Friday 12 April 2019

Wanita Yang Bahagia

Assalamualaikum...

Semoga kita semua berada didalam rahmat dan redha Allah swt dan semoga kita dapat bertemu ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Moga dipanjangkan umur kita in shaa Allah.

Perkongsian dari ceramah yang mama dengar.

Sebagai ibu yang bahagia - apapun yang berlaku walaupun keburukan sebenarnya Allah nak bagi kita peluang pahala dengan menyebut-nyebut perkataan yang baik. Banyak sebenarnya benda-benda yang berlaku setiap hari yang menuntut kita ibu-ibu menuturkan perkataan yang baik. Anak-anak balik sekolah kasut campak merata-rata, stokin bergulung-gulung, kebiasaanya mama akan marahlahkan dan membebel-membebellah setiapkali benda tu berlaku, tukarkanlah bebelan itu kepada doa. Ya Allah...anak mama yang baik, kasut tu letaklah di rak kasut, stokin tu letaklah dalam bakul baju kotor. Haaa itukan doa dan ucapan yang baik untuk anak. Biarlah benda tu berulang sampai 10 tahun pun, Allah nak bagi pahala kepada kita sebenarnya sebab sentiasa mengingatkan anak-anak untuk buat perkara yang baik. Itu sekadar contoh banyak lagi sebenarnya kita suruh anak solat anak mengaji dan banyak lagilah kan. Mama dah cuba pratikkan la sikit-sikit, ye lah susah juga nak mulakan ,tapi kalau tak dimulakan sekarang bila lagi kan.

Bila anak-anak buat bising dan nakal, ikutkan hati memang nak berapi dah lah kan sekarang ni dok gian main beyblade memasing malam-malam pun main beyblade dah la dirembatnya besen mama dijadikan tempat pusing beyblade tu, mujur tak dirembatnya kuali mama hahaha ehhh berdentum bunyinya bila dorang lempar beyblade tu tau, tokojut omak eh, mulanya dah berasap pada hal baru lepas solat tu berasap juga mama..terus angkat tangan berdoa Ya Allah jadikanlah Adrien anak yag baik Ya Allah,...tolonglah bagi anak-anakku diam ya Allah...Haaa diam pun memasing sebab mama selalu cakap Allah berkuasa buat apa saja haaa takut la tu bila mama doa. Macam ustazah cakap kita kena terapkan rasa takut anak2 pada Allah, jangan bagi anak2 takut pada momok, hantu kak limah ke, jangan kita kata ada hantu keliling kita tapi kita cakap banyak Malaikat sekeliling kita.

Banyakkan berdoa dan kurangkan mengharap kerana ramai ibu atau isteri yang merasa kecewa bila terlalu mengharap. Mengharap anak cemerlang dalam pelajaran tapi anak kita biasa2 je kita jadi kecewa. Kita harap anak cemerlang untuk siapa? kena tengok niat kita kalau niat kita kerana Allah in shaa Allah kita takkan kecewa jika anak kita tidak jadi seperti yang kita harapkan. Kita harap suami bantu kita dengan kerja rumah bila masa dia sedang bercuti, tapi bila balik rumah kita tengok rumah tak berkemas kita mula nak marah, jangan marah senyumlah..dia tak kemas rumah tapi dia dah tolong jaga anak2 kita yang berderet tu, jangan tengok sesuatu yang negatif tapi lihatlah sesuatu yang positif. Jangan buat perbandingan suami kita dengan suami orang. Suami orang boleh bagi duit banyak, suami kita tak macam tu tapi suami kita bantu buat kerja rumah tolong jaga anak2. Suami orang kaki masjid tapi suami kita tidak, itu tanda Allah nak kita lebih banyakkan sujud dan berdoa pada Dia. Jadi jangan buat perbandingan anak kita suami kita dengan orang lain. Kita kecewa bukan dengan suami dan anak2 kita tapi kita kecewa dengan harapan yang kita bina.

Kadang2 kita isteri ni suka berfikir macam2 dan stress lepas tu kita stress bila suami tak stress macam kita hahaha...ini memang kena dengan mama lah ni, suka berfikir macam2 bila ditimpa ujian tapi tengok suami rilek2 je terus rasa stress..ehhh dah kenapa engko rilek je macam tak fikir apa2 pun untuk selesaikan masalah, aku sorang je yang berfikir ni, Kita jadi tak puashati bila kita sorang je stress suami tak stresss..adoiii kalau dua2 stresss lagi bahaya oiii, sebenarnya suami ni dia berfikir tapi dlaam keadaan tenang, isteri2 ni dia lebih beremosi (mungkin tak semualah kan tapi kebiasaanya begitulah isteri2 ni, kalau tak orang lain pun mama la macam tu). Berdosakah isteri yang cari nafkah? jawapannya tak berdosa, nafkah itu memang tanggungjawab suami tapi kalau isteri yang bagi nafkah dia dapat 2 pahala, satu pahala sedekah pada orang yang terdekat yakni suaminya, kedua pahala sedekah jariah. Suami bukan taknak kerja tapi cari kerja tak dapat2 dan isteri redha dengan keadaan itu besar pahalanya. Apapun jadilah wanita yang bahagia pandanglah setiap kejadian itu ada pahala yang Allah nak berikan, jadilah orang yang bersyukur, menjadi orang yang bersyukur itu buat kita bahagia jangan menuntut kesempurnaan pada orang lain sedangkan diri kita sendiri juga tidak sempurna.

Ubah cara kita berfikir jangan letakkan apa2 harapan tapi berdoalah kerana yang menggerakkan hati suami dan anak2 adalah Allah bukan kita. Perkara yang paling susah untuk kta buat adalah mengubah orang lain, apa yang kita boleh buat adalah ubah diri kita sendiri. Kamu tidak mampu memberikan hidayah kepada orang yang kamu cinta tapi Allah yang beri petunjuk dan hidayah pada siapa yang Dia mahu. Berdoalah...Apabila kita nak baca Quran mulailah dengan isti'adzah supaya tak diganggu semasa membaca al-Quran begitu juga jika kamu hendak marah maka ucapkanlah isti'adzah.


Satu lagi perkongsian bacalah surah Ar-Rahman ayat 1-4 pada botol air anak2 pada setiap pagi, jika tak sempat cukup sekadar baca basmallah dan doa jika tak sempat pun selawatlah yag penting ada doa atau ayat al-quran yang kita bacakan pada botol air anak2 kita. tapi janganlah baru sekali buat kita terus nak tengok hasilnyakan. Fasa anak2 masih kecil ni inilah yang mampu mama buat, sebelum ni mama tak bacakan surah Ar-Rahman tapi mama bacakan surah lain usaha yang dapat mama lakukan untuk anak2, ini dengar tip dari ustazah mama tambah lagi ayat yang mesti mama baca pada botol air anak2 nih, kita berusaha dan berdoa Allah yang menentukan, yang pentig kita usaha..Allah tak melihat hasilnya kerana hasilnya adalah ketentuan Allah, yang Allah lihat usaha yang kita lakukan. setiap apa yang ingin kita lakukan mulailah dengan doa. jangan sandarkan apa yang kita hendak buat itu pada diri kita sendiri tapi sandarkan pada Allah doa dahulu pada Allah kemudian kita usaha. kata ustaz haaa ini mama masukkan bicara dari ustaz sikit..kata ustaz bila kita demam kita terus cari ubat tapi kita lupa sepatutnya kita berdoa pada Allah dulu sebab Allah yang bagi kita sakit lepas tu barulah kita makan ubat, berapa ramai yang lupa ubat tu hanya penyebab tapi yang menyembuhkan adalah Allah.

