Tuesday, 9 February 2021

Shellout

 Assalamualaikum...

Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni.

Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan anak beranak je la, sekali lepas basuh baju sakit kepala menyerang pula, teruslah berbaring je mama dalam bilik tu. Makan ubat sambung baring, dah petang baru ok sikit gagah bangun juga sebab fikir nak masak. 

Dah bangun tu ajak en.azmi keluar cari barang, shopping barang dapur dulu balik tu terus bersilat didapur. Adrien bising tanya "mama dah sihat ke? Makan ubat baru sebijik je dah sihat ke?" alolo dia tu prihatin kan. Bukan apa kesian anak² belum makan nasi lagi, semalam malam makan meggi je sebab mama tak larat sangat.

Berbaloilah mama memasak sebab anak² pulun makan sambil memuji mama masak sedap nanti masak lagi hehehe.. Ye lah anak nanti mama masak lagi. 

Mama masak pun bukan beria sangat lala masak cili, ketam telur masin, udang butter lemon🍋, 🐙goreng tepung, 🌽🥦🥕 jagung dan sayur-sayur direbus. Anak² pulun ketam, udang dan sotong je, lala tu mama ngan papa je yang layan.

Alhamdulillah.. Rezeki anak² lama rasanya tak berkumpul dengan family makan². Ada rezeki dapat berkumpul makan ramai². Kalau ramai² lagi seronok makan dan bersembang.

Wassalam

4 comments:

  1. Salam...lama tak nyinggah sini..

    ReplyDelete
  2. wah, nampak sedap ditambah makan pulak beramai2 pasti semuanya habis kan.. alhamdulillah semua sihat dan dpt bersama2 lagi.

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan. Seronok dapat makan ramai2.Lauk biasa pun boleh jadi luar biasa😊

    ReplyDelete
  4. Apa khabar Azra? Sihat kah? Lama jugak awak tak berblog yeh….
    Sure sedap sungguh tu Kalau anak anak semua memuji…
    Kebetulan hari tu hakak pun Baru buat Shellout

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Shellout

 Assalamualaikum... Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni. Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan ...