Friday, 10 May 2019

Family in law

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...bersyukur mama dikurniakan family in law yang baik. Hujung minggu lepas family in law datang  bertandang. Kisahnya anak dara yang seorang tu pergi voice mail dekat atok dia "Tok dah lama tak datang rumah yaya, bila tok nak datang?" gituu anak dara punya kerja, kita jarang balik kampung dah disuruh tok pulak datang. Tok pun melayanlah cucu dia tu kan. Malam tu wan whatsapp kat group kata nak datang rumah, sabtu  tu mama pulak kerja.

Pagi sabtu masa tengah buat kerja tok call, mama cakaplah mama kerja. tapi tak lama pun mama kerja. dalam pukul 1 mama baliklah walaupun kerja masih banyak konon nak balik pukul 4 tapi rasa tak senang hati dah takut tetamu sampai mama tak sampai rumah lagi. sampai rumah sempat lagi mengemas apa yang patut, pada hal dah bangun pukul 4 pagi semata-mata nak kemas rumah hahaha. hajatnya nak masak tapi kata en.azmi tak payah masak wan dah siap masak kari ayam,sayur,sambal bilis petai, nasi pun dah siap sekali wan bawa tau..aduhh tetamu pula yang bawa makanan kan, beruntunglah menantu ini.

Petang tok dengan wan sampai, mama salam dekat kereta,jemput masuk rumah lepas tu terus tinggal tetamu lalu pergi ke rumah jiran sebelah sebab dijemput makan2 sempena besday anaknya merangkap juga anak mengaji mama. Malam tu memang tak masaklah semua pakat nak pergi pasar malam, mama tak pergi dan tak kirim apa2 sebab dah tahu mesti banyak yang dibeli jadi mama makan saja apa yang dibeli, seharian tu memang makan je lah kerjanya kan mama ni.

Ahad pagi lepak2 je, sebab memang kata adik ipar memang datang ni nak lepak2 dekat rumah je, tetiba acik imah(adik ipar yang sorang lagi) bagitahu nak datang juga nak celebrate besday anaknya, dok bertanya-tanya nak buat dimana,last-last pilih paya indah wetland sebab dekat dengan rumah mama ni haa, geraklah kami dan berjumpa disana. adalah pondok dekat situ kami lepak2 makan lepas tu balik. sebelum balik tu semua berenti solat dulu dekat situ, mama pulak niat nak solat dekat rumah je sebab dah tak jauh mana kan rumah, tapi itulah bak kata ustaz soal ibadah jangan ditangguh, dalam perjalanan balik tu sesuatu berlaku, nak tahu apa yang berlaku?

adelya azra dan sepupunya aimy qairini, inilah je lah gambar yang ada masa di paya indah wetland tu, prang berenti solat mama duduk dalam kereta je..ish..ishhh
Haa mama ceritalah, tak lama lepas bergerak tu tetiba tayar kereta kami pecah..ujian Allah kan. Call abg ipar tapi abg ipar dekat shah alam malas nak menyusahkan dia pulak, en.azmi call adik ipar, sebenarnya malas nak susahkan dorang sebab dorang dah sampai ioi putrajaya masa tu. Lepas call tu lepak la dekat kereta fikir apa yang boleh dibuat. Tak lama lepas tu adik ipar call balik bagitahu dorang akan datang dekat kami. Yang mama ni dok rasa bersalah sebab tak solat lagi, tapi itulah Allah mendengar suara hati hambaNya, dalam gelisah tu tengok2 seberang jalan ada masjid.. teruslah ke masjid tu solat.

Tak lama kemudian tok,wan dan adik2 ipar sampai, alhamdulillah ada kedai tayar yang buka waktu tu. Tayar spare takde kami ni. dan toklah yang belikan tayar. Bukan tu je tok ni kan kalau dia ajak pergi jalan mana2 mesti tok akan bagi duit minyak untuk anak2, macam hari tu dah labagi duit minyak,bagi duit belanja lepas tu belikan tayar pulak, dah 3 bijik tayar tok beli tau. Dulu masa balik kampung tukar 2 bijik tayar tok juga yang belikan..haaa mana nak cari lagi mentua yang macam tu, bersyukurlah dengan rezeki yang Allah bagikan. Susah itu nikmat, senang itu juga nikmat. Moga kami tidak lupa dengan kenikmatan yang diberikan ini.

