Friday 29 September 2017

Muzium Insitu Jugra

Assalamualaikum...

Tujuan utama kami sebenarnya bukan nak ke bukit jugra tapi dah lalu di jalan yang sama dan terpesong dulu ke laluan bukit jugra tu makanya kami singgahlah ke bukit jugra dulu hehehe kira oklah kan dapat pergi bukit jugra juga,. tujuan asal nak ke muzium insitu jugra tu sebab adrienlah nak ke muzium kan. google map bawa sampai dipersimpangan jalan kanan ke kiri, teruslah mama ajak ke kanan dulu menuju puncak bukit jugra kan dah alang-alang sampai katanyakan.

Turun dari bukit jugra kami singgahlah ke Muzium Insitu Jugra, muzium apa tu??



Bangunan asal muzium ni merupakan balai polis lama atau dikenali juga sebagai rumah pasung. Bangunan ini berfungsi sebagai tempat pesalah jenayah terima hukuman, menerusi sistem kehakiman British pada ketika itu yang mana bahagian atas merupakan mahkamah dan tingkat bawahnya sebagai penjara. Di Bina pada tahun 1878 oleh Kapten Harry Charles Syers seorang pegawai polis british.

Bagi memelihara dan melindungi nilai sejarah dan warisan yang dimilikinya bangunan ini telah diwartakan sebagai monumen lama/tapak tanah bersejarah oleh Jabatan Warisan Negara pada 19 Nov 2002. Muzium ini ada tiga buah balai pameran yang mempamerkan pelbagai maklumat mengenai daerah Kuala Langat, sejarah pemerintahan kesultanan selangor di Kuala Langat termasuklah hasil kerja-kerja ekskavasi di sekitarnya seperti struktur binaan penjara, mahkamah mini, perigi lama dan lain-lain.

Info bagi sesiapa yang nak kesini, kalau kebetulan ke sini boleh singgah tapi kalau saja-saja nak datang dari jauh semata-mata nak ke sini mungkin tak berbaloi kot. Tapi kalau nak datang pun boleh sebab boleh dapat ilmukan selain tu boleh cuba aktiviti paragliding juga
Di muzium ni ada tapak khas pameran diluar dimana terdapat sebuah kereta perisai model GMC 15 CWT yang telah digunakan oleh Polis Persekutuan Tanah Melayu ketika zaman darurat (sekitar tahun 1948-1960). kereta perisai ini diletakkan di bahagian depan muzium.
Itu je yang mama bole bagi info, sikit-sikit je lah kan


anak-anak mama bergambar dengan kereta perisai. Macammanalah keadaannya masa zaman darurat dulukan, takut mama mengenangkannya. Arwah ayah mama pernah cerita masa zaman je pun dulu teruk juga, moga kita tidak lagi dijajah. Kereta ni mrmang terletak diluar muzium, didalam muzium tak boleh ambil gambar.

Anak dara bawa kereta perisai

Adrien pun nak bawa juga



Ini satu lagi yang terdapat diluar muzium, batu giling besar sangat nih buat giling apa entah, tak sempat mama baca info kat sebelah tu dok sibuk amik.gambar je kan en.azmi lah yang baca tu nampak.bayang-bayang dia tu haa.. Kira oklah dapat juga bawa anak-anak pergi muzium. Selepas tu terus ke pantai morib.


Lepak-lepak makan goreng pisang dengan kepok lekor je saja nak ambik angin pantai, tak lama pun kat situ lepas tu balik rumah, anak-anak sibuk nak main basikal pulak. Itu je lah aktiviti cuti-cuti minggu lepas. Eh hari ni mama cuti lagi tau hahaha... Seronoknya cuti. Cuti hari ni sebab nak uruskan hal persekolahan anak-anak. Sebenarnya en.azmi urus sorang-sorang pun boleh tapikan eh saja nak suruh kita cuti juga, habis urusan dia pergi kerja pulak dah, ingatkan boleh la gi shopping-shopping tapi nan hadoo.












11 comments:

  1. kekadang unexpected plan tu laa yang menjadi ek kak..

    ReplyDelete
  2. Bagus adrien ajak g muzium..
    Sesekali melawat tempat bersejarah ni ,seronok juga. Bagus la kak lah blh ingat. Kalau ira.. Hihi..xdpt la nk cerita balik apa yg dibaca..
    Adrien da dpt surat dr sekolah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la ingat sgt pun amik gambar la kat info tu hahaha...ngelat ngat

      Delete
  3. Ok jugakan, jln2 tambah ilmu ke muzium, suami akk muzium lah antara tmpt fevret dia kalo nak gi jalan2, sabo jelah..muzium kan bukan ada apa sangat, haa..nmpk tu dasar orang Tak minat sejarah punya cakap.

    Kereta perisai bukan kereta kebal ek? Selama ni dok ingat benda yg sama, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la saya ingat sama je kete kebal ngan kete perisai ni

      Delete
  4. Ni kalau husband Ain tau ni, mesti dia suka. Peminat sejarag la katakan. Hihi. Kalau bawak Ain, Ain ambik gambar je le. Hihihu

    ReplyDelete
  5. Mentang-mentanglah ada 55 hari cuti, jealousnya I alahai! Hehehe...

    Saya dah lama teringin nak naik Bukit Jugra ni walaupun tak tahu nak buat apa kat situ. Tapi itulah, macam terasa jauh aje nak ke sini. Lainlah kalau pergi makan-makan, yang jauh pun nampak macam sepelaung aje dari rumah.

    Kalau dengar pengalaman nenek, mak dan bapa saya dulu tentang penjajahan ni memang ngerilah. Tak mahu rasanya mengalami apa yang pernah mereka alami. Takut!

    ReplyDelete
  6. Aduhhh mak ni kalau pergi tempat tempat gini mulalah lemah je seluruh badan Azra haha... Cuba pergi Kenanga ke tengok baju, barulah bersemangat jitu gitu haha...

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...