Aduhh banyak lagi yang nak ditulis tapi rasanya macam dah panjang sangat mama menulis nih, kang ada yang rasa macam mama ni ustazah pulak huhuhu..ehhh dah ada pulak yang panggil mama ustazah kat opis tu haa, tak mama bukan ustazah tapi dah tua2 ni kan rasa terpanggil jugalah nak berbicara yang baik2 paling tidak pun ada jugaklah usaha2 yang mama lakukan walaupun rasa kecik sangat usaha mama ni sekadar up status dekat whatsapp je kan tapi apapun yang mana bermanfaat moga dapatlah diambil. Mana tahu dengan usaha mama yang sedikit ini Allah lorongkan taufik dan hidayahaNya buat kita semua dan juga Allah kurniakan rahmat buat sahabat mama yang belum islam untuk masuk islam, tak dapat dengan kata-kata kita guna dengan cara penulisan pula kan.

Ok lah...entri perkomgsian sempena hari jumaat, nak buat citer anak2 macam takde mood nak menulis tapi bab berceramah ni laju pulak tangan menaip. mood nak menulis pun jatuh merudum rasanya, seminggu satu entri je rasanya nih, takpun sebulan sekali, takpelah janji adooo. Semoga kita semua menjadi orang yang bahagia di dunia dan akhirat.

Wassalam

14 comments:

  1. Terima kasih.. nice sharing. Surah ar rahman memang terkenal tuk lembutkan hati

    ReplyDelete
  2. Haha...
    Part "stress bila tengok suami tak stress.." tu memang rare tu Mama.

    ReplyDelete
  3. Kalau tak pening dengan anak anak tu bukan emaklah namanya Azra, atau anak dia semua mmg baik baik belaka sebab tu tak memeningkan kepala maknya...Kalau dah namanya budak sama jerlah.
    Haa, hidup ni kena banyak redho, tak payah nak mengharap sangat kalau kita mengharap, tak dapat sure kecewa. Apalah sangat mengharap pada manusia...

    Terima kasih Azra berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  4. Haha.. Insaf sy baca entry ni. . Kat sekolah stress, blk rumah pun strresss.. Mmg patut lbh bertenang bila dh makin berusia ni kan. . Barulah aman jiwa dan awet muda

    ReplyDelete
  5. Akk tambah sikit yea hehe..kira2 cam ustazah tambahan gitew..akk pun dgr dari ustazah juga.
    Sbl baca surah Ar Rahman ayat 1-4 tu, mulakan dgn menyebut asma Allah..ya Allah ya Rahman, ya Rahim, ya Aziz ya Muhaimin..kalo dpt masa salam dgn anak2 kita baca dan sapu di kepala mereka.

    ReplyDelete
  6. good reminder!

    tapi nak tergelak pulak baca bab suami rileks2 isteri yang fikir sorang2. :D

    ReplyDelete
  7. anak-anak kalau diam senyap memang mak-mak risau.
    kalau banyak akal tu takpe. sel-sel otak sedang berhubung
    heheheh

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian yang baik mama.

    ReplyDelete
  9. mekasih atas perkongsian kak... terasa di hati, kadang selalu sgt kurang sbr ngn pangai aiyan, mmg dana nih banyak slh kt aiyan... moga sama2 lah kita perbaiki diri kita ye kak

    ReplyDelete
  10. Pengkongsian yang bagus..ujian setiap orang berbeza.. stress setiap orang juga berbeza..

    ReplyDelete
  11. Aduhai Azra.... jadi ibu mmg banyak cabarannya, bukan dengan anak anak kecik, anak anak yg dah besar pun ada je cabarannya. Ada kala tu mmg stress jugak, doa ajelah banyak banyak dalam hati.... Allah kan maha mendengar lagi maha mengetahui

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas perkongsian yg baik dan bermanfaat ini.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah tambah ilmu mama.. tq for sharing

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.. bertambah ilmu.. terima kasih mama..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...