Selesai semua wan kata nak cari makan, sebab dah lapar tadi makan ayam kfc je,sebab dah petang dan dorang pun nak balik kampung pulak lepas tu. jadi kami bawa semua orang makan dekat kedai yang dekat dengan rumah je. Kedai baru yang jiran2 kata makanannya sedap dah alang-alang belum cuba jadi kita bawa semua orang cubalah. Alhamdulillah sedaplah makanannya, kena dengan selera tekak mama ni haa. Terima kasih buat family in law yang sudi datang rumah penuhi permintaan adelya, minta tok datang rumah, nak tunggu kami balik kampung entah bila kan. In shaa Allah andai umur panjang syawal ni baliklah kampung. Hari tu cerita tentang kakak hari cerita tentang in law pulak lah.

Adrien dan chicken chop berpisah tiada, jangan ada yang terliur tengok budak ni makan ye

spagetti carbonara...sedap berkrim, sampai order 2 kali, mula mama order lepas tu adelya rasa dia pun nak jugak, tapi memang sedaplah spageti carbonara ni, boleh repeat nih
Alhamdulillah syukur sangat dikelilingi dengan orang yang baik-baik.

Wassalam.

13 comments:

  1. Alhamdulillah dikurniakan family in law yang baik.. ada sesetengah orang diduga dengan family inlaw yang betul2 menguji sabar.

    ReplyDelete
  2. Wah sporting betulla mak mentua mama yan tu, bestnya dpt mak mentua camtu, rezeki bertimpa2 lagi. Syukur banyak2. Jadi ni peristiwa sbl bulan puasa lah ye. Nnt raya balik kampung mak mentua kan, mesti best..
    Akk ni nasib juga ada kakak ipar yg boleh kata baik jugalah, cuma akk rasa akk bukanlah menantu yg disukai...huhu

    ReplyDelete
  3. Haha..mak mentua saya pun selalu macam tu...kalau nak datang mak yang masak siap siap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..
      Sama la MIL akak pun Yan..
      Siap bawak bekal dari kg.
      Tapi.. dulu la.. masa kat Msia.
      Eh.. Akak ternyampuk kat "umah" Mama Aryan pulak.

      Delete
  4. Alhamdulillah moga silaturrahim berkekalan aamiin

    Atok dgn nenek dengar je cucu suruh datang, laju je kan. Diorang pun rindu kat anak cucu juga sebenarnya kan.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, beruntung mama...

    ReplyDelete
  6. Mak mak mmg macam tulah Azra agaknya. Mak hakak dulu kalau dtg rumah mesti bawak nasi siap lauk sekali. Tak nak menyusahkan anak anak kot agaknya kan. Itu betul betul tetamu bawak rezeki tu hahhaa.... bukan setakat rezeki makanan, rezeki tayar sekali wei

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah di kelilingi ahli keluarga yg baik2

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..
    Syukur dpt family in law yg baik2.
    Sbb tu bila dgr kwn2 or org2 keliling yg bercerita ttg mertua diaorg, ira senyap je. Dlm hati syukur sgt2 sbb dpt fmly mertua yg baik2. Wp mereka bkn org2 kaya, tapi mereka kaya dgn kasih syg. Mengambil berat tentang ahli keluarga yg dlm kesusahan.
    Masa dpt tau diaorg patah balik tu, dlm hati ni ckp mesti mak abah susah hati memikirkan kak lah & fmly dlm kesusahan waktu tu.
    Diaorg da masuk ioi putrajaya dh masuk kawasan parking, lps tu keluar balik. Kami pulak dah naik atas shopping mall baru tau diaorg patah balik.
    Kasihnya mak dan abah pada anak2 tiada tandingan. Syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete
  9. Org krliling Kita la yg mrmbahagiakan Kita.. alhamdulillah Ada krluarga yg baik sebegini

    ReplyDelete
  10. Syukur alhamdulillah dpt family in law yang baik.. ini pun satu rezeki juga. tak perlu risau bab family in law..

    ReplyDelete
  11. best nyer!

    aida sedang diuji dgn mak mertua, AA.
    rezeki Allah rasanya bila diuji, dpt muhasabah diri sendiri.
    sesungguhnya hari ni kita gini, esok2 bila da berumur mungkin tidak.
    jadi ujian buat anak-anak.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah nikmat yang tak semua dapat..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Shellout

 Assalamualaikum... Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni. Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan ...