Wednesday, 5 September 2018

Projek hujung minggu

Assalamualaikum...

Minggu lepas buat projek lagi, en.azmi bawa balik kayu-kayu lagi. Jadi mama pun fikirlah apa nak buat dengan kayu2 tu. Macam2lah idea yang ada kan tapi kena sesuaikanlah dengan ruang rumah. Memandangkan mama dah ubahsuai bilik adelya, jadi adalah ruang untuk letak sesuatukan.

Dulu bilik adelya ada katil bertingkat2, mama tak suka katil tu sebab macam semak je heheh, jadi mama ubah mama letak katil queen, bukan apa senang kalau family datang boleh juga guna bilik tu kan, cuma bilik abg adam dan adrien memang katil single je la, nak letak katil queen rasa macam tak muat sebab bilik tak besar sangat. Mungkin boleh letak nanti tapi perlu bajet yg lainlah, buat masa sekarang guna dulu apa yg ada.


Akhirnya jadilah rak tempat untuk letak mainan adelya, semua pun yang orang bagi cuma gajah biru tu je bukan orang bagi tapi dia rembat yang acik imah dia punya. Balik kampung lama dulu dah dia ambik bawa balik rumah. Tu pun ada lagi tu, ok sikit ada rak nih sebab takdelah bersepah patung mainan dia tu, pandailah dia simpan lepas main tu sebab seronok ada tempat letak patung dalam bilik dia kan. Itupun adelya dah minta bilik dia nak.cat hitam..adehhh cat hitam??? Mama suka je sebab mama suka kaler hitam tapi en.azmi taknak sebab gelap katanya..adusss kuciwa mama tau..mama ingat ruang tamu nak cat hitam??😹


Satu lagi yang dibuat..rak untuk mama la kan, tempat letak cawan. Lepas tu tempat letak kopi, teh, gula serta biskut untuk kudap2. Sebabkan bekas biskut raya tu banyakkan nak buang macam sayang, nak simpan takde tempat sudahnya buat rak dan bekas biskut tu mama buat je bekas letak biskut, teh,milo,gula dan lain2. Kira oklah tu kan walaupun.rasa nak bekas cantik sikit,tapi buat masa ni mama guna je la apa yg ada dulu.

Ada lagi tu yg mama nak buat,tapi hari tu tak sempat dah nak buat, minggu ni memang tak buatlah sebab nak balik kampung. Minggu depan pun mungkin tak buat juga jadi tunggulah ada masa nanti kita buat lagi.

Wassalam

10 comments:

  1. akak laki bini mmg kretip, suke dana nngok bila akak mendeko2... atau diy sendiri semua barang2 umah

    rak cwn tu kak, klu di cat atau di bbh wallpaper msti cun kak....

    ReplyDelete
  2. aduiii...rajin and kreatif. Mesti minat D.I.Y kan korang berdua ni. Kepuasan dia lain macam kalau kita buat D.I.Y ni kan?

    ReplyDelete
  3. kreatifnya.. berguna jugak kayu2 tu semua

    ReplyDelete
  4. Ada kedai makan tu akk tgk dia guna kerusi meja buat dari papan camnilah, siap varnish nampak cantik je. Mama buat banyak2 pastu jual la, hehe.

    ReplyDelete
  5. Kreatif sgt akak ni. Kalau ana beli siap je lah. Umah flat xde ruang dah nak bertukang. Bising kang org atas. Hehe

    ReplyDelete
  6. RAJIN BERTUKANG SENDIRI JIMAT BELNJA MEMBLI..KEMAS N CNTIK BUATANNYA

    ReplyDelete
  7. Cantik hasilnya. Bila letak brg lagi cantik, nmpk kemas je. Excited la yaya ye nk letak patung2nya.
    Ira pun guna bekas kuih raya utk letak teh,kopi n etc.
    Seronok ada tmpt bertukang. Umah flat mcm ira xdpt nk bertukang. Xde space. Hehe..
    Space nk letak barang pn da xde.. Hehe..
    Sendiri serabut tgk umh sendiri..

    ReplyDelete
  8. siapa yang bertukang ni?
    rajin dan kreatif!

    untung rajin bertukang, boleh buat rak ikut keperluan kita (custom made gitu!). Hehee

    ReplyDelete
  9. both of u are always creative, AA. salute lah.
    aida ni kira dok skrol lazada or shopee aje nak membeli.
    dok aim bila nak ke ikea lah... hi hi hi hi...
    buat gini lebih baik. jimat!
    then boleh cat kalau nak kan.
    one more, puas hati. tu yg penting... kan?

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Shellout

 Assalamualaikum... Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni. Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan ...