Friday, 5 April 2019

Pening


Assalamualaikum....

Salam jumaat sayyidul aiyam, beberapa hari lagi kita akan meninggalkan rejab dan sya'ban akan muncul pula,selepas itu ramadhan... Moga kita semua sempat untuk bertemu dengan ramadhan nanti dan semoga kita semua dibawah lindungan rahmat dan redha Allah swt sentiasa. Perbanyakkan selawat ke atas Nabi saw moga kita beroleh syafaat baginda Nabi saw kelak.


Sementara tunggu adelya habiskan bacaan iqra' di transit, bersembang sekejap dengan mualimah. Hmmm...anak dara yang seorang ni macam2 dia tau. Membaca tak pandai lagi umur dah 6 tahun nih, menulis pun malas okeh, mama yang saja2 ajar masa cuti sekolah ni pun asyik nak menyinga je macammana la dengan mualimah yang mengajar hari2, dah la setiap pagi mualimah nak kena jaga mood dia takut tak elok pagi2 tu dah la ketua kelas pulak tu. Bila diberi latihan menulis tak mahu buat dah kena paksa baru nak buat. Adehhh pening mama dibuatnya. Bila mengajar dia buat main2 je entah macammana mama nak ajar pun tak tahu lagi dah.sebab kesabaran mama ni tak cukup tinggi.

Bila mualimah cakap nak masukkan adelya dalam pertandingan nanti mama dah cuak. Mualimah kata dia boleh hafal semua jadi nak train dia untuk masuk pertandingan pulak. Mama ni nak bagi dengan tak bagi sama banyak je takut penat mualimah ajar sekali tiba hari bertanding mood tak ok pulak dia macam tahun lepas nak masuk bertanding bukan main lagi tapi masa latihan dia main2. Tapi mama akui la bab menghafal ni memang adelya cekaplah satu malam tu mama baca al mulk sambil tu nak menghafallah kononnya sekali tersalah baca pulak yang tak sangka tu mama ditegur adelya. 1 ayat tu adelya baca sambil baring tengok tv...segala puji bg Allah yg memudahkan untuk adelya. Rasa terpukul mama ni sebab baru terhegeh2 nak menghafalkan.

Mualimah pun cakap adelya bab menghafal memang dia laju,hadis semua tu dia hafal dah waktu belajar tu memang dia la yang ketuai. Suara kuat dari kawan2 lain,kalau mualimah takde pun dia lah yang ganti tempat mualimah ajar kawan2 sebab mualimah kata suara adelya kuat kawan2 bagi perhatian kalau dia bercakap...haaa itu satu lagi buat mama pening bila dekat sekolah kawan2 dengar cakap dia, bila main dengan kawan2 dekat rumah pun nak kawan2 dengar cakap dia jugak.

Walaupun mama ni takdelah nak tekankan sangat bab pelajaran ni tapi bila 6 tahun masih tak reti baca,menulis pun huruf terbalik cuak jugaklah, tahun depan darjah 1 dah, nak mengajar mama ni tak tahu teknik. Mommy(adik mama) kata kalau masih tak boleh membaca lagi nanti hantar pada dia biar cikgu tadika dia yang tolong ajarkan..haaa lega sikitkan ye semua tu urusan Allah untuk bagi mudah faham atau apa semualahkan urusanya Allah,tapi kita kena usaha..kata ustaz..Allah tak melihat pada hasilnya tapi Allah lihat pada usaha kita. Jadi selagi boleh kita usahalah kan.

Sambil menunggu bas,sambung menulis di sini,awal mama sampai pagi ni, kalau.tak baru nak keluar rumah ni.

Wassalam

18 comments:

  1. Hebat adelya alhamdulillah terang hatinya tu. Si Kakak ni pun cikgu dah pilih utk hafazan Alam ria nanti. Harap oklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah...moga terang hati adelya untuk mudah menerima setiap apa yang diajarkan

      Delete
  2. Yelah kan.... moga Allah panjangkan umur kita semua untuk bertemu dengan Ramadhan huhuhu...
    Wah mudah menghafal rupanya Adelya eh... nampak dah kat mana kekuatan dia tu Azra, eloklah asah dari sekarang.

    Alah rilexlah Azra, anak sulung dulu darjah 2 rasanya tak lancar lagi membaca, dpt masuk gak U sekarang ni hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak..nampak bab menghafal ni adelya memang cekaplah.

      Saya rileks je kak cuma kadang jadi tak rilek sebab kena bacakan buku dekat adelya hahahah mamanya ni malas, teruk sungguh haih mamanya pun

      Delete
  3. Eh, dah 6 tahun??? Rasa mcm baru 4 tahun jer, haha..cepatnya masa berlalu.
    Cuba cari buku eXra utk ajar membaca, buku ni akk guna dari tahun 2007 smp skrg, Alhamdulillah sgt mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak 6 tahun sudahh.

      in shaa Allah kak saya cuba cari buku tu nanti, terima kasih berkongsi

      Delete
  4. bijaknya adelya ni. nanti dah masuk Tahun 1 mesti boleh membaca & menulis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah kak...moga begitulah hendaknya

      Delete
  5. takpe jangan risau nanti dia dapat pace dia sendiri untuk belajar. mak cakap CT dlu tulisan terbalik sampai darjah dua. bila baca semua okay tapi kalo tulis semua upside down. hehe.. lama2 okay. insyallah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ct, ye lah adelya pun menulis hurufnya terbalik. in shaa Allah semua akan baik nanti,

      Delete
  6. takpe kak, slow2 akak banyakkn dia beli buku latihan yg mudah2...
    tp kira oklah kak dia cepat menghafal, kira kelebihan jgk tu

    mungkin mengeja tu lambat sikit, insyallah ok tu thn depan boleh membaca tuh... mugnkin akka perlu cari buku latihan yg warna warni, bt ala2 permainan biar dia seronok nk main...
    atau hujung minggu akak ajak dia ngn abg2nya bt teka teki atau kuiz, biar dia seronok membaca n menulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah dana..mamanya ni pening sebab malas nak bacakan buku untuk anak, pada hal mama ni tak tahu Allah nak bagi pahala lebih sebab bacakan buku untuk anak.

      Delete
  7. Ini yang orang kata lain anak lain cara kan. Kemahiran dan kelemahan pun beza2, saya pun perasan ni. . Ada masa kita sebagai mak memang tak nak bezakan anak tapi dalam hati ada juga rasa risau sekali sekala kalau melihatkan kelainannya tu.. Xpela kak. .Kita doakan yang baik2 ya. InsyaAllah bila sampai masanya okje nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu aisy setiap anak tu memang berbezalah dana setiap perbezaan itu sebenarnya Allah nak berikan ganjaran pahala buat maknya lebih bersabarkan. cuma mamanya ni lah malas nak pandang yang positif, in shaa Allah lepas ni mamanya ni kena usaha lebih sikitlah

      Delete
  8. Igtkan pening kenapa..
    Pening sbb anak dara nan sorang tu rupanya..
    Inshaallah.. Yaya boleh baca menjelang akhir tahun nnt tu.. Mungkin cara dia belajar lain dr anak2 yg lain. Kalau dia suka menghafal, blh try suh dia hafal suku kata.. Ba.. Ka.. Ku.. Mgkn blh start dgn tgk signboard ke sambil jalan2.. Notis board ke apa2 yg jmpa kat persekitaran.
    Part yg suka org ikut ckp dia tu..
    Bagus juga.. Lagipun mgkn itu dh memamg karakter dia semula jadi. So doronglah dia mengajak kwn2 ke arah kebaikan dan yg positif. Kalau asik nk ikut ckp dia wp dia salah, itu x betul la kan.. InshaaAllah.. Persekitaran yg baik dpt mempengaruhi sifat2 kita, tapi tak boleh ubah 100%. Yaya blh jd good leader.. InshaaAllah.. Yg penting kalau bdk2 start main gaduh2 xnak kawan tu.. Kita kena advice la.

    Just share based on apa yg belajar kat program edp hr tu tentang character manusia. Setiap org berbeza.. Dan difference doesn't mean wrong. Kita kena adapt dan tahu mcm mana nk tackle dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah...terima kasih atas perkongsian, mama dia ni saja je buat2 pening sebab malas nak melayan anak bila disuruh bacakan buku, teruk sangat pulak pada hal Allah nak bagi pahala lebih sebab usaha lebih ajar anak2 tapi itulah mama dia ni tak nampak pulak bab tu kan, kena lebih positif lah lepas ni dalam apa keadaan pun mamanya ni

      Delete
    2. Biasalah anak pompuan lain mcm.. anak pompuan akak tu kalau sentap memang tak boleh bawak bincang, 3hari 3 malam x abis dia punya merajuk.

      Delete
  9. bab kena dengar cakap dia tu dah macam anak Sha Imani.. kalau orang tak dengar cakap dia, mulalah merajuk.. hehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Shellout

 Assalamualaikum... Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni. Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan ...