Monday 6 May 2019

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum...


Alhamdulillah sudah 1 ramadhan kita hari ini. Marilah sama-sama kita rebut segala kebaikan dan kemuliaan yang ada di bulan yang mulia ini, mudah-mudahan dengan usaha ini akan meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt. Marilah sama-sama kita tetapkan niat dan perbaharui sentiasa, bersihkan jiwa agar dengannya kita dipilih oleh Allah untuk beribadah kepadaNya dengan penuh rasa kehambaan dan mengharapkan keampunanNya semata.

Cerita 1 ramadhan..hero berdua bangun sahur tapi tak tahulah sampai bila bertahan puasa mereka tu, semalam bersembang 2 beradik tu.."yen esok dah puasa,yen dah sedia ke?" " adik tak kisah dah sedia ke tak kalau adik nak puasa adik puasalah,kalau taknak adik tak payah puasa" haaa itu jawapan adrien. Dia kalau bersembang dengan abang adam memang dia bahasakan diri dia adik. Abang adam pula jawab tak sedia lagi. Lagi satu si adrien tu dia akan tanyalah "mama..abang..esok hari apa?" bila orang jawab esok dah ramadhan, dia pun mulalah menyanyi "ramadhan datang...ramadhan datang..." ada-ada je budak sorang tu kan.

Untuk bulan puasa ni ofis bagi pilihan rehat sama ada setengah jam atau 1 jam, macam mama kalau ambil setengah jam dapatlah balik pukul 4, awal jugakkan tapi mama pilih rehat sejam dan balik macam biasa pukul 4.30, biasanya macam tahun lepas balik 4.30 jalan tak sesak pun harap-harap tahun ni pun masih samalah hehehe, bukan apa mama tetap ambil sejam tu, sebabnya dekat bangunan mama kerja ni ada kuliah zuhur pada pukul 1. kuliah ambil masa sejam, jadi kalau mama ambil setengah jam je rehat tak sesuailah kan, dok dalam majlis ilmu, bulan ramadhan pulak tu, jadinya kita ambiklah rehat sejam. semoga ada keberkatannya.

Tahun ini peluang yang masih diberi kita cubalah buat yang terbaik, moga Allah memberikan keampunan buat kita pada penghujung ramadhan nanti. Kata ustaz amat malang bagi seseorang itu apabila dia dapat bulan ramadhan tapi hujung ramadhan dia tidak mendapat keampunan dari Allah. Moga kita mendapat keampunan dari Allah dan moga kita dapat buat sebanyaknya amal soleh pada bulan yang mulia ini. Kalau nak amal soleh berterusan kata ustaz perlu kita lakukan selama 40 hari berturut-turut dalam puasa 30 hari kita buat amal soleh bangun tahajud kita teruskan lagi 10 hari selepas puasa, in shaa Allah selepas itu kita akan terus istiqamah melakukannya.

Wassalam

15 comments:

  1. Saya merasa sedih karena udah 10 tahun ditinggal papah terus lagi puasa suka keinget kaya orang lain bisa kumpul bareng keluarga yang utuh tapi saya harus semangat dan saya baru keluar sekolah terus diterima kerja masuk sekarang rasanya bahagia dan ingin mencapai cita cita saya semoga bulan puasa sekarang kita diberikan rizky yang melimpah

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah...moga Allah limpahkan rezekiNya buat kita. Ayah saya juga sudah 12 tahun pergi menemui pencipta apatah dia pergi pada hari pertama puasa. Moga kita sama2 tabah dan redha dengan ujian ini

      Delete
  2. pandai lah 2 org budak tu ye kak, compident je dia bila di tanya...

    si bongsu apa cerita kak? nk puasa tak dia?" si aiyan ni ajarla mkn sahur juga tp tetap bekalkan roti, tkt2 dia kata lapar susah la pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dana dorang memang konpiden je selalu.

      yang si bongsu tu memang tak puasalah dana, bila disuruh puasa dia cakap "adik kan tak solat jadi tak payahlah adik puasa" ada je jawapan dia

      Delete
  3. Ramadhan kareem..
    Semoga amalan kita diterima dan mendapat keampunan Allah.
    Pandai yen ye. Betul gak yen ckp tu, nk tggu bersedia sampai bila pun x sedia kan.
    Aimy belum puasa lg da fikir x larat 😅😅

    ReplyDelete
  4. Aamiin. Selamat berpuasa mama sekeluarga ♥♥♥

    ReplyDelete
  5. Ramadhan kareem mama yan. Semoga puasa kita tahun ini lebih berkualiti dari tahun2 sebelumnya. Aminn.

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadhan.. selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  7. Allahu akram!
    Selamat berpuasa buat mama sekeluarga.

    ReplyDelete
  8. Salam Ramadan Azra.... moga Alla tumbuhkan rasa cinta yg berterusan untuk beribadat dibulan Ramadan.
    Hehehe ... Macam dah ada plan nak ngelat je tu

    ReplyDelete
  9. samalah kat rumah ni, sebelum mula puasa asyik bertaya je berapa hari lagi nak bermula ramadan, alasannya nak pergi ke surau , nak solat dan main dengan kawan.. sekarang ni banyak main je ...solat biasanya isyak aje budak berdua tu buat...

    ReplyDelete
  10. Alamak.. baru singgah sini.. Selamat puasa 6 pula mama.. hehehe..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...