Saturday, 9 September 2017

Berkebun

Assalamualaikum...

Hujung minggu kita manfaatkan sebaik mungkin. Ini je masa yang ada untuk aktiviti sekitar rumah. Kalau hari kerja segala aktiviti terbatas cuma sempat siram pokok je lah.



Kalau sebelum ni mama berkebun bunga kali ni berkebun tanaman untuk kegunaan didapur pula. Balik kampung hari tu terjah kedai 2 ringgit, tapi percayalah pergi kedai rm2 tapi bila keluar kedai paling kurang rm50 sebabnya dalam hati oh murah ni rm2 sekali nak bayar gigil kikiki tapi dapat banyak baranglah, pasu 12 bijik siap beli benih bunga dengan sayur lagi, kata mak mertua ok beli benih dekat situ hidup je pokoknya mak tanam. Ok sebab mak tanam hidup kita pun cubalah jugakan.

Itu pokok cili dengan kunyit tu mama rembat mak mertua punya je, bukan pokok tu je pokok bunga pun ada juga yang kena bedal hehehe...gigih ko suami isteri pagi-pagi isi tanah dalam pasu, patahkan pokok bunga mak terus tanam masuk pasu. Tanah pulak memang ada yang abah mertua dah beli...haa ko senang banyaklah kan ambik kat keliling rumah je. Mak mertua cakap ambik je pokok tu lebih mana tahu ada yang tak hidup sudahnya setiap jenis mama ambik 3 hehehe.

Pokok yang ada kat kebun mama sekarang ni cili & kunyit ( ambik mak mertua punya) terung, pak choy (beli kat kedai rm2),kena tunggu tengok hasilnya nanti, daun pandan jiran bagi. Kita cuba tanam itu dululah tengok hasilnya macammana nanti. Tengok pokok terung mak mertua berpokok-pokok subur je, mujur tak buat kerja gila korek pokok terung mak mertua terus masuk pasu mama hari tu hahaha...balik rumah boleh tunggu hasil je. Ini lama lagi la nak tunggu hasil..inshaAllah positif ye pokok mama tu akan hidup subur. Jadi kita tunggulah hasilnya nanti. Semangat betul nak menanam sayur ni. Ye lah tengok pokok jiran-jiran kemain subur siap mama pun dapat merasa hasilnya. Jadi kalau pokok mama pun.hidup subur bolehlah bertukar-tukar sayur dengan jirankan.

Wassalam

5 comments:

  1. InsyaAllah hidup dan mengeluarkan hasil tu..amiinnnn...

    ReplyDelete
  2. Akak dh lama tak masuk kedai 2rm Ilah. Betullah kalau dah keluar kedai tu kalah masuk pasaraya habis $ ...rambang mata dibuatnya.
    Baguslah hobi Ilah dan suami suka bercucuk tanam,boleh berjimat dan dah tentu terjamin segar.Oklah tu ambil dulu mertua punya pokok ...kelak akan membiak .

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Berkebun aktiviti bermnfaat.
    Akan menuai hasilnya nanti.

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah, hidup suburlah tu nanti. Walaupun hasil rembatan dari rumah mak mertua, dia dah pun beri keizinan. Takdalah masalah besar. Nanti kalau hidup subur, bukan sekadar jiran tetangga aje boleh berkongsi rasa hasilnya, jiran-jiran blog pun jangan lupa tau! Hehehe!

    ReplyDelete
  5. Dapat laki bini yg rajin bercucuk tanam mmg hidup suburlah gamaknya. Lepas ni, masak nak guna daun senang dahlakan boleh terus petik kat taman.

    Haish...kalah rancangan masak masak tu tau bila chef Azra di dapur!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Tak sangka mama

Assalamualaikum... Cerita anak-anak mama lagi, minggu lepas abg adam dan adrien balik dari sekolah terus tuju ke dapur cari mama yang seda...