Sunday 22 November 2020

Majlis Paling Simple

Assalamualaikum...

Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah swt, terlindung dari penyakit yang berjangkit.

Lamanya mama tak update blog nih, bersawang dah ni nampaknya. Sibuk betul dengan banci yang entah ke berapa fasa dah pun, walaupun kebanyakan negeri pkpb tapi kerja² banci masih berjalan, sesiapa belum isi banci dalam talian masih boleh idi ye dan jika ada psh datang untuk buat banci silalah beri kerjasama hehehe... Sempat lagi cerita pasal banci.

Kita hanya merancang, tetapi perangan Allah swt yang paling baik. Perancangan asal 21 nov 2020,adik mama akan melangsungkan majlis nikah, tapi sebab selangor pkpb, nikah diteruskan cuma kenduri tak boleh buat. Pergi pej.agama ambil tarikh nikah dan tarikh yang ditetapkan 20.11.20 bersamaan hari jumaat. Walaupun buat untuk keluarga je banyak juga persiapan yang perlu dibuat.


Tepung gomak, seri muka, tepung bungkus dan angku kueh

Makanan semua mama order je malas nak masak² sebab sorang² je nanti nak memasak jadi orderlah senang. Kek, kuih-muih pun order je, siap mama terjah rumah budak buat kek tu hahaha, kisahnya phone budak tu rosak, mujur en.azmi ingat lagi rumahnya,.. Alhamdulillah dapatlah order kek dan kuih-muih yang adik² hajatkan.

Alhamdulillah... Dengan sekali lafaz selamatlah maktam menjadi isteri kepada Mohd Taufik. Mereka dinikahkan oleh pakcik epul (adik kami jugalah) si abam MA tu. Dia kata dia nak nikahkan sendiri alhamdulillah berjalan lancar semuanya. Mereka menikah dipejabat agama je hanya 3 orang yang dibenarkan masuk, pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali, pakcik epul merangkap wali dan menikahkan kakaknya sendiri.

Hampir pukul 12 tengah hari keluarga lelaki dan pengantin sampai. Mama dan en azmi la yang jadi tuan rumah, adik beradik lain tunggu rumah ibu(kakaka sulung mama) sebab taknak berkumpul terlalu ramai. Pukul 12 fotografer datang, bergambar dululah pengantin dengan keluarga pihak lelaki, lepas makan laju² mereka makan sebab nak bertukar shift pulak 12.30 giliran family mama pula untuk bergambar, fotografer hanya datang untuk 1 jam saja, ye la kita pun takut nak lama² kan. 12.30 family lelaki balik, memang sekejap dan simple je majlis, pakcik epul siap cakap tak pernah lagi datang kenduri lauk simple macam nih😂. Nak buat macammanakan.. Family lelaki pun ok je, mama pun minta maaf sebab sedia apa yang ada je, tapi mereka semua ok je.

Tetamu semua dah balik ambil peluang bergambar berdua, adelya yang snap itupun sebab dirumah sendiri dan pelamin pun belum diambil lagi. Gambar dengan pengantin semua fotografer yang ambil. 

12.30 family mama pula datang bergambar dan makan² pun duduk tak lama juga sebab taknak berkumpul lama² kan. Syukur alhamdulillah semua pun selesai dengan baik. Cuma geram ehh anak2 bujang mama taknak bergambar, sebabkan family je dan pelamin pun dalam rumah banyaklah dapat bergambar, sempatlah gambar berdua dengan en.azmi tu, dia pun terpaksa mencutikan diri walaupun sebenarnya tak dapat cuti.

InshaaAllah kenduri besar nanti sebelah lelaki saja kata emaknya, sebelah mama memang taknak dah la buat kenduri, bolehlah pengantin berjimat duit tu boleh guna untuk masuk rumah sendiri nanti. Kenduri sebelah lelaki tak tahu la pula bila kena tunggu selepas pkpb tamat nantilah.

Pengantin outdoor dekat taman permainan depan rumah mama je 🤭

Cuma pakjang sorang je la takde masa majlis nih, pakjang di pahang, rentas negeri memang tak dibenarkan. Abah(abg ipar) pun takde sebab tak dapat cuti. Ye lah jumaat hari bekerjakan. Apapun alhamdulillah semua dah selesai. Ada lagi 3 adik yang masih bujang semua lelaki pakjang, pakcik dan paksu. Moga cepat bertemu jodohnya.

Wassalam 


5 comments:

  1. Alhamdulillah syukur..
    Selamat dah pernikahan adik AA..
    Semoga berkekalan hingga ke syurga ❤️..
    Kenangan Tu perkahwinan wabak Covid 19 ni Kan..
    Anak buah CH pun buat sederhana juga..
    Masa Tu jemputan boleh 250 org..
    Ramai juga kekawan kakak CH yg tak dpt jemputan.. ye lah.. keluarga Dan saudara mara pun dah ramaikan..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Selesai sudah majlisnya.. Lega kan..
    Hihi.. Abg mi tuan rumah, terpaksa la cuti jugak kan..
    Walaupun kat taman depan rumah, cantik juga gambar pengantin tu..
    Semoga bahagia hingga ke Jannah.. Aamiin..

    ReplyDelete
  3. tahniah buat adik akak, takpelah buat yang wajib dulu yek... kenduri tu nanti-nanti boleh buat kot lepas pkpb nih kan kak... lagilah risau sekarang kl n selangor kes naik mencanak...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tahniah selamat sudah...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, semoga ke jannah :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...