Monday 11 September 2017

Melawat ladang ismet ulam raja

Assalamualaikum...

Marilah kita melawat ladang ismet ulam raja di negeri isketambola sebelah negeri gohead gostan..ehehehe. Aktiviti raya pertama..takde ke mana pun kami baju raya pun tak pakai. Sudahnya ramai-ramai melawat ladang kelapa sawit arwah ayah. Dah berpuluh tahun tak ke sini, dulu-dulu arwah ayah bukan bagi anak-anak ke ladang sebab katanya tak mahu anak-anak rasa susah. Dikala kami dengki kawan-kawan lain ke ladang setiap hari tanpa kami sesar kawan-kawan juga kata kami untung sebab tak perlu ke ladang, sekarang baru mama tahu kenapa ayah tak mahu bawa kami ke ladang, ayah tak mahu kami penat dan berasa susahnya untuk mencari rezeki... Terima kasih ayah. Sekali dapat ke ladang umpama mendapat emas bagi kami hehehe..


Nahhhh 11 orang berhimpit naik storm hahaha...sepanjang jalan terserempak jiran semua gelak tengok kami, ceria je muka masing-masing nak ke ladang.


Mama seluar bunga-bunga masuk ladang hokeh. Pakjang tu walaupun patah kaki ikut juga, haruslah ikut sebab pakjang tahu jalan nak ke ladang. Harapkan kami memang takkan jumpalah sebab semua pun ladang kiri kanan takde tanda pula tu, pokok kelapa sawit je kiri kanan. Sampai juga akhirnya.


Ladang sawit 10 ekar, mula masuk felda dulu getah, bila dah tanam semula ni tanam sawit pula, ok juga hasilnya dapat jugalah dekat kami bulan-bulan bahagi 9 beradik. Banyak juga pokok durian yang arwah ayah tanam tapi hasilnya tentu jadi rezeki opet sebab takde siapa yang nak menjaganya. Masa pergi ni pokok bacang pun lebat berbuah tapi masih putiklah tak dapat juga nak ambil hasilnya.


Anak dara mama ni seronok ikut, berani pula tu duduk belakang tu pada hal jalan dalam ladang tu mencabar juga jalan berbukit dan berselut..adventure jugalah tapi adelya seronok, adrien pun seronok, abg adam tak mahu ikut bila adik-adik cerita dia macam kecewa je tak ikut, takpe abg lain kali inshaAllah kita pergi lagi, tapi memang kena naik 4x4 la kalau kereta biasa memang tak lepaslah.

Pergi ni nak tengok batu sempadan ladang arwah ayah dengan ladang sebelah. Rupanya dah berpuluh tahun orang diladang sebelah telah terlebih sempadan. Selama berpuluh tahun ni dia termasuk dalam ladang arwah ayah dan mengambil hasil dari berpuluh pokok jugalah. Pakcik tu pun tanam sendiri pokok adalah 20 lebih pokok termasuk dalam tanah ladang arwah ayah dan katanya pokok tu kami ambillah. Kata makngah..ini kalau dikira hasil yang diambil dari puluhan pokok sejak berpuluh tahun ni.mahu bankrap pakcik tu hehehe... Tapi takkanlah kami sekejam itukan, kira halal.sajalah...arwah ayah pun dah takde kalau arwah masih ada pun.mama pasti arwah akan halalkan juga.

Selesai lawatan baliklah kami, adrien dan adelya tak.habis-habis cakap seronok pergi ladang naik kereta makngah. Pengalaman untuk anak-anakkan bukan selalu dapat peluang macam ni. Entah bila pula nak pergi lagi agaknya. ladang ni memang serahkan pada orang untuk uruskan je sekarang ni hasil memang hantar felda setiap bulan. Alhamdulillah dapat jugalah duit tambahankan, buat-buat beli barang dapur.

Wassalam.

11 comments:

  1. Seronoknya, lama dah saya tak pergi kebun abah... huhu

    ReplyDelete
  2. Seronok bila sekali sekala pergi ladang kan? Kalau kene pegi hari2 mesti xnak tu.. Hahaha..
    Ira x penah masuk ladang sawit.. Penah masuk dusun opah je sebelum dusun tu dijual, tu pun sekali je seumur hidup. Masuk kebun getah ada jugak, tapi bukan menoreh.. Main ada la.. Hehe.. Untung la ada ladang, ada juga harta yg mak ayah tinggalkan. Wp dulu2 susah, alhamdulillah, anak2 merasa hasilnya sekarang. Masalah sempadan ni memang selalu jadi kan? Elok la dihalalkan, kalau kita mudahkan urusan org, Allah mudahkan urusan kita. Kira ok la pak cik tu bg semula kan, bertambah la hasil utk masa akan dtg..

    ReplyDelete
  3. Haha... macam nak piknik ye anak anak ( sapa nama abah hang Azra? ) ke ladang. Banyak tu Azra kalau 10 ekar. Kalau makan soranglah hihi....
    Berapa ye se ton kelapa sawit sekarang ni?

    Alhamdulillah.... rezeki adik beradik hang Azra. Syukurkan,.... moga jadi jariah jugak kepada arwah.

    ReplyDelete
  4. seronok kn kak sesekali balik kg pg ke ladang ramai2... punya lah luas 10 ekar... perkkkkh kalau kene jln kaki mau kurus tuh...

    kalau mcm dana, umah mmg kt kebun kelapa sawit, belakang ladang sawit depan umah kami, tp kebun2 kelapa sawit abah yg lain2 kami jarang2 sgt pegi, dulu2 masa sekolah rajin la tlg abah kutip biji skrg ni... kadang dh lupe yg belah mana kebun abah

    ReplyDelete
  5. Bestnya pergi ladang ramai2.. I've never experienced it before walaupun rumah tok dekat dengan ladang sawit..

    ReplyDelete
  6. Bukan main seronok lagi memasing. Inilah bahananya duduk bandar. Dapat masuk ladang, kita rasa macam teruja ajekan sebab lain daripada selalu ^_^ Saya sendiri tak pernah masuk ladang, AA walaupun ayah saya pun ada jugalah nak dipanggil ladang ni. Kat mana pun tak tahu. Yang tahu duit masuk akaun emak aje. Banyak jugalah emak dapat.

    ReplyDelete
  7. Hoi hoi yahoi, Mari Kita ke ladang..ha..ada nyanyi lagu ni tak sebelum ke ladang tu? Haha.

    Semalam akk singgah sini tapi dah penat otak pun dah tak berfungsi walaupun hanya nak melontar kan komen.

    Best juga masuk ladang ramai2 kan, sedut udara segar, dengar kicau burung2, rasa angin yang nyaman menyapu muka, eceh...
    Tapi anak2 pun mestilah hepi dapat pengalaman baru.
    Kira banyak gak hasil ladang tu kan, kongsi adik beradik tambah berkat ladang ayah tu.

    ReplyDelete
  8. Besar dan luas jugak ladangnya tu. Begitulah kasihnya ayah. Rela berkorban... Eh! Opet tu apa mama aryan?

    ReplyDelete
  9. hoho seronoknya masuk ladang. udara pun bersih je, anak2 pun banyak boleh explore.

    ReplyDelete
  10. pernah masuk felda melawat pak sedara, last2 sesat dalam lautan kelapa sawit hihi.
    seronokkan sekali sekala masuk ladang ramai2.

    ReplyDelete
  11. tanahadalah harta ygxternilai hrganya mesti diprthnkn pmiliknnya

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...