Thursday 7 September 2017

Cerita aidiladha

Assalamualaikum...

Gerak balik kampung hari khamis jalan sesak juga jadi masuk ikut jalan lama. Kali ini giliran kampung en.azmi tapi mama balik kampung sendiri dulu untuk mengemas dan memasak sebab adik beradik lain belum sampai lagi. Mujurlah en.azmi rajin mengemas, dia kemaskan dapur dulu sebelum isterinya ni memasak, lepas tu dia balik kampung sendiri pulak untuk makan, mama puasa jadi teruskan kerja memasak, kemudian en.azmi datang semula dengan daun palas.


Walaupun sorang-sorang gigihlah membuat rendang, merebus keledek untuk buat keria & mengukus pulut untuk dibuat ketupat palas. Bila en.azmi bawa daun palas tekun pula menganyam ketupat palas, (ingatkan ta dapat dah buat ketupat palas sebab jenuh mencari daun palas tapi alhamdulillah sebelum cuti tu acu wasap cakap ada daun palas sikit) waktu tengah menganyam tu barulah ada yang sampai. Makngah tolong menganyam dan memasukkan pulut dalam daun palas, dapatlah dalam 100bijik untuk 2kilo pulut,mulanya buat sekilo je lepastu kata en.azmi mak pun nak juga haa..gigih kukus sekilo lagi pulut, mujur daun palas pun cukup dapatlah bahagi dua untuk rumah sini dan rumah sana, keria pun bahagi dua rumah juga, cuma rendang je tak dibahagi hehehe. Oklah puashati dapat buat untuk.dua-dua rumah adil.dan saksama gitu. Cuma ketupat mama macam kurang lemak je,tapi alhamdulillah habis jugalah.

Hari raya memang takde ke manalah duduk rumah je baju raya pun tak pakai, tak apalah... petang tu kami melawat ladang ismet ulam raja kikiki...yang itu mama cerita dilain entrilah, baru lah nampak blog berupdate walaupun ceritanya berlaku dalam masa satu hari je. Alhamdulillah keria mama pun laku, pagi sabtu lepas mak mertua masak sarapan mama pun gigih menggoreng keria, laku juga keria mama lepas tu beli lagi keledek untuk buat keria lagi sebab nak buat untuk sepupu en.azmi pula. Petang tu memproses keria sambil dibantu makcu, mak sedara en.azmi. Makcu tanya macammana nak buat sebab dekat tempat dia takde lagi, mama pun bagitaulah ikut cara mama..eh mama pun tak pandai sangatlah cuma main buat ikut sedap hati je.

Ahad memang takde buat apalah duduk-duduk saja dikampung, dekat kampung petang-petang aktiviti main badminton konon bawa raket untuk anak-anak main sekali makpak dorang pun join sekaki hehehe. lama tak main badminton tapi masih boleh mainlah hahaha berlawan dengan suami sendiri mestilah dia bagi isteri dia menang je kikiki tapi main memang takde gelangganglah dekat kawasan berbatu pulak tu, kira terror jugalah mana nak smash bola lagi mana nak jaga kaki tak pijak batu besar lagi haaa kau gigih sangatkan mula ajar anak, lepas tu merampas kuasa bermain hahaha, pasrah abang adam jadi juri lepas tu. Oklah dapat juga keluarkan peluhkan rasa sihat sikit.

Untuk rekod mama balik kampung kali ni 3kali mama menguli keledek buat keria, sebelum ni dah buat 2 kali, ahad tu makcik en.azmi sampai, lepas je salam dengan makcik terus makcik tanya "mana  kerianya?" alamak kerianya dah habis, tapikan mama macam tak sampai hati pulak kalau tak buat terus pesan pada sepupu en.azmi untuk belikan keledek, nasiblah budak-budak tu rajin walaupun baru sampai rumah terus keluar balik pergi beli keledek, malam tu mama kerahlah sepupu en.azmi tolong menggentel keledek hehehe...sajalah buat ramai-ramai baru meriah, budak-budak tu pun ok je nak menolong. Makcik pun siap tanya macammana nak buat pada hal makcik tu tukang masak..aii malu pulak mama dibuatnya. kata makcik nanti bolehlah dia cuba buat jual pula.makcik en.azmi ni memang berniaga nasi lemak dan kuih-muih dekat area melawati sana, masakannya memang sedaplah. sempat jugalah mama bertanyakan resepi kuih koleh kacang kegemaran mama tu, haa nanti bolehlah cuba buat kalau ada kerajinankan.

