Wednesday 20 September 2017

hati berbunga-bunga 🌻🌻

Assalamualaikum...

weekend lepas tak kemana-mana pun apalagi membelek pokok-pokok bungalah mama, sempatlah suruh en.azmi buatkan petak bunga lagi untuk mama hehehe. kisahnya pokok bunga🌻🌻 yang mama tanam tu dah memunculkan diri tau..Ya Allah suka sangatlah mama, apa tak sukanya kan sebab benih yang mama tanam dah muncul walaupun baru sikitkan.

Mulanya mama ni tanam benih tu dalam pasu, dahla jenis tak reti nak tanam main letak je benih tu sekelompok dalam pasu sekali tumbuh...nah bertindih-tindih pulak, ini kalau mama biarkan ada yang tak hidup nanti. jadinya gigihlah buatkan petak bunga lagi dan kali ni mama letak di bahagian luar pagar pulak, maklumlah "taman kami" tu dah tak muat nak letak bunga dah, itupun jenuh dah mama ubah sana-sini. oklah kan ada juga aktiviti mama dihujung minggu.

kiri bunga 🌻 kanan 💮 morning glory
Inilah pokok bunga 🌻🌻 matahari mama tu, risau juga lepas dipindahkan takut dia tak mau hidup lagi, tapi nampaknya lepas diubah pun hidup subur je tu, inshaAllah terus subur hendaknyalah. dah la lepas ubah tu hujan, risau juga hujan lebat takut tercabut pulak bunga yang baru mama ubah tu tapi alhamdulillah hujan itukan rahmat, memberi minum pada pokok, pokok bunga mama tu tetap teguh berdiri, mulanya macam nak menunduk je tapi mama letakkan kayu sikit untuk tegakkan. sekarang mama tengok dah tegak pun tanpa perlu sokongan kayu yang mama letak tu.  berbunga-bungalah hati mama dibuatnya, sekarang nak tunggu dia membesar dan berbunga pula. tak sabar oiii..hehehe

Mama sukalah bunga matahari, tapi ada lagi bunga yang mama suka cuma nampak mustahillah kalau mama tanam bunga yang mama suka tu dekat rumah, eh tapikan mustahil ke tak tak tahulah pulak sebab tak cubakan. mama sukalah bunga tulip 🌷🌷, dari dulu lagi suka tulip..bilalah dapat pergi tengok bunga tulip dekat belanda nun..ecewahhh berangan sangat sampai nak ke belanda, harapan je lah kan. sukakan tulip sampaikan masa kawin dulu gubahan hantaran letak bunga tuliplah tapi bukan bunga hidup bunga plastik je la hehehe

pic pinjam dari pakcik gugel jek
Tengoklah ni bestnye kalau mama dapat kesini, berlarian di ladang tulip ni, ada kincir angin lagi tuh, eheh..berangan pulak. pastu bergambar kena angkat pulak dengan en.azmi...nanti ada yang muntah berjemaah lak... hahaha, jangan marah naaa..saja tulis suka-suka sesekali mama nak berangan, nak perginya entah tak kesampaian pun.

pinjam pakcik gugel jugak
ini ha lagi satu..ungu lavender, ehh bestnya kalau ada rumah dalam taman lavender cenggini. rasa macam nak je tanam lavender dekat rumah mama. hidup tak hidup belakang cerita yang penting buat dulu, tapi sekarang yang penting mana mau cari benih lavender tu..kuikuikui nak tanam tapi tak tahu kat mana nak cari pulak dah. takpe takpe nanti mama cuba carikan mana tahu nak hidup nanti. tapi dengan lavender adalah mama pernah pergi masa dekat cameron higland dan masa ke strawbery farm yang dekat gohtong tu, ada la bergambar berdua dengan en.azmi tu tapikan mana entah gambarnya pun, cari tak jumpa kalau jumpa tu nak juga tunjuk hahaha sebab nak tunjuk tu lah tak jumpanya kan.
Oklah..

Wassalam

13 comments:

  1. Suami ana pernah juga tanam pokok bunga matahari ni kak. Memang tumbuh subur. Cantik pula bunga dia.

    How i iwish dekat Cameron ada ladang pokok lavender. Huhu. Lavender farm yg ada skrg x boleh nk masuk dekat lorong2 tu. Huhu

    ReplyDelete
  2. Mohon pergi CH hujung minggu ni dan beli benih lavender . Kat sanakan banyak.

    Dah menyebut tulip ni, nampaknya tak lama lagi keluarlah entry ' Mama dan Tulip' tetiba ada gambar org kena angkat... pergh!! Hihi...

    Betapa lama nak tinggi pokok bunga matahari? Tak sabo nak tengok

    ReplyDelete
  3. saya pun suka bertanam. tapi keliling rumah saya tanam ulam ulam. banyak jenis ulam yg saya tanam.
    selain tu ada pokok lada, serai, kunit macam2 yg boleh ditanam. sejak wife meninggal saya cuma carry on dengan tanam ulam.

    ReplyDelete
  4. Wah makin meriah taman mama ye... Bila dah berbunga nanti lagilah berseri-seri.

    Bila nak pi ladang tulip mama? Nak ikut sbb kita pun suka tulip :D

    ReplyDelete
  5. Bunga matahari yg besar tu mmg cantik AA bila berbunga..
    Tu hari m.cik aka FIL punya isteri baru tanam..
    Memang cantik berseri halaman rumah..🌻🌻🌻

    Jauh nya nak ke Belanda UA..
    Gi ajer Ausie..
    Banyak juga bunga tulip..
    Tu hari adik gi sana musim bunga ..
    Cantik tengok bunga tulip tu 🌷🌷🌷

    CH pun suka bunga tulip..
    Masa dulu nama samaran Tulip Putih 😆😆

    ReplyDelete
  6. Smlm penat bona nk membebel kt sini, singgah baca je.
    Cantik kan bunga2 tulip tu, kalo dapat bergolek2 ala penyanyi Hindustan tu alangkah bahagianya, haha.

    Wah taman mini mama Yan jap lagi mesti meriah dgn bunga matahari plak ek,wow.. mesti cantik gitew.

    ReplyDelete
  7. Mana dapat benih bunga matahari... saya terigin nak tanam pokok tu tapi tak jumpa benib lagi. Saya pun cam mama aryan juga teringin nak gi tgk ladang tulip kat Netherlands. Nak snap gambar sambil kembangkan tangan dan pegang selendang. heheheh.

    ReplyDelete
  8. cantik..Insyaallah sy doakan one day akak sefamily boleh pegi negara yang ada bunga2 camni..pastu dapat tgk puas2..

    ReplyDelete
  9. Rajinnyaa. Mood berkebun saya dah ke laut. Nasib baik hubby rajin jagakan lavender2 saya yg sepokok dua kat depan rumah tu. Haha.

    ReplyDelete
  10. bile dah berbunga nanti mesti cantik kan!

    ReplyDelete
  11. Bunga matahari kalau rajin ada kuaci dalam bunga tu bila dah kering

    Hehe

    ReplyDelete
  12. Masa mama pergi cameron pun teringin nak tengok bunga bunga tersusun cantik

    ReplyDelete
  13. Kalau tulip atau lavender tu saya setujulah AA, memang cantik. Kalau dapat menghiasi rumah, aduhai. tak tahu nak kata macamana ^_^

    Hahaha! Sebab nak tunjuk gambar dengan En Azmilah terus tak tahu mana gambarnya ya! Ini mesti gambar dukung-dukung lagi macam dalam cerita Hindustan nih! Kehkehkeh!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...