mencabar kesabaran jugak nih

Salam..

hari ni cuti..huh!sumer org pun cuti ya tak?
hari ni 1st time cuba utk tidak memakaikan adam dengan pampers.
umurnya memang baru 2thn setengah,akak pun xtau umur bape yg sesuai utk mengajar anak utk tidak memakai pampers,memandangkan adam dah terer bercakap jadi masa cuti ni lah akak nak cuba ajar dia utk tidak berpampers.mana tau dah bole cakap tentu la boleh bgtau kalu nak buang air kan,sebab kebiasaannya pun dia akan ckp kalau dia nak yak2,walapon pakai pampers.

tp memang agak mencabar la pulak,sebabnya bila x dipakaikan pampers xnak lak dia ckp bila nak buang air,
sudahnya bape kali akak kena mop lantai hari ni.
lak tu setiap 5minit sekali rasanya akak ngan en.azmi dok tanya adam nak kencing?
xnak jawabnyer..
pastu siap bawa ke toilet ajar mcm mana nak buang air,
pastu dia pun ckp nak encing gi toilet..oh pandai
tapi x serupa bikin,tetap berterabur...
belum sampai toilet dah meleleh2..masuk bilik air bukannya apa,dia kata nak basuh kencing tp dia main air..
dah satu hari nii bape banyak seluar yg kena tukar,adoiyai camner nak buat nih,ke nak kena tunggu lagi?

akak x kisah nak mengelap lantai 4,5,6 kali sehari tp en.azmi tu mcm tensen la pulak,kalu bole malam pun akak xnak bg pakai pampers,tp en.azmi pakaikan jugak,xper la esok cuba lagi,
harap2 ok la nanti,permulaan ni biasala mesti susah dulu yer x?
ni pun tengah baca2 gak kat blog2 tentang perkaran ni..heh siap baca kat blog tu..
yer la,baca apa yg patut boleh pratikkan nanti... 

berusaha!!!

Comments

Popular Posts