Thursday 27 September 2018

Seronok anak-anak mama

Assalamualaikum...

Masa di melaka hari tu, mommy tanya boleh ke nak bawa hero mama yang berdua tu pergi legoland, mama macammmm hmmmm...ok nanti tanya en.azmi dulu lah dia bagi tak sebab kalau pergi kena ponteng sekolah sehari atau 2 hari. En.azmi pulak cakap tanya anak2 ... Tanya dorang mesti la melompat masing2 nak pergi, dah lama ajak pergi kot, tapi mama tak mampu nak bawa.So dah mommy nak bawa tu ok lah pergilah anak2,walaupun hati mama berbelah bagi, tetiba cikgu inform dekat group sekolah bermula jumaat pelajar cuti sempena upsr, yesss mama tarik napas lega dengan senang hati bagi anak2 ikut.

Senang hatilah mama tak keluar sesen pun, tiket makngah sponsor, hotel &makan mommy yang tanggung, daddy siap tanya taknak bawa adelya ke? Tapi mommy takut tak terjaga pula ramai2, jadi sebab adelya tak pergi makngah belikan barbie house untuk adelya dengan pony 2 ketul. Anak dara sorang tu tak sabar betul hari2 tanya bila nak dapat barbie house, tunggu cutilah anak oiii, ahad makngah dengan maktam datang rumah hantar barbie house dan bawa adelya jalan2 dekat mitsui, kesian kena tinggal jadi mak2 sedara bawalah jalan2 sekejap makan2, seronoklah anak dara tu.tinggallah mama...sob3 sampai hati tinggalkan mama kikiki.

Akhirnya sampai juga anak2 dekat legoland, bersama sepupu2 dan bff daeisha, hayfa, samalah umur tu adrien, daeisha dan hayfa tu, tapi adrien nampak paling kecik, ada permainan dia tak boleh lepas masuk tapi hayfa dan daeisha lepas heheh
tengoklah tu adrien paling kecik
kalau boleh semua aktiviti pun nak buat, kata mommy adrien naik roller coaster orang lain kemain menjerit, dia muka rilek je takde perasaan heheh, berani sangat tu, balik rumah mengadu dekat mama dia naik roller coaster sekali je abg 2 kali sebabnya..dia kena orang dewasa teman, masa tu daddy kena gilir2 teman dia dengan hayfa..cerita sambil airmata bergenang macam2lah adrien nih



comel je dua2 tu dalam mulut jerung ..tak takut ke tuuu

ini mommy cakap adrien kemain bersantai bawa kereta, orang lain dah 3 kali pusing dia baru sekali pusing, makan angin betul, mommy share video kelakar je tengok muka adrien muka takde perasaan jenuh mommy daddy suruh laju sikit dia buat rilek jeee

abg adam suruh mommy ambik gambar bagi mama dan tanya siapa lagi gelap hehehe, nampaknya adrien lagi gelap tu
masuk juga dekat hello kitty dan thomas sebelum pergi legoland tu, tengok adrien tu gelap betul, itupun tak puas lagi main air, main sampai tutuplah tempat tu..semangat betul memang mommy bagi main betul2 lah biar puas hati, tapi tetap tak puas lagi tu..ada rezeki nanti kita pergi lagi ye, kita bawa adelya sekali.
Seronok tengok anak2 gembira macam tu, anak2 mama, mama tulis kat sini supaya nanti bila anak2 baca cerita mama ni anak2 mama tahu yang hidup anak2 mama ni dikelilingi oleh org2 yg sayang kamu, walaupun mama tak dapat nak tunaikan permintaan anak2 tapi ada org yang cuba untuk tunaikan apa yg anak2 mama mahu. Segan juga mama ni sebab mak2 pak2 sedara sanggup buat semua tu kan. Tengok anak2 senyum ketawa gembira mama jadi sedih pulak, mama doa satu hari nanti inshaAllah mama dapat balas apa yg dorang semua buat untuk kita dan mama doa moga Allah murahkan rezeki mereka semua yg selalu bersama kita dalam susah dan senang dan moga Allah tunaikan setiap permintaan mereka.

adelya dengan makngah..amboi sedapnya makan apa tu??? masa nak keluar tu kemain suruh mama ikat rambut macam elsa, rambut dah panjang bolehlah buat walaupun rambut tu nipis sikit, jadilahhh
Dapat jugalah main sikit, seronok naik kuda dan naik mainan pusing2 kata adelya

tak sabar2 nak balik rumah maktam kata sebab nak main barbie house, barbie 3 ketul pony pun 3 ketul..seronoklah anak dara sorang ni, itupun dah minta nak barbie lagi 10, pakcik 5,paksu 5 hehehe..tunggu besday tahun depan pulak ye
papa pun jadi mangsalah layan anak dara main barbie, kadang abag2 pun join main jugaklah, mama pun terbabit sekali..layannn je la kan
Ingatlah anak2 setiap jasa semua orang tak kira besar ataupun kecil, sebab kedua2 belah keluarga pun (keluarga mama dan keluarga papa)  sama2 cuba layan kita dengan baikkan, apa yang anak2 nak semua mereka cuba tunaikan, mereka tahu apa yang anak2 suka makan, apa yang anak2 minta nak makan mereka semua akan tunaikan. Adrien selalu cakap nanti nak bawa tok dengan wan naik kapalterbang kan, inshaAllah doa banyak2 Allah cukupkan rezeki kita nanti boleh kita bawa tok dengan wan naik kapalterbangkan, kalau boleh semua kita bawa nanti.

Ehhh..tetiba emosi pulak mama ye, sesambil tunggu en.azmi habis keje dekat mbsa tu sempatlah mama habiskan menulis disini.

Wassalam

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Wah dah sampai ke Legoland ye hero 2 orang tu...kami pun ada juga hajat nak ke sana tapi belum kesampaian lagi.

    Alhamdulillah, kasih sayang & perhatian tu pun rezeki jugak kan? Untung mama sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. Wah!! Syoknye abang ngan yen dpt g legoland..
    Tempat idaman semua kanak2 ni..
    Aimy pun ada mengajak, tp buat masa ni..belum lg dpt bwk dia ke sana. Lagipun aisyah kecik lg, nnt frust pulak xdpt main..

    Beruntung ank2 kak lah punya pak cik dan mak cik yg prihatin dan murah hati.. Semoga anak2 kak lah juga murah hati mcm mereka..
    Semoga diaorg ingat dan mengenang budi pak sedara & mak sedara diaorg, lebih2 lagi jika ada yg tak kawen & xpunya anak, anak2 sedara la tempat menumpang kasih.

    Comel yaya ikat rambut, mcm anak cina. 😘😘
    Biasa la tu kan yaya, main sorang2 mana best. Kene la ada yg join. Hihi..

    Abg mi tukar keje baru ke? Kat mbsa tu? Hehe.. Tetiba lak out of topic.

    ReplyDelete
  4. kita pun tak pernah sampai Legoland.. rasanya tak akan masuk kot sebab anak2 dah terlalu besar2 now.. mmg syurga kanak2 ye..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...