Itu jelah cerita aidiladha mama, daging korban yang dapat bawa balik dari kampung mama banyak lagi tu, nampaknya hari-harilah kot ada menu daging kat dapur mama tu kan, tengok resepi daging asam dari dapur mak hainom okje tu macam best je, mak sharelah resepi sikit, bolehlah mama cuba pulak nanti.

Wassalam

11 comments:

  1. Seronok kan..masak..makan ramai2..hilang letih bila tengok orang sudi makan masakkan kita.

    ReplyDelete
  2. Saya kalau nak makan ketupat daun palas atau ketupat nasi tu beli je yg dah siap masak. Tak pandai mengayam.

    ReplyDelete
  3. Mujur 3x uli keledek, dpt makan keria berulang2.. Haha.. Tak sedar lepas makan nasi, boleh belasah keria 3 ketul. Kalau hari x lewat malam, mau makan lebih lagi tu.. Yg kali ke 3 tu mmg best la.. Sedap๐Ÿ‘๐Ÿ‘
    Kali ni ira balik tolong makan je..
    ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„
    x masak apa pun utk mertua..๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  4. Baru betul tokey keria ni. Menguli keledek tak berhenti. Beli mesin ulilah Azra, tak penat tangan. Kang terlebih sado kang, konpius pulak nak kenal mana satu Cik Azra mana satu Cik Azmi hihi...

    Belum cukup mithali lagi ni, sebab rendang tak bagi dua! Haha....
    Alamak! Daging asam tu mak main belasah aje le Azra. Rebus daging sampai empuk. Lepas tu campurkan sambal belacan lebih semalam. Potong dadu bawang merah, cili dengan tomato. Perahkan limau, buh air asam garam dan gula.... sudah solosai hihi

    ReplyDelete
  5. kak mana gambar lain2? gambar yg atas tu je tak aci lah....
    bila la dana nk merasa keria akak nih, sehari sampai berkali2 nguli keria... compom mmg sedap betul nh...

    sedapnya tgk ketupat pls akak tu...

    ReplyDelete
  6. Sedapnya makan keria.. Kali ini MIL tak nak buat Ketupat Palas.. Encik suami bakar lemang je sebab kawan MIL bagi buluh dan buat pulut kukus..

    ReplyDelete
  7. Wah sawan keria berjangkit sampai ke kampung ye mama :)

    Kalau belah Kedah ketupat palas kami pulutnya tak perlu kukus, tapi masak dgn santan sampai kering santannya then masuk kan dalam daun palas. Lepas tu rebus.

    Eh Makcik mama ni meniaga kuih muih depan bsn melawati ke? Kalau yang tu kita biasa beli kuih2nya. Memang sedap segala kuih talam ada.

    ReplyDelete
  8. hehe lps raya haji makan daging je memanjang...

    ReplyDelete
  9. Kak, teringin nak rasa keria akak ni. Dr entri sebelum ni dah ngidam keria akak ni. Confirm sedap. Kalau lah boleh delivery kan.

    Ana sempat anyam ketupat sate je kak sebab tu je yg simple. Hehe

    ReplyDelete
  10. Dah boleh jual keria di sekeliling kawasan kejiranan dan di pejabat ni, AA. Nampak sangat keria yang dibuat AA ni laku keras. Dapat untung dah ni kalau berniaga. Mak saudara yang berjualan makanan pun tanya resepi macamana nak buat. Kira famous dah ni keria AA.

    ReplyDelete
  11. meriah juga raya raya aidiladha akak. keria tak tinggal hehehe.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...