Assalamualaikum...
Semoga kita semua berada didalam rahmat Allah swt.
Masa semakin hampir ke penamatnya bagi fasa 1 Banci Penduduk dan Perumahan 2020 dimana di fasa 1 ni pengisian banci secara dalam talian. Jabatan pun semakin sibuk buka klinik bagi menggalakkan orang ramai mengisi banci secara dalam talian, hampir setiap hari team² yang ada akan buka klinik, mama juga tak terkecuali.
Klinik e-census di PDTKL
Sambutan dari setiap klinik alhamdulillah, disamping mengisi banci kami juga menyediakan borang kerja sebagai penyelia dan pembanci, cerita sedih ketika interview ramai ada yang datang sebab telah dibuang kerja ada pilot, chef, jurulatih zumba dan berbagai lagi, sedih dibuatnya, ada sorang akak tu baru dibuang kerja dah kerja 20thn disitu minta cuti sebab anak eksiden terus disuruh berhenti dah la dia tanggung emaknya dan anak². Walaupun kami tak offer gaji yang banyak dan masa pun sekejap dia kata takpe sekurang²nya dia ada income buat masa sekarang.. Sedih dibuatnya, mama nak bagi dia jadi penyelia sebab gajinya lebih sikit tapi dah penuh, dia kata takpe pembanci pun dia boleh, mama cuba bantu supaya dia dapat banci di kawasan sekitar rumahnya saja senang dia nak urus anak² nanti.
Minggu depan pula di Yayasan Selangor, IPD Kuala Langat, Kg. Orang Asli itu yang dah ada dalam jual, yang takde dalam jadual tak tahu lagi. Minggu berikutnya dah sibuk dengan taklimat untuk penyelia dan pembanci seterusnya banci secara bersemuka.. Wahhh sibuk benar bunyinyakan hahaha sesekali sibuk berganda² kan apa salahnya.
7 okt akan bermula banci fasa 2 iaitu bersemuka, mohon doakan kami dapat laksanakan banci ini dengan jayanya ya,fasa 2 ni cabarannya lebih lagi sebab perlu pergi rumah ke rumah nak berdepan dengan bermacam kerenah manusia pula kan. Inilah cabaran dalam kerja kami. 10 tahun sekali setakat ni mama dah terlibat 3 kali dengan banci penduduk nih dan kalau umur panjang sebelum pencen ada sekali lagi banci nanti😁.
Sekadar sedikit catatan berkaitan banci dalam blog mama ni. Yang mana belum isi banci dalam talian boleh minta kod dari mama untuk yang tinggal di selangor sahaja😀. Yang dah isi banci terima kasih dan yang mana tak sempat isi online nantikan kehadiran pembanci di rumah anda bermula 7 okt 2020, berikan kerjasama anda ya.
Data anda masa depan kita
Wassalam
wah bagus ada aktiviti mcm ni, dpt bg kesedaran pada yang belum isi atau maybe xfaham cara nk isi data bancian ni kan...
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusannya buat mama & seluruh warga jabatan.
ReplyDeleteSemalam ada taklimat di area kami Insha Allah weekend ni nak isi eCensus ni.
terima kasih akak sebab tolong, lega sebab dah setel... mula-mula suruh Edy buat tak boleh2 katanya, kene bininya buatkan baru boleh setel semua lega rasa
ReplyDeleteAlhamdulillah kami dah buat secara online :)
ReplyDelete