Monday 7 November 2016

Baiti Jannati - plan bertukar

Assalamualaikum...

Perancangan untuk masuk rumah terpaksa berubah dan diawalkan.. Sekarang ni mama rasa kalut sangat, semua benda rasa nak buat dengan tak boleh nak cutinya, buat keje untuk berpindah hanya pada hujung minggu sahaja. Letih tu jangan cakaplah kan, Allah je yang tahu, tapi apa nak buat semua pun penting, kerja penting pindah rumah pun penting..huhuhu. Sebab di awalkan pindah, hujung bulan mama sibuk dengan urusan kerja, ada mesyuarat dan taklimat diluar pula.

Minggu sebelum ini paksa adik-beradik mama tolong pasangkan kipas dan lampu..hehehe mujur adik ipar free hari ahad tu,pakat berkumpulah semua dirumah mama menengok mereka memasang lampu siap berkelah bagai, bukannya apa...memaksa kakak mama masakan nasi lemak, ibu nak taknak je buat tapi disebabkan adik-adiknya ini dah kempunan nak makan nasi lemaknya, terpaksalah ibu buat juga, mama bawa benda paling senang tapi mencabar nak membuatnya...haaa rebus telur kikiki susah tu sebab tak tahu dah masak betul ke belum.

Pakat-pakat kongsi bawa juadah, makan membawa ke malam


Alhamdulillah settle sudah bab lampu, kipas pun cuma ada diruang tamu sahaja, tunggu bajet lain pulak untuk tambah lagi kipas, takpelah pelan-pelan kayuh yang asalkan yang penting-penting semua dah ada.

Weekend baru ni pulak, ajak family en.azmi pula datang untuk mengecat rumah, bagi adillah kan ajak kedua-dua belah keluarga untuk sama-sama merasai kegembiraan kami...ecehh sangatkan, pada hal nak mendera orang kikiki, kebetulan weekend ni adik ipar dikampung nak pergi interview di kuantan tak dapatlah mereka sertai kami, cuma adik en.azmi Encik kental bersama isteri dan anak-anaknya yang sertai kami mengecat, jadinya hari itu mama tolong tengok sajalah hehehe..


Anak-anak seronok bermain bersama-sama sepupu mereka

Ahadnya memang tiada siapa lagi yang menolong, gigihlah suami isteri ini mengecat sambil bergaduh dengan anak-anak, apa taknya mereka berebut nak pegang berus cat..aduhaiii sabar je lah hati..sabar sabar jugak tapi mulut mama nih memang tak reti diamlah...itu jangan ini jangan, yang en.azmi dah cat kering datang pula adelya menambah cat, dah jadi bertompok-tompok..hehehe sabar je lah kan, jenuh juga nak mengecat bilik sebab dua-dua bilik tengah tu tinggi, jadi kami buat keputusan tidaklah cat sampai atas, jenuh pulak nak mendongak, ada yang terkehel leher pulak nanti.


Tengok.adelya tu, sukalah biliknya pink..sampai tenggelam.dah adelya baju dengan cat sama warna je

Buat keputusan kita bikin corak sajalah diatas tu, buat bentuk awan ke atau apa-apa sajalah, sudahnya buat garis lurus je untuk bilik si anak bujang, bilik si anak dara belum putuskan lagi sambung pula weekend nih, cadangnya sabtu habiskan mengecat, ahad pula nak mencuci rumah, next week bolehlah masuk...baik punya perancangan diharapkan berjalan lancar seperti yang dirancang, masa  dah makin suntuk...haaa ada sapa-sapa yang sudi nak tolong cuci rumah tak? hehehe, nampak seperti ada juga yang mama nak dera nih, mari kita tengok siapa yang kena nanti..hehehe

Oklah stop dulu, nak sambung kerja pula.

Wassalam

14 comments:

  1. I'm not a robot and
    i'll read yours later.
    Going out for supper.

    It's me from:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Bagus juga berpinda awal AA, cuma tulah kelam kabut sikit kan..takpa, settle apa yg patut dulu... nti dah siap semua mesti puas hati.. best nya lah.. tolong ramai2 mcm ni tak rasa sangat kepenatan nya...

    ReplyDelete
  3. Ada la hikmahnya tu, kene pindah awal. Allah Maha Mengetahui. Da pindah nnt lega la skit. Cuma penat nk mengemas la pulak.. nk susun balik brg2 yg da packing tu kan.. tp keluarkan mana yg penting dan nk guna je dulu, lain2 pelan2 kemas. Nk buat sekali mmg x larat. Semoga dipermudahkan urusan pindah rumah..

    ReplyDelete
  4. mujur family rela didera ya. hahaha..
    apa pun mmg jimat cara gini, buat sendiri.

    Masa masuk rmh baru aritu, saya cuci berdua dgn suami. mmg letih, sbb tak cukup sekali cuci rmh baru ni. Vacuum lagi..utk sedut habuk halus, pastu mop berkali-kali. Mmg patah sendi2 rasanya.. :D

    ReplyDelete
  5. menggodanya ns lemak tuh kak
    makan ramai2 mmg rasa sedap lain mcm...
    takpelah kak dpt pindah awal msti lg seronok cuma masa nk pindah tu persiapan yg kene bt tuu letih la...
    moga di permudahkan semua urusan perpindahan ke rumah baru ye kak

    ReplyDelete
  6. Wah, dah siap cat, tinggal nk psang kipas je, nmpknya tak lama lagi berumah barulah mama yan ye, tumpang gembira.

    ReplyDelete
  7. Ohhh... kena berpindah masuk awal pulak dari perancangannya ya, AA! Tapi takpalah, ramai yang boleh didera. Hahaha!

    Time macam ni pun kena adil dan saksama. Dua belah pihak keluarga kena datang menolong, jangan nak datang masa tuan rumah buat makan-makan house warming jerk nanti. Hahaha!

    Oh, dua minggu ni saya takdalah, AA! Nombor telefon pun dah tukar baru, nanti tahun depan baru kita beri!

    Makanya saya tak dapatlah nak tolong cuci rumah awak yerk ^_^

    ReplyDelete
  8. wah adik kecil tu..bukan main warna baju dah sama dengan warna dinding warna pink gitu, seronok tengok anak beranak bergotong royong siapkan rumah kan

    ReplyDelete
  9. Hihi.....tak perlah, mendera adik beradik bukannya selalu. Redho ajelah hendaknya mereka....

    Seronoknya nak pindah rumah Azra.....mak pulak yg teruja weyh

    ReplyDelete
  10. bab pindah rumah ni yang paling malas..banyak barang nak kena angkut..

    ReplyDelete
  11. Seronok dapat berkerjasama dengan keluarga.. masa nie lah dapat berkumpul dan bergotong royong.. Ohsem..

    ReplyDelete
  12. seronoknyaaaaaaaa. seronok kan kak dapat pindah masuk rumah sendiri ni. kira baru sign dokumen. semua serah dekat lawyer buat

    ReplyDelete
  13. msti eksited sgt kan...
    lya doakan moga dipermudahkan segalanya..
    xpelah..kt hnya mampu merancang..
    hanya Dia y menentukan..
    Perancangan Dia adalah y terbaik..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...