Sunday, 4 February 2018

Cerita abg adam

Assalamualaikum...

Terima kasih yang mendoakan abg adam dalam entri sebelum ni. Sambungan dari cerita sebelum ni. Balik dari KK tu mama bagi makan ubat seperti yang dokte suruh, petang tu memang tak sekolah la,mama yang kejam ni tetap juga tanya berkali2, betul ni abg taknak sekolah? Hahaha kalau bole nak jugak abg pergi sekolah kan. Mujur juga abg tak pergi.sekolah adrien nak pergi sekolah, risau juga mama kalau dia taknak sekolah.

Maghrib tu abg buat hal lagi, meraung2 sakit perut naik rimas mama ni dibuatnya, terus tanya en.azmi lambat lagi ke balik kerja? Mama dah malas nak dengar abg meraung nak kata kesian tu takdela sangat tapi rimas kahkahkah, ye mama ko ni buruk sikit perangai nak oii terimalah seadanya, sebab mama tak risau siang dah jumpa dokte kan. Tapi tetap juga ajak en.azmi g spital malam tu.

En.azmi sampai pukul 8, mama rilek makan dulu malas nak cemas2 kang nak layan orang sakit mama pulak berangin sebab tak makan, jadi kita buat dulu apa yang patut takut lambat pulak urusan dekat spital nantikan. Lepas makan baru.gerak, hajat hati nak.biar je en.azmi pegi dengan abg adam, mama tinggal je dengan adrien adelya, tapi dah diajak jugakkan terpaksalah ikut. Kami ke hospital banting je, dekat dengan rumahkan. Mujur tak lama tunggu, orang tak ramai sangat,tapi letih gak berdiri sebab kerusi penuh.

Amik tekanan darah semua lepas tu tunggu lagi untuk jumpa dokte. Tak lama tunggu lepas tu kena panggil la. Alhamdulillah takde apa2 yang serius bila dokte check tu, perutnya lembut tak keras pun, kalau keras takut usus bersimpul ke dokte cakap,tapi ini takde apa tapi baguslah bawa datang check. Legalah dokte cakap macam tu, tapi kadang2 abg masih sakit, isi minyak angin pun tak jadi apa. Haishhh dah kenapa pulakkan. Cuma mama pastikan abg kena makanlah, ikut je nasihat yang dokte bagi tu kan.

Harap2 lepas ni oklah abg adam tu, tapi mama tetap bagi abg cuti sekolah sehari je hehehe. Nasib lah anak mama ye, mama ko kejam ekekeke.

Wassalam

8 comments:

  1. Kembung perut biasa je kot. Tapi yelah.. budak-budak mana tahan... angin tu memulas-mulas org dewasa pun kadang-kadang kalah jugak.

    ReplyDelete
  2. Allahu...harap sembuh segera..kalau tak baik juga minta buat scan atau x-ray. ..bagi nampak apa sebabnya..

    ReplyDelete
  3. Abg adam da ok ke hari ni? Semoga adam cepat sihat.

    ReplyDelete
  4. Alolo sian Abg Adam... Get well soon ye !

    ReplyDelete
  5. sian nya abang adam. dah sembuh ye

    ReplyDelete
  6. semoga cepat sembuh abang adam..

    ReplyDelete
  7. Tak tenang mak kalau anak kembung perut..mak pulak yang sakit

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Hari ke 3 berpuasa

Assalamualaikum... Dah 6 ramadhan kita. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati ibadah dibulan yang mulia ni. Budak ni ...