la licin anak2 mkn... anak2 akak kicap dan telo tak bole dipisahkan

    ReplyDelete
  6. kita yg dh jd ibu nie. bila mrh tuh tak hingat dunia. tp bila anak tido, mula rasa serba salah. tq sis atas perkongsian nie

    ReplyDelete
  7. Aduhai... sedihnya baca pesanan mama. Boleh menitik air mata tau.
    Rezeki tu tau Azra dapat anak anak yg boleh memahami susah payah kita walaupun umur masih kecik. Biasalah Azra, namanya kehidupan... hidup kat bandar yg penuh mencabar ni ada masanya mmg kesempitan...

    ReplyDelete
  8. Jika ujian kesempitan hidup buat kita ingat pd Allah, bagi ira itu adalah lebih baik dari ujian kesenangan hidup buat kita jauh dari Allah.

    Semoga anak2 kak lah menjadi anak2 yg soleh dan solehah, serta berjaya di dunia dan akhirat. Anak2 yg melalui kepayahan ketika usia kecil akan lebih menghargai apa yg dia dapat dan menjadi anak2 yg berjaya.

    ReplyDelete
  9. Mama yh baca pun Naik terhatu Ni.. alhamdulillah anak2 Aryan semua baik2

    ReplyDelete
  10. comelnya perangai Adrien nie.. hehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Shellout

 Assalamualaikum... Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni. Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan ...