Thursday, 10 May 2018

Inai Di jari eh eh

Assalamualaikum....

Penangan raya 5 tahun sekali sangkut dalam kesesakan sampai 7 jam, balik raya setiap tahun pun tak macam ni kan, tapi takpe demimu negaraku Malaysia ku redah jua..eceh nasiblah bukan mama yang drive, tapi walau tak drive pun tahan jugakla mata ni supaya tak ridurkan, penat tahan masa kat bentong tu terlelap jugakla hahah.

Untunglah mama dengan en.azmi balik mana2 raya pun tak payah nak berebut mana dulu. Asa kawan mama tu berebut juga nak balik mana dulu tapi berebut2 manja je la takde gaduh pun tapi kadang tu teringin jugak nak gaduh macam tu..heheh ada pulak yang terpisaj suami isteri, suami undi di timur isteri di utara, pun begitu semua pun sanggup demi negara bukan selalu pun kan 5 tahun sekali, meriahnya rasa macam nak raya la.

Mama takde la keluar awal mengundi tunggu en.azmi mengundi dulu baru pergi kampung mama pulak. Itupun pergi lambat juga tunggu makngah dan ibu sampai. Ibu ngundi kat sana abah kat sini jadi lepas ibu mengundi baru balik sini. Dorang sampai kami tunggu lepas zohor baru ke tempat mengundi, bajet kalau pergi awal mesti ramai orang, tengok kawan2 update ada yang beratur 2 jam ohoii tak sanggup lak mama nak berdiri lama2 dah senja2 nih ketor lutut.

Alhamdulillah...masuk je tempat mengundi tak ramai orang masa sampai tu, ahaa sekejap je la prosesnya tak perlu beratur panjang dan tak perlu menunggu lama pun, lega sangat2 lah kalau sebelum ni beratur panjang, tapi mama dapat potong barisan masa 5 tahun sudah sebab waktu tu mengandungkan adelya, perut tak nampak pun tapi makngah la pergi bagitahu kawan dia yang jaga waktu tu, teruslah dapat masuk terus heheh. Best juga balik mengundi nih meriah je tengok kawasan kampungkan.


Jejari pun nak posing dekat bungaan gituu..alhamdulillah dah tunaikan tanggungjawab. Yang menang pun kita dah tahukan. Mama idak la tunggu sampai.habis tak daya nak tahan mata wehhh tapi gerak hati macam dah tahu la siapa yang menang tu. Taknak ulas banyak sebab mama tak reti sangat bab2 politik ni, cuma mama berdoa semuanya baik2 saja. Apapun semuanya dalam kekuasaan Allah...Allah yang dah tentukan kerajaan mana yang bakal memerintah negara, kita cuma jalankan tanggungjawab je kan.


Tahniah...kehadirn ke sekolah sangat memberangsangkan. Terkejut anak2 tengok makpak atok nenek semua pergi sekolah. Jenuh mama menjawab dengan adrien apa itu mengundi siap bagi contoh lagi tapi dia kata masih tak faham apa itu mengundi...duhhh mama da habis idea nak terangkan.

Semoga malaysia terus aman dan makmur, jangan kita putus silaturrahim kerana politik... Rapatkan saf.

Wassalam

10 comments:

  1. Done tunaikan tanggungjawab masing-masing

    ReplyDelete
  2. inai mahal nie..5 tahun sekali jer dapat pakai..;)

    ReplyDelete
  3. Inai 5 hari baru hilang ni AA..
    Yg penting jln kan tanggung jawab.

    P/s nanti email alamat pada CH ye.. cer intai blog CH 😆

    ReplyDelete
  4. Dah hilang ke blm inai mahal tu, hehe. Mcm2 cara org guna, ada guna clorok dgn campuran limau kasturi, jom cuba.

    ReplyDelete
  5. 5 tahun sekali turun mengundi dh mcm pesta..seronok dan teruja kan

    ReplyDelete
  6. Salam singgab, follow done.
    Sampai arini dh sgkut kat kuku je inai ni 😁

    ReplyDelete
  7. Ana dengan suami paling bahagia last week. KL lengang selengangnya. Raya pun tak macam tu.haha. ana beratur tak sampai 5 minit selesai. Alhamdulillah. Semoga Malaysia terus maju di bawah pimpinan baru. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  8. Untunglah mengundi kat kampung tak ramai orang. Kita naik lenguh kaki oii... punyalah ramai. Mengundi kat sini je . Tak gaduh nak berebut balik mana. Sama sama pergi mengundi tempat yg sama.
    Sampai sekarang tak hilang lagi inaiku huhu...

    ReplyDelete
  9. Dah lebih seminggu, masih melekat inai di jari. nampak macam tersepit pintu pun ada jugak. Hahaha

    ReplyDelete
  10. inai oh inai.
    inai merubah segalanya...

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Tak sangka mama

Assalamualaikum... Cerita anak-anak mama lagi, minggu lepas abg adam dan adrien balik dari sekolah terus tuju ke dapur cari mama yang seda...