Sunday, 10 September 2017

Sukaneka pasti

Assalamualaikum...

Bubur kacang untuk minum petang dah siap masak, sementara tunggu nak makan marilah update sekejap aktiviti hari ni.

Pagi tadi hujan turun membasahi bumi, pun begitu tak patahkan semangat mama untuk kejut anak-anak bangun walaupun whatsapp group ramai bertanya jadi ke sukan sebab hujan.takdelah mama nak tunggu jadi ke tak siap-siap je anak beranak terus ke pasto walaupun hujan. InshaAllah hujan rahmat sukaneka diteruskan. Pihak pasti.sediakan 2 khemah, untuk ibubapa duduk dan untuk anak-anak bersukan.

Anak-anak yang bersemangat, adrien tu lambat masuk barisan sebab tak reti ikat tali kasut terpaksa papa pergi ikatkan pulak
Alhamdulillah sementara persiapan dijalankan dan anak-anak bersarapan.dulu hujan.pun berhenti, matahari pun tak terik sangat jadi cuaca cantik je. Oh ya sukaneka tak dibuat dekat dewan tapi dibuat diperkarangan pasti je,memang kawasan depan pasti tu luas dan lapang, memang sesuailah untuk dibuat aktiviti seperti sukaneka ni. Ada 3 acara je untuk anak-anak. 3 pun mama rasa dah penat mualimah mengajar anak-anak ni, macam-macam ragam tu.
Adrien sedang bertanding
Adrien masuk kesemua acara, 2 acara secara berkumpulan, 1 acara perseorangan. Acara berkumpulan bawa air berhalangan dan bawa bola berpasangan. Untuk bawa bola tempat ke-3 dan bawa air berhalangan no.1, mulanya seri dengan rumah merah, bersaing sekali lagi rumah kuning menang hehehe...mama semangat bagi sokongan hokeh, sampaikan ada perempuan kat sebelah mama tu tanyalah "anak rumah kuning ye" aah la jawab mama dia pun kata anak dia rumah kuning lepas tu terus join dengan mama jerit " kuning cepat, kuning cepat" hahaha. Untuk rebut kerusi adrien tak menang sebab mata dok tengok orang bukan kerusi tapi takdelah kalah awal, hujung-hujung dah kalahnya.

Kain ikat kepala tu nak.tutup mata dah gayanya
Alhamdulillah dapat juga hadiah ye adrien hehehe tak rugi berlatih setiap.hari dekat pasti ye dapat bekas pensil dan tupperware. Lepas penyampaian hadiah terus balik tak tunggu makan.tengah hari dah tapi sempat juga tunggu tu walaupun en.azmi dah hidupkan enjin kereta tetiba mama dengar ada cabutan bertuah siap suruh en.azmi tunggu jap hahaha mana tahu bertuah, tapi nan hadoo...terus balik sebab ada orang nak datang rumah pula dan orang tu dah sampai dulu dari.tuan rumah. Untuk apa orang tu datang nantilah mama cerita.

Wassalam

7 comments:

  1. Wah hebat juga Adrien bersukan... dapat merangkul tiga hadiah. Tukang sorak tak dapat hadiah ke? hehehe.

    ReplyDelete
  2. Bila anak masuk sukaneka, rasa geram je nak join sama kan... excited... hehe...

    ReplyDelete
  3. Bagus ada sukaneka ni untuk semangat menjaga kesihatan

    ReplyDelete
  4. Sedih pulak saya baca entri ni, teringat anak bujang saya yang takda konvo tadika dan sukan macam ni. Apalah nasib Adik Cute. Tapi takpalah, nasi dah jadi bubur.

    Tahniahlah Adrien sebab berjaya juga merangkul hadiah. Boleh bayangkan macamana mamanya over menyokong anak. Lebih kuranglah mak-mak punya perangai nikan, AA. Kalau saya pun, sama aje kekdahnya!

    ReplyDelete
  5. tahniah adrien, semua acara masuk yek,.... dpt lak hadiah seronoknya

    mcm masa sukaneka tmpt aiyan, takde acara sorang2, kebanyakkanya acara berpasukan... semua dpt madel, suke lah bdk2 tu

    ReplyDelete
  6. Lama dah tak pergi sukaneka mcm ni...maklumlah anak tak de yg kecik hihi.... Aduh....terasa pulak veterennya ai ni tau!

    Nasiblah dpt hadiah jugak....tak sia sialah Adrien berlatih hari hari

    ReplyDelete
  7. Mmg seronok tgk budak2 sukaneka..
    Kelakar je..
    Sukaneka adrien campur dgn pasti lain ke?
    Tahniah adrien!!!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Tak sangka mama

Assalamualaikum... Cerita anak-anak mama lagi, minggu lepas abg adam dan adrien balik dari sekolah terus tuju ke dapur cari mama yang seda...