Tuesday, 15 May 2018

Lepak-lepak, chill-chill @taman syurga

Assalamualaikum...

Dengan keizinan, petang semalam dapatlah mama join majlis yang dianjurkan oleh MBI. Bukan kena bayar apaun cuma pergi untuk tengok forum, makan minum disediakan siap dapat kurma sorang sekotak lagi. Mulanya ngat taknak pergi dah tapi hati tu rasa nak pergi sangat sebab dekat je kan buat dekat dengan ofis, dekat ruang legar bawah tu je kalau tak pergi rasa rugi sangat.


Mama kongsikan sedikit apa yang mama dapat dari forum semalam. Kata ustaz tempat mustajab doa di Makkah, tapi macam mama ni manalah nak dapat pergi Makkah tu jangankan berkali-kali sekali pun tak pernah lagi, tapi masa ustaz minta angkat tangan sapa yang dah sampai Makkah dalam ramai-ramai cuma 2 orang je yang angkat. Ustaz kata mesti sedihkan tak dapat pergi tempat mustajab untuk berdoa, tapi janganlah sebab tempat mustajab kita nak pergi Makkah semata-mata untuk berdoa pula kan, yang penting kita pergi sana untuk ibadah.

kata ustaz jangan risau kalau tak dapat ke Makkah sebab Allah itu Maha Penyayang Dia berikan kita waktu mustajab doa dan waktu tu tak lama lagi nak tiba yakni bulan Ramadhan. Mak-mak yang bangun sediakan sahur pagi-pagi tu berdoalah waktu tu waktu mustajab tu dari pukul 4.30 - 5 pagi, doa sungguh-sungguh. Dah nak berdoa bila pula nak sedia sahur?? ustaz kata waktu sedia makanan tu doalah tak perlu pun nak pakai telekung bagai duduk atas sejadah..tak perlu ye, sambil masak tu berdoalah takde masalah.

Sebelum berbuka puasa pun waktu mustajab untuk berdoa, ada orang memang kalau bulan puasa dia tak memasak satu keluarga ambil peluang berbuka dekat masjid sambil tu ambil peluang berdoa sebelum waktu berbuka taknak bersusah-susah memasakkan, duduk je berdoa. tapi ada setengah orang tak boleh buat macam tu. nak kena memasak juga untuk keluarga, takpe kalau kena memasak pun sebab sambil memasak tu kita boleh juga berdoa, doa sungguh-sungguh, macam ustaz kata tak tadi nak berdoa tak semestinya atas sejadah, pakai telekung, mengadap kiblat..tak tak perlu semua tu, kita berdoa je dengan sungguh-sungguh..

perkara lain berkaitan, dapat pahala sunnah jika dirumah kita ada buah kurma bukan hanya di bulan ramadhan tetapi juga di bulan-bulan biasa, sebab kata ustaz dirumah Nabi saw ada kurma setiap hari jadi mari kita beli dan makan kurma tapi janganlah beli kemudian simpan setahun dalam peti ais pulak itu tak jadilah kan, kita beli dan makanlah.

Doa berbuka puasa buka dibaca semasa nak berbuka tu tapi sebelum berbuka baca dulu doa makan selepas makan kurma barulah kita baca doa berbuka puasa, itu kata ustaz. ohh jadi sebelum2 ni mama silaplah baca doa berbuka dulu sebelum makan hmmm ramadhan kali ni kena ubahlah.

Ustaz kata bulan ramadhan adalah bulan yang baik untuk kita mulakan ssuatu perubahan, perubahan ke arah yang baiklah kan, mana yang belum bertudung eloklah dimulakan pada bulan ramadhan, mana yang merokok eloklah berenti di bulan ramadhan dan apa jua kebaikanlah yangkita nak buat buat dibulan ramadhan dan teruskan istqomah. Bak kata ustaz kalau nak tengok ramadhan kita tu diberkati tengoklah keadaan kita selepas ramadhan masihkah kita istiqomah melakukan apa yang kita buat semasa ramadhan, jika kita menutup aurat dengan baik dibulan ramadhan, adakah kita kekal menutup aurat dengan baik selepas ramadhan, jika kita rajin bersedekah di bulan ramadhan adakah kita teruskan selepas ramadhan, jika berhenti merokok di bulan ramadhan adakah kita terus berhenti selepas ramadhan tapi ada orang siangnya je dia berhenti tapi malamnya terus merokok balik, terpulanglah kan.

Allahumma sallimna li Ramadhana lana waj'alhu minna mutaqabbalan... Ya Allah selamatkan kami untuk menyambut ramadhan dan jadikanlah Ramadhan indah buat kami, dan jadikanlah setiap amal yang kami lakukan sebagai hadiah yang diterima disisiMu.. Aamiin ya Rabb..

Wassalam

6 comments:

  1. Mintak mintak lah ramai yang berubah ke arah yang lebih baik pada bulan Ramadhan ni, bukan setakat berubah menjadi lebih baik pada bulan Ramadhan je tapi bulan-bulan yang lain jugak Amin.

    Erni Hasmiza

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sebab kongsi input dari forum. Allahumma balighna Ramadhan.

    ReplyDelete
  3. Thanks mama berkongsi ilmu :)

    ReplyDelete
  4. Rasa sayulah pulak baca entri ni.... dah nak puasa dah ek! Tulah kadang lupa jugak nak berdoa masa masak, berzikir pun kadang lupa. Sedo sedo dah habis masak . Entah apa diberangankan pun tak tau.
    Moga dapatlah kita bertemu Ramadhan kan Azra...

    ReplyDelete
  5. perkongsian menarik mama. memang Ramadan ada banyak waktu yang afdhal untuk berdoa. semoga kita sama-sama dapat beribadat dengan baik di bulan mulia ni

    ReplyDelete
  6. Info yg sgt bagus. Thanks Mama AA atas perkongsiannya.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kisah cuti 4 hari..ijab qabul maklang & paklang

Assalamualaikum... Cuti 4 hari kemanakah kita? ni mama nak cerita cuti 4 hari mama hari hahaha..bertabahlah baca sebab berjela panjangnya,...